KOLEKSI SAHABAT_ISLAM (KLIK SAHAJA)

DARI PENA SAHABAT_ISLAM


Salam Ukhuwah dari sahabat_Islam

Untuk Pengetahuan Semua tujuan blog ini diwujudkan adalah sekadar berkongsi sedikit ilmu,pengalaman dan idea kepada sahabat-sahabat sekalian.Mudah mudahan percambahan pemikiran dan luasnya pengalaman sahabat-sahabat sekalian dapat dikongsikan disini.
Apa yang diharapkan adalah blog ini mampu menjadi sebahagian daripada koleksi ilmiah yang mampu memberikan manfaat kepada sahabat-sahabat sekalian walaupun hanya sedikit.Apa yang ingin ditegaskan disini adalah sekiranya apa jua isi kandungan blog ini dilihat menyimpang dari 4 sumber syara' yang telah disepakati maka sahabat-sahabat sekalian wajiblah menolaknya.Andai ianya bertepatan dengan syara' maka manfaatkanlah.
Janganlah melihat kepada siapa yang berkata akan tetapi lihatlah kepada apa yang dikatakan olehnya.andai ianya benar menurut pandangan syara' maka benarlah juga menurut pandangan kita.Mudah mudahan islam menjadi perkara teras dalam kehidupan kita dan segala penyimpangan darinya mampu kita jauhi.Tiada apa yg terbaik melainkan mengikuti semua perintah Allah dan rasulnya tanpa mengurangi dan menambahnya walaupun sedikit.

wallahu a'lam..

ADIK DAN PALESTIN..

ADIK DAN PALESTIN..
Karya yang hebat..Semoga ianya menjadi peringatan kepada kita semua yang darah saudara kita bukan murah..Ya Allah semoga kaum muslimin sedar akan tanggungjawab mereka..

NUR AMANA..MUSNAH KERANA CINTA

NUR AMANA..MUSNAH KERANA CINTA
Sebuah Cerpen Hebat..Semoga Allah Memberikan yang terbaik kepada Penulisnya.. Seorang Gadis manis yang punya didikan agama musnah dek kerana sistem sekuler yang bermaharajalela..

CERPEN:"Serikandi Agama Mujahidah sejati"

CERPEN:"Serikandi Agama Mujahidah sejati"
Bingkisan Kecil Buat pengunjung Blog sahabat_islam.Semoga akan lahir mujahid dan mujahidah sejati daripada serikandi agama yang Kukuh Akidahnya,mantap ukhuwahnya dan Hebat perjuangannya

Rabu, Mei 27, 2009

FIQIH SUNNAH

Inai Menurut Pandangan Syara'



Beberapa tokoh agama dan budayawan negara hari ini melarang umat Islam daripada memakai inai ala tatu kerana ia bercanggah dengan ajaran agama dan mencerminkan budaya Barat.
Menurut mereka, trend yang semakin digilai remaja terutama perempuan itu melambangkan sesuatu yang dilarang, lebih-lebih lagi jika ia berlambang haiwan atau mewakili kumpulan tertentu.

Mufti Perlis, Dr. Asri Zainol Abidin berkata, perbuatan itu jelas dilarang dalam hadis terutama jika menggunakan jenis inai yang kekal lama di anggota badan.
‘‘Tak boleh. Jelas ia salah. Kita lihat hari ini ramai remaja yang conteng badan dengan inai.
‘‘Lebih-lebih lagi gambar haiwan. Itu tabiat buruk dan melambangkan keganasan,’’ katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, tokoh ulama terkenal, Datuk Abu Hasan Din berkata, pemakaian inai ala tatu di tangan jelas melanggar hukum syarak.
Menurutnya, perbuatan itu jelas salah terutama kepada pengantin yang mengukir tangan mereka dengan corak-corak tatu melampau.

Tambah Asri, kelonggaran tetap ada jika pemakaian inai itu berunsur sementara dan tiada halangan untuk air sembahyang melaluinya.
‘‘Tidak apa kalau pakai inai biasa. Tidak salah jika ia hilang selepas dua atau tiga hari di tangan,’’ ujarnya.



Pendakwah bebas, Daud Che Ngah berkata, pemakaian inai yang bersifat lebih kepada tatu adalah dilarang kerana ia menggambarkan ajaran yang bercanggah dengan agama Islam.
Namun menurutnya, pemakaian inai tidak kekal sebenarnya dibolehkan dengan niat untuk berhias kepada suami pada hari perkahwinan.
‘‘Tak ada masalah kalau hendak pakai inai di jari. Tapi kita tengok hari ini macam hendak melukis segala-galanya di tapak tangan.
‘‘Salah kalau sengaja membuat tatu walaupun dengan inai. Tatu itu sendiri dilarang kerana ia bukan budaya kita,’’ jelasnya.

Sementara itu, budayawan, Prof. Dr. Siti Zainun Ismail berkata, pemakaian inai itu sendiri mewakili adat perkahwinan yang memberi maksud tersendiri kepada masyarakat.
‘‘Orang dulu pakai inai sebab hendak tengok kesucian seorang gadis. Mereka hias pengantin perempuan dengan inai yang tahan untuk sembilan bulan,’’ katanya.
Oleh itu, kata Siti Zainun, trend wanita sekarang yang gemar memakai inai tanpa tujuan malah mengukir pelbagai gambar di badan dilihat melanggar budaya.

Sumber: Utusan Malaysia 10/02/08



(Hakikatnya)

Inai (hinnaa) bukanlah tatu (syimaah). Inai diekstrak dari tumbuhan sedangkan tatu menggunakan teknik tertentu untuk menanam warna di bawah lapisan kulit. Tatu diharamkan dalam Islam secara mutlak sama ada ianya bercorak haiwan atau selainnya, tetapi inai dibenarkan. Namun, jika menggunakan inai untuk melukis objek yang hidup (bernyawa), maka ini adalah haram. Haram di sini adalah hukum tentang lukisannya, bukan inainya. Masalah melukis/mengukir (taswir) bentuk haiwan adalah haram menurut pendapat yang terkuat [An-Nabhani, Syakhsiyyah Islamiyyah]. Jadi, memakai inai sama ada di jari sahaja atau di mana-mana bahagian badan adalah mubah (harus) dengan syarat ia bukan gambar objek bernyawa dan tidak menggambarkan bentuk hadharah kuffar seperti lambang salib, dewa hindu, budha dan lain-lain. Adapun dalil tentang kebolehan berinai adalah sabda Rasulullah,

"Bahawa seorang wanita telah menghulurkan tangannya kepada Nabi SAW dengan sebuah kitab untuk berbai'ah maka Baginda menggenggam tangannya lalu berkatalah wanita tersebut; Ya Rasulullah! Saya telah menghulurkan tangan saya kepada anda dengan sebuah kitab tetapi anda tidak pun mengambilnya. Baginda bersabda, ‘Sesungguhnya aku tidak ketahui adakah ianya tangan lelaki ataukah tangan wanita.’ Wanita itu berkata, ‘Bahkan tangan wanita’. Rasulullah SAW lalu bersabda, ‘Jika anda wanita tentulah anda mengubah (mencelup) kuku-kuku anda dengan inai" [HR An-Nasaei, Abu Daud]

Sebenarnya adalah salah apabila berbincang tentang hukum inai dari perspektif budaya. Hukum mestilah berdasarkan nas, bukan berdasarkan budaya. Memanglah bagus apabila umat Islam menolak budaya asing, namun ini tidak bermakna kita dibolehkan mengambil budaya tempatan. Ukurannya di sini adalah nas, bukan budaya itu sendiri. Hujah-hujah golongan yang cuba memperjuangkan kemurnian budaya Melayu (Timur) dengan mencari-cari bukti/dalil yang menyokong tidak ada nilainya di sisi syara’, kerana yang perlu diutamakan (dan wajib diikuti) di sini adalah syara’, bukannya budaya. Lebih ironi, terdapat hujah yang keliru menyatakan boleh berinai kecuali ‘inai menghalang air sembahyang’ dan kemudian mengatakan pula ‘jika hujung jari tak mengapa’ seolah-olah hujung jari bukan anggota wudhu’!

Apa yang menyedihkan dalam isu ini adalah apabila golongan agamawan sibuk duduk berbincang soal inai di anggota badan, namun soal mendedahkan aurat (anggota badan) itu sendiri tidak pula di sentuh. Tidak pula kita mendengar tok-tok mufti mengeluarkan fatwa tentang haramnya tidak menutup aurat atau memperlihatkan aurat. Yang sibuk mereka bincangkan adalah haramnya inai yang diukir di anggota badan, walhal masalah utama (iaitu) haramnya memperlihatkan aurat (anggota badan yang diinai) tidak langsung disentuh! Ya-lah, mana ada mufti yang berani hilang jawatan??? Mereka (mufti) lebih suka membincangkan hal-hal furu’ dari membincangkan hukum Islam yang qath’ie haramnya, contohnya, pemerintah yang menerapkan hukum kufur seperti sekarang adalah jelas-jelas haram, kita takkan dengar ada mufti yang sanggup mengeluarkan fatwa tentangnya! Apa taknya, mufti adalah orang yang dilantik oleh kerajaan, maka sudah semestinyalah kerajaan akan mempergunakan mereka untuk kepentingan kerajaan, bukannya untuk kepentingan Islam!

Sepatutnya banyak hal lagi yang perlu dititikberatkan oleh golongan agamawan ini, jika mereka benar-benar ikhlas memperjuangkan kebenaran. Isu besar seperti tentang sistem pemerintahan negara, adakah pemerintah telah menerapkan sistem dari Allah sepenuhnya atau tidak, atau pemerintah mengambil sistem demokrasi dari kuffar untuk mengatur umat Islam, ini semua memerlukan penyelesaian segera. Demokrasi, sebuah sistem di mana undang-undangnya dibuat oleh manusia dengan undi majoriti, jelas-jelas bukan berasal dari Islam kerana ianya tidak pernah diamalkan oleh Rasulullah saw, Khulafa’ Rasyidin dan juga para salafusoleh sehinggalah keruntuhan Khilafah Uthmaniyyah. Demokrasilah yang melahirkan cara hidup yang menghinakan umat Islam di mana segala cara hidup dan budaya yang berasal dari Barat telah diikuti oleh umat Islam. Ia bukan sekadar sistem hidup kufur yang perlu dikebumikan dari kehidupan kaum Muslimin, malah perlu dinukil ke dalam lipatan sejarah ketamadunan manusia sebagai sistem yang paling jijik yang pernah ada.




Read More...

KHABARKAN AKU TEMAN..




Khabarkan aku teman..
Andai semilir itu menghembus nafas rindu..
Andai samudera itu menjirus laksa cinta
Andai hamparan sejadah iman berbekas dikalbu..
Akan kuabadikan kenangan ini buatmu..


Khabarkan aku teman..
Dalam tadarus nurani..
Kukirim tinta cinta jauh kelangit..
Merisik naskah rahsia..
Semoga antara kita tiada lagi yang terluka


Khabarkan aku teman..
Andai persahabatan ini menghamparkan permaidani luka..
Berikanlah aku peluang menggulungnya..
Menghilangkannya dari kenangan..
Agar darah luka tidak menitis memercik ke hati kita..


Khabarkan aku teman..
Andai perkenalan ini mencoret bait-bait pahit..
Berikanlah aku kesempatan menghilangkannya..
Supaya mampu aku kirimkan lembaran baru buatmu
Agar kita dapat bersama melakar sejuta kemanisan.



Khabarkan aku teman..
Andai pertemuan ini penghujungnya perpisahan..
Kupinta secebis ingatan darimu..
Agar Dalam aku merangkak rebah menjalin persahabatan ini..
Takkan aku tertinggal doa ikhlas buatmu..

Khabarkan aku teman..
Buat aku..
Seorang musafir..
Yang Rebah menyulam rasa..
Read More...

Khamis, Mei 07, 2009

Assalamualaikum..


Salam Ukhuwah buat teman-teman.

Setelah berbulan-bulan tidak mengemaskinikan blog sahabat_islam ini (Dah bersawang agaknya) insyaallah blog ini akan terus beroperasi seperti sediakala untuk sahabat-sahabat sekalian.Mudah-mudahan ada sedikit manfaat yang dapat dikongsikan bersama.Terima kasih kerana masih sudi mengunjungi blog sahabat_islam.




Read More...

Selasa, Januari 20, 2009

Bangunlah Wahai tentera Allah..

“Wahai kaum Muslimin…
“Apakah Tidak berdegup jantung kalian..?”
“Apakah Tidak mendidih darah kalian..tatkala melihat kekejaman yahudi laknatullah membinasakan saudara-saudara kalian.
“Apakah kalian tega melihat kekejaman ini berlarutan…?
Wahai kaum muslimin..apakah sesaat tidak pernah terlintas difikiran kalian bahawa saudara-saudara kita di gaza saat ini tidak memerlukan resolusi dan berjuta perjanjian damai.mereka memerlukan pembelaan dari kita wahai kaum muslimin.
“Setiap titis darah merah kaum muslimin yang tumpah dibumi gaza saat ini perlukan pembelaan..mereka tidak memerlukan resolusi atau perjanjian damai yang berselindung disebalik penipuan dan pengkhianatan.









“Dimanakah tentera kaum muslimin..?Untuk apa kalian dilatih..?Untuk apa persenjataan yang canggih..?jika seorang anak kecil pun kalian tidak mampu selamatkan..
Tidak malukah kalian dengan Allah dan rasulnya.Kalian adalah orang2 yang memegang kekuasaan..Namun tidak pernah terdetik dihati kalian untuk bergerak membela saudara-saudara kalian.
“Wahai kaum muslimin..pandang dan lihatlah realiti..apa yang kalian harapkan dari penguasa-penguasa kaum muslimin pada hari ini.Mana tentera yang dihantar ke gaza untuk membela saudara kita..mana laungan jihad yang dikumandangkan kepada yahudi laknatullah..Sedarlah wahai umat islam..tidak ada sebarang tindakkan pun yang dilakukan oleh sang pengkhianat ini..penguasa kalian hanya boneka hina si kuffar barat.Merekalah punca saudara kalian dibunuh dan dihancurkan.Penguasa pengkhianat ini lebih senang menyambut musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kalian dengan permaidani merah yang dicelup darah saudara-saudara kalian..
“Wahai kaum muslimin..apakah yang kalian harapkan dari Negara-negara asobiyah tinggalan penjajah ini..tidakkah kalian pernah terfikir bahawa Negara-negara asobiyah inilah yang merantai kaki dan senjata para tentera kaum muslimin untuk ke gaza.Tidakkah kalian sedar bahawa Negara-negara Asobiyah inilah yang melahirkan penguasa-penguasa pengkhianat pada hari ini..











“Wahai kaum muslimin..Kerasnya hati kalian melihat kekejaman ini..Apakah kalian sanggup terus melihat anak-anak kecil bermandi darah saban hari.Apakah kalian sanggup bersabar melihat saudara-saudara kita ditembak dan dihancurkan setiap hari..?Apakah kalian masih mengharapkan penguasa-penguasa pengkhianat yang ada pada hari ini…Apakah kalian masih mempercayai Negara asobiyah tinggalan penjajah pada hari ini..Apakah kalian merasakan dengan sedikit bantuan kewangan,doa dan pemboikotan barangan yahudi itu sudah mencukupi untuk membela saudara-saudara kalian..Demi Allah ianya hanya kecil berbanding setitis darah suadara kita yang ditumpahkan oleh yahudi laknat.
“Wahai kaum muslimin..apalah hidup ini andai tidak kerana Allah dan rasulnya..Apalah hidup ini andai tidak kerana islam..tidakkah kalian rindukan kepada seseorang yang mampu menjadi perisai kepada saudara-saudara kita di gaza saat ini.Apakah kalian tidak merindukan satu kuasa besar yang mampu membayar kembali hutang darah saudara kita di gaza.Sesungguhnya hanya khilafahlah penyelamat saudara-saudara kita.Kerana dengan tertubuhnya daulah khilafah..akan lahirlah seorang imam yang akan menjadi junnah’perisai’ bagi ummat.Ummat islam adalah ummat yang satu..Tuhan mereka satu..agama mereka satu..Kiblat mereka satu..nabi mereka satu..negara mereka satu..pemimpin mereka satu..dan sesungguhnya mereka adalah umat yang satu..
“Ya Allah..saksikanlah..bahawa aku telah menyampaikan..”
Read More...

Khamis, Januari 15, 2009

Kebiadaban yahudi wajib dibayar dengan jihad

Assaalamualaikum..

Salam Perjuangan buat semua sahabat-sahabat sekalian.
Dah lama rasanya sahabat_islam tak mencoret apa2 di lembaran catatan ni..rasanya waktu ini punya sedikit kesempatan.

Sana sini orang bercakap isu palestin.berbagai reaksi yang dipamerkan menandakan kemarahan dan kebencian yang teramat sangat kepada yahudi laknat.
Dan tidak terkecuali sahabat_islam rasa terpanggil untuk mengulas sedikit berkenaan reaksi ummat islam tatkala saudara mereka di palestin dibunuh,dimusnah,dirompak dan dicabul.
Ulasannya mudah..apakah kesudahan episod duka ini..isu ini bukan isu baru sebenarnya.tapi isu yang setelah sekian kalinya berlaku.
Apakah tidak berdegup jantung kalian melihat saudara kalian dibunuh..apakah tidak mendidih darah kalian setiap kali melihat saudara kalian dicabul kehormatannya.apakah cukup sekadar resolusi dan perjanjian damai yang berjuta kali diadakan tapi tetap tiada kesudahan.

Kebiadaban ini wajib dibayar dengan jihad oleh umat islam.Para tentera kaum muslimin wajib digerakkan ke gaza oleh penguasa-penguasa yang ada.inilah sebenarnya jawapan kepada episod berdarah saudara kita di palestin.Apakah kita tega melihat anak-anak kita dipalestin dibunuh sedemikian rupa tanpa pembelaan.
disini sahabat_islam memetik entri yang cukup memberi penjelasan kepada kita sebagai umat islam apakah penyelesaian isu gaza saat ini.petikan ini diambil dari
http://www.mykhilafah.com/.
Mudah mudahan kita mengetahui apa yang perlu kita lakukan kepada saudara-saudara kita di ghaza..

Angka korban di kalangan umat Islam di Gaza kini telah mencecah lebih seribu dan Israel terus lagi mengganas. Israel mendakwa kononnya serangan yang dilakukan di Gaza adalah bertujuan untuk memerangi HAMAS dan menamatkan penguasaan Hamas di Gaza, tetapi dunia telah menyaksikan penipuan besar Israel melalui mangsa-mangsa pengeboman Gaza yang kebanyakannya adalah rakyat biasa yang terdiri dari kanak-kanak dan wanita yang tidak ada kena mengena dengan Hamas sedikit pun. Sama seperti dahulu, strategi yang digunakan oleh Israel semasa menyerang Lebanon yang mana kebanyakan mangsa pengeboman adalah rakyat biasa, ia bertujuan untuk menyalahkan Hizbullah ke atas serangan di Lebanon. Tetapi sebaliknya pergerakan Hizbullah telah mendapat lebih banyak pengaruh dan pemimpinnya Hassan Nasrullah diberitakan telah menjadi semakin popular apabila telah berjaya menghalang Israel daripada menduduki Lebanon dan memberikan tamparan yang memalukan bagi pemimpin-pemimpin negara Arab, begitulah yang dilapur oleh akhbar The New York Times 28 Julai 2006.Maka sekali lagi Israel dengan sengaja melakukan serangan ke atas penduduk awam di Gaza bertujuan untuk melemahkan pengaruh Hamas dan menjadikan penduduk Gaza membencikan Hamas dan menyalahkan Hamas ke atas bencana yang menimpa mereka, supaya Israel boleh meletakkan boneka mereka iaitu Mahmud Abbas sebagai pemimpin yang berkuasa ke atas Gaza seandainya Gaza menyerah ke tangan Israel. Tetapi apa yang telah disaksikan di seluruh dunia adalah kutukan yang luar biasa bukan sahaja terhadap Israel, malah terhadap pemimpin Arab yang tindak melakukan apa-apa. Apa yang berlaku sekarang menunjukkan bahawa umat Islam telah lama-kelamaan mulai sedar akan pengkhianatan para pemimpin Muslim terhadap saudara-saudara mereka. Strategi Israel untuk menjadikan penduduk Gaza membenci Hamas dan mengurangkan pengaruh Hamas di Gaza, sebaliknya menyebabkan umat Islam semakin membenci dan berusaha menggulingkan kekuasaan para pemimpin mereka yang telah lama bersekongkol dengan kuasa-kuasa kafir ini.Dalam suatu laporan akhbar Guardian di Britain pada 8 Januari 2009, sekumpulan intelektual Islam moderat tajaan Barat telah memberikan amaran kepada Perdana Menteri Britain, bahawa serangan Gaza oleh Israel untuk menghancurkan Hamas akan membuatkan usaha-usaha untuk memerangi kumpulan radikal Islam bertambah rumit dan akan mengakibatkan sokongan kepada kumpulan-kumpulan tersebut bertambah besar.Israel sesungguhnya sedang membuat perancangan untuk melemahkan umat Islam, namun ternyata di sebalik semua kejahatan yang mereka lakukan, tumbuh sebuah kesedaran yang semakin kuat bahawa dunia memerlukan seorang Khalifah yang akan menjawab segala kebiadaban Israel dan membawa rahmat Allah ke seluruh alam. Firman Allah SWT. di dalam Al-Quran:“Dan mereka (orang-orang kafir) membuat perancangan, walhal Allah juga membuat perancangan, dan sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik Pembuat perancangan”. [TMQ al-Anfaal (8):30].Sesungguhnya apa yang telah dilakukan Yahudi Zionis ini telah memberi kesedaran kepada umat Islam bahawa betapa kita memerlukan seorang Khalifah yang akan menyelamatkan umat Islam. Demi Allah! sesungguhnya umat Islam sudah tidak boleh mengharapkan pemimpin mereka yang ada sekarang kerana ternyata sudah kebaculan dan pengkhianatan mereka ke atas kita semua. Di saat saudara-saudara kita di Palestin ditembusi peluru dan bermandi darah serta di bom di kiri dan kanan mereka, di saat itu para pemimpin umat Islam hanya 'menjawab' serangan ganas Isreal ini dengan mensyuarat dan resolusi!!!Sesungguhnya umat Islam di Palestin tidak memerlukan resolusi ini, walaupun berpuluh dan beraturs ianya dikeluarkan sekalipun. Tatkala mereka menyaksikan kematian saudara-mara dan sahabat handai di sekeliling mereka dengan begitu ngeri sekali, para pemimpin kaum Muslimin tatkala itu hanya tahu bermesyuarat dan mengeluarkan resolusi. Tatkala rumah-rumah dan bangunan mereka musnah di bom Israel, tatkala inilah para pemimpin umat Islam sedang enak bermesyuarat di dewan yang besar lagi mewah untuk mengeluarkan kutukan dan resolusi!!!. Sungguh! resolusi mereka tidak bernilai satu sen pun kepada umat Islam, apatah lagi kepada umat Islam di Palestin!Sesungguhnya apa yang diperlukan oleh saudara kita di Palestin adalah bantuan ketenteraan, bukannya resolusi atau kutukan. Selagi ada para pemimpin yang bacul dan khianat ini, maka selagi itulah darah umat Islam hanya dijawab dengan resolusi atau kutukan! Demi Allah! umat Islam kini benar-benar memerlukan seorang Khalifah yang akan menghantar tentera ke sana bagi menyelamatkan saudara-saudara mereka. Tidak ada cara dan jalan lain untuk menyelamatkan Palestin kecuali dengan jihad dan Khilafah. Inilah satu-satunya jalan. Dengan apa yang berlaku ini, terbukti dengan tanpa dapat dinafikan bahawa satu-satunya jalan penyelesaian bagi umat Islam adalah dengan adanya seorang Khalifah yang akan menggerakkan tentera bagi memerangi kekejaman Israel. Keterdesakan umat Islam ke arah ini (mempunyai Khalifah) semakin hari semakin nyata. Bagi mereka yang sudah mula celik mata, tidak ada satu cara pun bagi memerangi Yahudi Zionis ini kecuali dengan adanya sebuah peperangan (jihad) yang perlu disertai oleh para tentera umat Islam. Dan peperangan dengan Israel ini tidak akan berlaku selagi umat Islam dipimpin oleh para pemimpin yang bacul dan pengecut yang hanya tahu mengadakan sidang tergempar dan mengeluarkan puluhan resolusi!!! Melihat kepada apa yang berlaku, tidak mustahil bahawa dalam masa terdekat, umat Islam akan bangkit dan menggulingkan pemimpin-pemimpin mereka yang bacul dan khianat bagi menggantikannya dengan seorang Khalifah. Sungguh, Allah Maha Merancang semua ini. Amin ya Rabbal ‘Alamin.
Read More...