KOLEKSI SAHABAT_ISLAM (KLIK SAHAJA)

DARI PENA SAHABAT_ISLAM


Salam Ukhuwah dari sahabat_Islam

Untuk Pengetahuan Semua tujuan blog ini diwujudkan adalah sekadar berkongsi sedikit ilmu,pengalaman dan idea kepada sahabat-sahabat sekalian.Mudah mudahan percambahan pemikiran dan luasnya pengalaman sahabat-sahabat sekalian dapat dikongsikan disini.
Apa yang diharapkan adalah blog ini mampu menjadi sebahagian daripada koleksi ilmiah yang mampu memberikan manfaat kepada sahabat-sahabat sekalian walaupun hanya sedikit.Apa yang ingin ditegaskan disini adalah sekiranya apa jua isi kandungan blog ini dilihat menyimpang dari 4 sumber syara' yang telah disepakati maka sahabat-sahabat sekalian wajiblah menolaknya.Andai ianya bertepatan dengan syara' maka manfaatkanlah.
Janganlah melihat kepada siapa yang berkata akan tetapi lihatlah kepada apa yang dikatakan olehnya.andai ianya benar menurut pandangan syara' maka benarlah juga menurut pandangan kita.Mudah mudahan islam menjadi perkara teras dalam kehidupan kita dan segala penyimpangan darinya mampu kita jauhi.Tiada apa yg terbaik melainkan mengikuti semua perintah Allah dan rasulnya tanpa mengurangi dan menambahnya walaupun sedikit.

wallahu a'lam..

ADIK DAN PALESTIN..

ADIK DAN PALESTIN..
Karya yang hebat..Semoga ianya menjadi peringatan kepada kita semua yang darah saudara kita bukan murah..Ya Allah semoga kaum muslimin sedar akan tanggungjawab mereka..

NUR AMANA..MUSNAH KERANA CINTA

NUR AMANA..MUSNAH KERANA CINTA
Sebuah Cerpen Hebat..Semoga Allah Memberikan yang terbaik kepada Penulisnya.. Seorang Gadis manis yang punya didikan agama musnah dek kerana sistem sekuler yang bermaharajalela..

CERPEN:"Serikandi Agama Mujahidah sejati"

CERPEN:"Serikandi Agama Mujahidah sejati"
Bingkisan Kecil Buat pengunjung Blog sahabat_islam.Semoga akan lahir mujahid dan mujahidah sejati daripada serikandi agama yang Kukuh Akidahnya,mantap ukhuwahnya dan Hebat perjuangannya
Memaparkan catatan dengan label Novel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Novel. Papar semua catatan

Jumaat, Ogos 15, 2008

NUR AMANA..MUSNAH KERANA CINTA

Nur Amana..Musnah Kerana Cinta:Siri Terakhir



Pada hari perbicaraan, Nur Amana hadir bersama seorang lelaki muda berdarah India. Nur Amana tidak bertudung litup lagi. Rambutnya dibiarkan mengurai ke bahu. Rambut yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh mata lelaki ajnabi. Dan, terasa gugur jantungku bila terlihat sebentuk salib dibuat dari emas tulin bercahaya ditimpa cahaya lampu megah tersemat di dadanya.Nur Amana tunduk. Langsung tidak memandang kepada sesiapa. Wajahnya tenang.Perbicaraan dijalankan. Detik demi detik berlalu. Keputusan diumumkan.Suamiku gagal! Undang-undang negara memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya. Dan kami tidak berhak menghalang kerana Nur Amana telah berumur lebih daripada 18tahun. Lelaki muda di sebelah Nur Amana ku lihat tersenyum lega. Hatiku hancur. Di mataku terbayang hukum Allah. Orang murtad akan dikenakan hudud! Dipancung setelah enggan setelah disuruh bertaubat.


Nur Amana bukan tidak tahu itu. Bukan Nur Amana tidak tahu. Tapi, mengapa dia terus berdegil, tidak insaf dengan dosa itu?. Aku rebah dalam pelukan suamiku.Tubuhku merasa tidak bermaya. Dia tunduk. Wajahnya merah padam menahan kemarahan. Jemariku digenggam erat. Air matanya mengalir perlahan membasahi pipi. Menitis jatuh ke pipiku. Itulah kali pertama kulihat air matanya gugur.Aku tahu hatinya. Dan cuma aku yang tahu hatinya."Demi Allah! Aku bersumpah negara ini tidak akan aman kerana memegang undang-undang kafir!". Tiba-tiba suaranya lantang menjerit, meggegarkan suasana mahkamah yang telah sediakala hingar apabila mendengar keputusan mahkamah tadi. Mahkamah sunyi seketika.Semua mata tertumpu padanya. Tiba-tiba jeritan itu disambut dengan laungan "Allahu Akbar" dari orang yang tidak puas hati dengan keputusan mahkamah.Aku cuba meredakan kemarahannya. Namun air matanya semakin lebat. "Mahkamah ini tidak adil! Sekular! Undang-undang penjajah!'. Keadaan semakin gawat apabila polis menangkap suamiku. Suamiku meronta-ronta, tapi pegangan kejap beberapa orang anggota polis melemahkan kudratnya. Dan akhirnya dia mengalah, membiarkan tangannya digari.Ketika melintasi Nur Amana yang terus tenang berdiri di sebelah lelaki muda yang tidak kukenali itu, suamiku menoleh. "Kalau jalan ini yang kau pilih,teruskanlah..... tapi ingat, kehidupanmu pasti tidak akan selamat!," Nur Amana tidak menjawab. Tunduk. Kaku bagai patung. Pun kulihat sekilas senyuman di bibir lelaki muda di sebelahnya. Hatiku tercalar. Keranamu Nur Amana, seorang ayah akan hilang seluruh kebahagiaan hidupnya. Dan hari ini,suamiku merengkuk dalam penjara.Dituduh menderhaka kepada mahkamah! Dan ditakuti akan mencetuskan huru-hara kerana menerbitkan sentimen perkauman juga keagamaan. Aku terjaga ketika jam dinding di ruang tamu berdenting tiga kali. Aku belum solat Isyak.Astagfirullah. Dari tadi aku tertidur dan menyambung mimpi ngeri semalam. Aku segera membaharui wuduk.Solat Isyak kudirikan.Kemudian kususuli dengan solat Taubat dan Hajat. Air mataku gugur lagi pada dinihari yang sepi. Doaku tidak putus. Hatiku retak. Namun jauh disudut hati. Aku terus berharap....., pulanglah anakku,Nur Amana!Aduhai, kisah Natrah berulang kembali..... Agama dipermainkan oleh undang-undang sekular. Lihatlah betapa rapuhnya undang-undang sehingga tidak dapat mempertahankan agama ISLAM yang dikatakan agama RASMI.Sampai bila perkara ini akan berakhir..... Betapa hibanya hati seorang ibu bila anaknya murtad dan kita tahu hukumnya dan kita tahu masih banyak lagi kes yang sama seperti Nur Amana. Apakah tindakan kita yang mengaku dirinya ISLAM? Apakah tidak tercabar oleh permainan pihak kuffar ini???? Permainan ini semakin bermaharajalela ditanah air kita..... Sedarlah!!!Kita akan tertindas selagi HUKUM ALLAH TIDAK DITEGAKKAN DI BUMI.......MALAYSIA khasnya....

@-Copyright Control-
Read More...

Rabu, Ogos 13, 2008

NUR AMANA..MUSNAH KERANA CINTA

Nur Amana..Musnah Kerana Cinta: Siri Kedua(2)


Cuma beberapa bulan kemudian, sikap Nur Amana mula berubah. Dia menjadi pemurung, jarang bercakap dan sering mengurung diri dalam kamarnya. Keluarnya bila ke tempat kerja atau bila kuajak makan bersama. Itupun kadang-kadang dia menolak. Beberapa kali aku cuba mencungkil isi hatinya. Kenapa tiba-tiba dia berubah laku. Pun aku tidak berjaya. Nur Amana cukup bijak mengelak dan menyembunyikan.Sehinggalah suatu hari aku dihubungi oleh seseorang, katanya Nur Amana telah menghantar permohonan ke mahkamah untuk menukar agama kepada Kristian. Bergegar jantungku. Suamiku terdiam lama. Ketika itu Nur Amana tiada di rumah. Katanya out-station di Singapura selama seminggu. Aku dan suami mengambil langkah berdiam diri dahulu. Cerita sebenar perlu diperolehi oleh Nur Amana sendiri.

Bagaimana mungkin orang itu boleh membawa khabar itu, kalau tidak ada apa-apa? Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Nur Amana sehingga timbul fitnah yang sebegitu besar? Persoalan demi persoalan menujam diri menjadikan aku gelisah menanti kepulangannya. Kepulangan Nur Amana kusambut dengan air mata yang entah untuk apa. Yang pasti hatiku cukup bimbang.Cenderamata dari Singapura dihadiahkan. Sehelai kain sutera berwarna ungu yang cantik. Pun bagiku ia tidak bernilai apa-apa. Suamiku menggesanya cepat membersihkan diri supaya dapat solat Maghrib berjemaah bersama. Tapi,Nur Amana, memberi alasan letih dan meminta aku dan suami solat dahulu.Bila azan Isyak berkumandang, sekali lagi suamiku mengetuk pintu kamarnya mengajak Nur Amana solat bersama. Dan sekali lagi juga Nur Amana menolak dengan alasan dia sedang menyiapkan kertas kerja penting. Satu alasan yang tidak pernah dilakukan olehnya. Nur Amana yang kudidik tidak pernah melengahkan waktu solat. Tidak pernah mengutamakan kerja lain dari solat.Tapi mengapa hari ini begitu? Mataku dan suami bertentangan. Pun kami cuma membisu. Bersabar dan menunaikan solat Isyak terlebih dahulu.Selepas solat kulihat Nur Amana ke dapur, mengisi perut yang berkeroncong.Tadi, kupanggil dia makan bersama tapi beralasan letih. Kecewanya hatiku dan suami. Selepas makan, Nur Amana menolak pintu bilik lagi tapi cepat suamiku memanggil. Nur Amana duduk dihadapanku. Dia kelihatan bersahaja. Gadis yang baru mencecah 24 tahun itu kulihat semakin manis.Wajahnya lembut. Matanya redup. Bibir merah jambunya yang cantik sering mengukir senyuman. Soalan pertama diajukan oleh suamiku. Nur Amana tersentak.Dia menafikan sekeras-kerasnya.Katanya itu cuma fitnah orang yang benci melihat kejayaannya. Hatiku lega. Nur Amana, anakku masih memelihara agamanya.Sebulan kemudian, aku dihubungi lagi. Permohonan Nur Amana untuk menukar agama telah diluluskan. Sekarang Nur Amana berada di Kota Kinabalu,menghadiri persidangan penganut agama Kristian sedunia. Darahku berderau.Sikap Nur Amana yang mencurigakan akhir-akhir ini turut menipiskan kepercayaan aku dan suami padanya. Aku tidak mampu bertahan lagi.Suamiku juga begitu. Ketiadaan Nur Amana (out-station ke Singapura lagi) memberi peluang kepada kami untuk memecah biliknya. Kamar sederhana besar itu tersusun kemas. Sekuntum mawar yang entah siapa pemberinya telah kering di atas meja. Dari kad kecil yang terlekat cuma tertulis tahniah dan tersusun buku-buku tebal di atas rak. Aku menghampirinya. Dan jantungku berdegup kencang bila hampir semua buku-buku tebal itu adalah berkenaan agama Kristian, termasuklah sebuah Bible dan terjemahannya. Aku menggeletar.Terasa lemah seluruh anggotaku. Suamiku segera menghubungi mahkamah meminta kepastian. Dan jawapan yang diberikan begitu menyakitkan. Airmataku turun tanpa henti. Apa salah didikanku, lalu dia jadi begitu? Subhanallah!Nur Amana pulang. Terkejut bukan main Nur Amana bila mendapati pintu biliknya telah dipecahkan. Suamiku menghujaninya dengan pertanyaan demi pertanyaan. Nur Amana membisu membiarkan kemelut terus panjangan. Namun akhirnya, penjelasan dilafazkan jua. "Saya mencintai Adam..... pemuda Kristian, saya benar-benar cinta padanya dan terperangkap dalam agama itu...," dan sepantas kilat sebuah tamparan hinggap ke pipinya.Kemarahan suamiku sampai ke puncak. Kesabaran terus terhapus. Nur Amana menangis. Aku terkaku.Sesungguhnya hakikat ini terlalu pahit.Paginya Nur Amana hilang dari rumah. Kamarnya kosong. Nur Amana membawa bersama segala pakaian dan buku-buku. Nur Amana bagai mengatakan bahawa "Cuma setakat ini saja hubungan kita". Nur Amana seolah-olah memutuskan bahawa aku bukan ibunya lagi, suamiku bukan bapanya lagi. Air mataku mengalir dan terus mengalir. Hiba hati seorang ibu. Suamiku bertindak pantas melaporkan kepada polis. Nur Amana lari dari rumah! Pun polis tidak menemuinya. Suamiku membuat permohonan membantah pertukaran agama yang dibuat oleh Nur Amana. Tiada pilihan lain, akhbar terpaksa digunakan meminta Nur Amana hadir ke mahkamah. Lalu, cerita Nur Amana menjadi hangat. Latar belakangnya dicungkil. Kemudian peribadi Nur Amana dikritik. Pendidikan ibu bapa dan sekolah dijadikan alasan. Dan akhirnya, ramai yang menyimpulkan,Nur Amana gadis terpuji tersungkur ke perangkap Kristian kerana cinta!Alangkah dangkalnya iman Nur Amana.
Besambung..
@-Copyright Control-
Read More...

Selasa, Ogos 12, 2008

NUR AMANA..MUSNAH KERANA CINTA

Nur Amana..Musnah Kerana Cinta: Siri Pertama (1)


Astagfirullah!........ Aku beristigfar berkali-kali. Sesungguhnya aku tidak sendiri.. Allah bersamaku. Allah mendengar keluhanku. Allah tahu resah dan gelodak yang melanda jiwaku. Allah tahu semua itu. Aku sujud panjang,memohon istighfar. Air mataku mengalir. Aku terlena di atas sejadah. Tubuhku benar-benar letih. Sudah hampir sebulan aku berada dalam keadaan tidak menentu. Makan minumku sekadarnya. Tidurku dihantui mimpi-mimpi ngeri. Hari-hariku penuh kesedihan dan kekecewaan. Emosiku terganggu..... Fikiranku mengimbau peristiwa lama itu.....Suamiku yang menunggu di luar tidak sabar menanti jawapan. "Macam mana?"tanyanya. "Abang nak atau tidak?".

"Mestilah nak!". "Kalau abang nak.....adalah!". Dia mengucup dahiku.

Pelukannya erat. Aku gembira. Dia gembira.Tuhan, syukurlah atas nikmat ini. Aku tahu dia amat sayang padaku. Seperti sayangku padanya. Dan seperti kasih kami kepada janin dalam rahimku.Dia menjagaku sebaiknya. Makan minumku, sakit peningku.Dan segala-galanya."Doalah, semoga anak kita jadi anak yang baik,". Hari-hari itu yang diingatkan padaku. Aku pun ingin memiliki anak yang soleh, yang luhur pekertinya dan teguh memegang syariat Allah s.w.t pada akhir zaman. Lalu hari-hari kubisikan kepadanya kata-kata yang baik. Biarpun dia masih didalam rahim. Aku pasti ada pertalian yang menghubungkan aku dengannya. Aku nyatakan harapanku dan saban hari bibirku tidak kering melagukan ayat suci Al-Quran. Surah Yasin, Al-Luqman, At-Taubah, Yusuf dan Maryam telah sebati dalam pengalamanku. Sebelum melelapkan mata, suamiku akan mengajarnya membaca Al-Fatihah. Dan alangkah gembiranya hati bakal ibu apabila janinnya bergerak-gerak, memberi tindak balas pada kalimah tayyibah yang diajarkan. Akhirnya dia kulahirkan setelah melalui kesakitan antara hidup dan mati. Terubat hatiku melihat senyumannya.Dia banyak menyalin rautku. Berkulit cerah dan berwajah bujur sirih. Paling seronok melihat lekuk di kedua belah pipinya bila dia tersenyum. Nur Amana,nama pilihan suamiku. Menggabungkan maksud cahaya Ilahi yang menaungi setiap sudut hidupnya. Penuh barakah dan rahmat. Biar dia menjadi wanita terpuji. Memiliki iman setinggi iman Siti Fatimah az-Zahra, puteri Rasullulah s.a.w. yang terunggul.Dan membesarlah dia dalam limpahan kasih sayang aku dan suami. Takdir Allah s.w.t. menyuratkan kami tidak memperoleh anak lagi selepas kelahirannya.Pelbagai usaha kulakukan, namun barangkali puteri seorang itu sajalah amanah yang perlu disempurnakan sebaiknya. Aku akur. Suamiku tidak banyak bicara. Ketentuan Allah adalah sesuatu yang mesti diterima dengan reda. Nur Amana anak yang bijak. Tidak sekadar memiliki kecantikan lahiriah, akhlaknya terpuji. Tutur katanya mendamaikan jiwa. Bila dipandang menyejukkan hati. Tidak pernah sekalipun mengangkat suara pada orang tua.Malah kata maaf sering diucapkan bila terasa lakunya menyentuh hati orang lain.Saat paling menyedihkan bila sepucuk surat bersampul coklat tiba pada suatu tengahari. Detik perpisahan bertemu jua. Nur Amana yang cemerlang dalam pelajaran ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Pun begitu demi masa depannya kami merelakannya. Seperti suamiku, aku yakin dengan ilmu Islam yang diterapkan dalam jiwanya dia mampu menangkis segala unsur jahat.Aku pasti Nur Amana akan terus teguh. Menjadi ikan yang tetap tawar biarpun hidup di lautan masin. Lalu hari-hariku diulit rindu yang dalam.Terkenang telatah manjanya, senyumannya, rajuknya, dan bila menjamah hidangan tengahari tersentuh hatiku, teringat dia yang jauh dirantau orang. Namun, rindu terubat juga bila sekali sekala suratnya menitip berita, menyatakan rindu dan kasih tidak terhingga.Lima tahun di negeri orang, Nur Amana kembali dengan kejayaan membanggakan.Air mataku menitis. Jauh di sudut hati, aku berbisik semoga anak inilah yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya bila hayat berakhir nanti.Dan di luar dugaanku, pulangnya Nur Amana membawa satu perubahan yang ketara. Dia berjilbab kini. Seluruh tubuh termasuk wajah ditutup dengan kerundung gelap. Pun aku bersyukur kerana perubahan itu menjurus kepada kebaikan.Seperti suamiku, aku tidak membantah. "Di sana terlalu banyak fitnah,Ma...," beritahunya suatu hari bila kutanya apa yang mendorongnya memakai purdah. Aku pun menyedari, kemungkaran yang memenuhi negara kafir tempat Nur Amana menuntut ilmu itu. Alhamdulillah, kerana Nur Amana mengambil langkah bijak. Cuma saudara mara banyak membantah. Katanya, dengan keadaan yang seperti itu, Nur Amana sukar mendapat pekerjaan nanti. Rugilah kelulusan tinggi yang diperolehi. Tapi Nur Amana cuma tersenyum mendengar pertentangan-pertentangan itu. "Jangan bimbang Ma, pasti ada rezeki untuk hamba Allah yang memegang syariat-Nya," Nur Amana memujukku. Dan hatiku berbunga lega. Benar seperti kata-katanya, tidak sampai sebulan pulang dari Amerika, Nur Amana mendapat kerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Aku tidak begitu tahu tentang tugasnya, tapi menurut Nur Amana sebagai eksekutif. Dan kehidupan kami berlangsung seperti biasa.Hilang sudah rindu membaraku. Nur Amana berada di sisiku kini.Hari-hari berada di depan mata...
Bersambung...
@-Copyright Control-
Read More...

Selasa, Ogos 05, 2008

Serikandi Agama Mujahidah Sejati


Serikandi Agama Mujahidah Sejati:
Siri Terakhir




Tiga bulan berlalu begitu pantas.Ustazah Rohana sudah bersedia untuk kembali menyambung tugasanya yang ditinggal kepada ustaz Mustaqim.Dan ini bermakna tamatlah sudah tugasan Ustaz Mustaqim di tingkatan 6 puteri.Ada keluhan panjang yang terselit dihati semua pelajar tingkatan 6 puteri tatkala Ustaz Mustaqim menyatakan yang perkhidmatannya disekolah itu sudah sampai kepada penghujungnya.Mereka begitu senang dengan kaedah belajar yang diajar oleh Ustaz Mustaqim.Dan begitu terserlah ilmu agama yang dimiliki oleh ustaz muda ini.Dan ianya betul-betul dikagumi oleh setiap pelajar yang ada.Terutama sekali pelajar yang sering diberi perhatian.Nurul ‘Ain..
Terasa pantas benar masa yang berlalu.


Kelu lidah Nurul untuk berkata tatkala mengetahu cuti semester ustaz mereka itu telah sampai ke penghujungnya.Tiada apa yang mampu dilafazkannya selain membisu.Entah kenapa berat hatinya untuk melepaskan guru muda ini pergi.Dia sudah terasa senang
dengannya,senang dengan cara pengajarannya,pengalamannya yang dikongsikan dan begitu banyak ilmu yang dipelajarinya selama tiga bulan ini.Tiga bulan seakan tiga tahun dirasakan keserasiannya.Tetapi hari ini bagai terasa tiga saat baru mengenalinya.Dan apa yang pastinya hati wanitanya begitu tersentuh dengan pemergian ini.Mungkin hatinya ada menaruh harapan pada ustaz muda ini.Hajatnya mungkin boleh berjuang bersama membangunkan generasi Rabbani.Betapa dia menghormati ustaznya ini.Kagum dengan keperibadian yang ditonjolkan.Memenuhi ciri-ciri mukmin sejati.Dia sering berdoa agar ditemukan dengan seorang yang begini.Orang yang mampu mendidiknya mendekati Allah dia begitu inginkan insan yang sebegitu menjadi suaminya.Tapi apakan daya,perasaan itu hanya berlegar disudut hatinya dan hanya kepada tuhan tempat dia mengadu dan meminta.








“Hari ini adalah hari terakhir ana mengajar kamu..Ana harap sepanjang ana berada disini,kamu dapat mengambil sedikit sebanyak pengalaman dan ilmu yang ana berikan..Semoga Allah memberkati usaha kamu untuk memahami agamanya.Persiapkanlah diri kamu untuk menjadi mujahidah di jalan Allah..”
“Ustaz..kenapa ustaz tak minta ganti ja terus tempat Ustazah Rohana tu..?”Soal seorang pelajar membuatkan Ustaz Mustaqim tersenyum.
“Ana juga punya tanggungjawab seperti kamu..Tanggungjawab ana kepada Allah untuk memenuhi tuntutannya menuntut ilmu dan kerana dengan itu ana mampu selesaikan tanggungjawab ana kepada kedua ibu bapa ana yang ingin melihat anaknya ini berjaya..”
Ustaz mustaqim menyambung bicaranya tatkala melihat wajah sugul kesemua pelajarnya.
“Tak kira siapapun yang mengajar kamu..Yang penting perbetulkan niat kamu..Untuk apa kamu menuntut ilmu dan kepada siapa yang kamu pasrahkan niat kamu itu..”Kesemua pelajar tingkatan 6 puteri mengangguk lemah.Diam membisu.Berat rasanya hendak melepaskan guru kesayangan mereka itu pergi.
“Dah..Tak payah buat muka macamtu dah..Tak elok..Dah boleh jadi mak budak pun..Lagipun mujahidah islam tak memerlukan orang yangber putus asa..Ana tunggu kamu semua di Mesir..Ini cabaran ana..”
Mereka tersenyum hambar.
“Baiklah..Ana minta diri dulu..Ana mohon maaf sekiranya sepanjang ana mengajar disini ana ada melakukan kesilapan.Ana mohon maaf..Oh ya..mana Nurul ‘Ain?Ana tak nampak pun dia hari ni..?”
“Dia merajuk ustaz..”Suara salah seorang dari mereka membuatkan riak wajah Ustaz Mustaqim sedikit berubah.
“Merepeklah..kurang sihat katanya ustaz..”Balas Aisyah sambil menjeling tajam kearah rakannya tadi.
“Eemmm...Takapalah kalau begitu..Ana minta diri dulu..Assalamualaikum..”
“Aisyah boleh ikut ana kepejabat sekejap..?”Pinta ustaz mustaqim sebelum melangkah keluar.Aisyah bingkas bangun lalu menuruti ustaznya.







“Kamu tolong sampaikan buku ni pada Nurul boleh..?”
Aisyah mengangguk lemah sambil mengambil buku yang dihulurkan kepadanya lalu terus dimasukkan kedalam bag.
“Ini untuk kamu sebab banyak bantu saya selama ana disini..”Ustaz Mustaqim menghulurkan sebuah lagi buku untuk Aisyah.
“Terima kasih banyak Ustaz..takada apa sangat pertolongan saya nak dibandingkan dengan ilmu dan pengalaman yang ustaz berikan..Saya juga nak sampaikan salam Nurul ‘Ain pada ustaz..”
“Waalaikumussalam..kenapa dia tak datang hari ni..betul ke dia tak sihat..?”
“Entahla ustaz..Semenjak dia tahu ustaz nak berhenti ni macam orang susah hati je dia tu..”Jelas Aisyah berterus terang.
Ustaz mustaqim tersenyum.Terserlah lesung pipitnya dikedua-dua belah pipinya.menampakkan lagi manisnya guru muda ini disebalik penampilan dan keperibadiannya.
“Takapalah..kamulah orang yang paling baik untuk nasihatkannya..”
“Baiklah ustaz..saya minta diri dulu..”Pinta Aisyah sopan memohon untuk keluar.
“Baik..Sampaikan salam ana pada Nurul ‘Ain..Insyaallah doa ana selalu bersama kamu semua..”
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam..”



Nurul ‘Ain membelek buku yang dihadiahkan Ustaz Mustaqim padanya.Aisyah memberikannya pagi tadi tanpa sebarang bicara.Cuma menyampaikan salam dari Ustaz Mustaqim sahaja.Hairan benar dia dengan gelagat Aisyah.Selalunya dialah yang paling banyak mulut kalau berjumpa.Tetapi lain pulak halnya pagi tadi..Hairan.
Nurul ‘Ain membuka helain pertama buku Ciri-ciri Mujahidah Sejati karangan Prof.madya Doktor Fakhruz Hadfi yang dihadiahkan Ustaz Mustaqim padanya.Tertera Nota ringkas dihelain putih bersih buku itu.






Buat Mujahidah sejati..

Engkau serikandi agama.Berjuanglah untuk agamamu walau nyawa menjadi taruhan.Betapa engkau menyedari harta dan nyawamu telah dibeli tuhanmu.Mujahidah sejati semangatnya tidak pernah pudar.Kekuatannya adalah hatinya yang sentiasa sedar Allah dan rasul selalu bersamanya.Mujahidah sejati hatinya tetap pada Allah dan Rasulnya.Buktikan bahawa dirimu mengikut Aisyah dan khadijah.Lambang mujahidah sejati.Bangunlah wahai serikandi agama.Umat kini perlukan kudratmu,Umat kini perlukan ilmumu..Jangan sia-siakan usiamu.Jangan hampakan keluargamu.Dan jangan hampakan agamu untuk melihat dirimu menjadi serikandi agama.


Dirimu Mujahidah sejati..Serikandi agama.


Ahmad mustaqim



Nurul memandang putera puterinya.
“Abang..Inilah mujahid mujahidah kita..”Hari ini baru Nurul sedar kemanisan membentuk pejuang untuk Agama Allah ini..Insyaallah Nurul takkan mensia-siakan harapan dan amanah abang selama ni..Nurul akan lakukan sedaya upaya Nurul untuk jadikan putera-puteri kita menjadi mujahid dan mujahidan harapan agama..Nurul doakan semoga abang ditempatkan disisi orang-orang yang Soleh..”Air mata jernihnya menitis.Hari ini genaplah sepuluh tahun pemergian suaminya yang tercinta.Tetapi dia tidak bersendirian kini,kerana hidupnya saat ini ditemani putera puteri yang bakal menggalas dan memikul urusan dakwah.
“Terima kasih abang untuk kesekian kali membuatkan Nurul benar-benar bertuah..Ya Allah..peliharalah hambamu ini,kuatkanlah semangatku dan kekuatanku agar aku tidak punya alasan untuk membiarkan mujahid dan mujahidah ini terbiar tanpa didikan agama..”
AMIN


Read More...

Sabtu, Ogos 02, 2008

Serikandi Agama Mujahidah Sejati




Serikandi Agama Mujahidah Sejati:Siri Keenam(6)



“Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam Ustaz..”Sahut semua pelajar kelas tingkatan 6 puteri.
“Baik..Untuk pegetahuan semua..Ana guru baru kamu untuk Madah Mantiq ni,ana menggantikan Ustazah Rohana yang sedang cuti bersalin..Kebetulan ana juga sedang bercuti sekarang..Tapi bukan cuti bersalin jugak..”Kata-kata guru muda itu disambut dengan deraian ketawa pelajar 6 puteri.



“Hari ini ana rasa kita tak perlu belajar apa-apa lagi..Cuma seperti kebiasaannya,kita akan berta’aruf terlebih dahulu..Baik,kita akan mulakan dari sebelah kanan ana..Afdholul yamin..Tafadhol..”
Seorang demi seorang bangun memperkenalkan diri sehinggalah sampai kepada gadis manis bertudung labuh dihujung tingkap.
“Assalamualaikum..Ismi Nurul ‘Ain Binti Rozali..”
“Hah..?Siapa nama kamu?Boleh tolong ulang tak?..”
“Hish ustaz ni..buat-buat tak dengar pulak..”Gerutu hati Nurul sambil tangannya mencubit lengan rakan disebelahnya..
“Oi sakitla..”balas rakannya perlahan.
“Ismi Nurul ‘Ain..”Nurul meninggikan sedikit suaranya.
Guru muda itu tersenyum.
“Manis nama tu..Lagi manis jika kita punya akhlak yang baik sebaik nama kita..”


Penghuni 6 puteri tersenyum.Kecuali Nurul ‘Ain.Malu agaknya.Selesai kesemua pelajar memperkenalkan diri kini tiba masanya giliran guru muda itu memperkenalkan dirinya.
“Baik..Nama ana Ahmad Mustaqim Bin Ghazali.Bukan Rozali..”Gurau guru muda itu lagi membuatkan berderai lagi ketawa penghuni 6 puteri.Nurul masam mencuka..
“Ana penuntut tahun akhir kuliyah usuluddin..Dan seperti yang ana bagitau tadi sekarang ni ana sedang bercuti..Dan ini adalah pengalaman pertama ana mengajar..jadi apa yang ana harapkan adalah dengan bantuan kamu memberi perhatian sepanjang ana mengajar dapatlah ana gunakan sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman ana belajar dahulu untuk membantu kamu..”




“Aisyah..Aisyah rasa tak Ustaz baru tu tadi macam sengaja ja kan nak kenakan Nurul..Bengang betul la..”Bebel Nurul meluahkan rasa kurang berpuas hati sambil melangkah seiring dengan sahabatnya.
“Tapi kan..Aisyah rasa entah-entah Ustaz tu dah terpikat pada Nurul tak?..”balas Aisyah bersahaja.
“Hish..ada ke macamtu..”Pintas Nurul menyangkal dakwaan yang sememangnya tidak pernah difikirkannya.
“Kot ye pun tak payahla cubit..tersilap cakap je..”Gerutu Aisyah sambil menggosok lengannya.
“Hehe..sori..Itulah sapa suruh tak ambik insurans mulut tu..”
Mereka lalu beriringan ke kantin.Suasana rehat di kantin sekolah cukup bising.Riuh rendah jadinya tatkala kesemuanya turun untuk menikmati juadah yang tersedia di kantin sekolah.Macam kenduri lagaknya.
Nurul duduk berhadapan dengan aisyah sambil menghirup perlahan air oren dihadapannya.
“Aisyah rasa la kan..kalau ustazah Rohana cuti sealipun kita tak perlula guru ganti..?”
“Kenapa cakap macamtu..?”Balas Nurul.
“Kan kita dah ada pakar mantiq dan segala pakar dalam kelas kita..”Aisyah ketawa.Nurul turut sama ketawa.
“Agak-agak Nurul..pandai ke ustaz baru tu ngajar kita nanti..Ustazah Rohana pun kadang-kadang macam serabut ja..”Aisyah menyoal lagi sambil tersenyum sinis.Inginkan kepastian dari sahabatnya.
“Tak baik cakap macamtu..setiap orang ada kelebihannya yang dikurnia Allah.Rasanya dia lebih hebat dari apa yang kita sangkakan.Ilmu ni tak sama pada setiap orang.siapa yang rajin mencari banyaklah yang dia dapat..Takpun sekurang kurangnya dia boleh bantu kita dengan pengalamannya..”Balas nurul lembut.Aisyah menggangguk tanda setuju dan riak wajahnya terpancar sedikit penyesalan.
“Ai..bukan main lagi puji Ustaz baru tu..Tadi marah sangat..”
“Bukan pujila..tapi bercakap yang benar..yang tadi lain.Marah tetap marah.”Mereka berdua ketawa...”


Bersambung....

Read More...

Jumaat, Ogos 01, 2008

Serikandi Agama Mujahidah Sejati



Serikandi Agama Mujahidah Sejati:
Siri Kelima(5)


Nurul mengeluarkan Sekeping nota yang terselit kemas didalam sampul ditangannya.Sampul pemberian bakal suaminya disampaikan oleh bakal ibu mertuanya sendiri.Lalu diamatinya isi kandungan Nota berpena hijau itu.




Assalamualaikum


Buat bakal isteriku..NURUL “AIN
Terima kasih diatas kesudian menerima lamaran tempoh hari.Jutaan kemaafan seandainya lamaran ini mengejutkan Nurul ‘Ain.Im rasa tidak salah kiranya kita punya ikatan terlebih dahulu untuk saling mengenali,juga Im pohonkan kemaafan kerana hingga saat ini Im masih membuatkan Nurul tertanya-tanya siapakah gerangannya bakal suami Nurul ini.Dan rasanya tidaklah terlalu lewat untuk Im memperkenalkan siapa diri Im pada Nurul yang bagi Im rasanya dah sememangnya Nurul kenali..

Tanpa berlengah cepat Nurul mencapai gambar yang masih terselit didalam sampul.Diamati gambar ditangannya itu.
“Ya Allah..”Bisiknya lembut.
Kelopak matanya berkaca.Air panas dari anak matanya mula mengalir lembut membasahi pipinya.


Buat bakal Isteriku..NURUL ‘AIN..


Mungkin Nurul terkejut dengan kebenaran yang Nurul ketahui sekarang ni..Im rasa bersyukur sangat dengan perkenalan dan pertunangan ni..Semoga Allah kekalkan hubungan ni sampailah saat kita diijab kabulkan nanti.Rasanya Im tak perlu lagi memperkenalkan siapa gerangannya diri Im pada Nurul yang dah sememangnya mengenali Im sejak dulu lagi.Cukuplah dengan sekeping gambar dan nota ringkas ni menjadi perungkai simpulan yang ada difikiran nurul.Jadi..dah bersedia untuk menjadi mujahidah muda memikul amanah besar ini..
Buat bakal isteriku yang solehah..

Semoga apa yang kita lakukan tetap bersandar pada agama Allah.Kerana itulah landasan yang paling ampuh untuk kita menuju ke destinasi yang kita impikan.Semoga dengan keluarga yang bakal dibina ini akan melahirkan mujahid dan mujahidah yang akan meneruskan perjuangan Agama Allah.Tiada apa yang Im harapkan dari isteri yang bijak dan solehah ini melainkan bantuan darinya untuk Im mempersiapkan mujahid mujahidah ini agar mereka mampu untuk berjuang pada Agama Allah.Ternyata hingga saat ini pilihan Im tak pernah tersalah..Dan kerana kekuatan cinta Nurul yang disandarkan pada Allah lah berjaya menemukan kita.Im akhirkan cebisan luahan hati ini dengan sepotong makna ayat Al-Quran dari surah An-Nuur untuk bakal Isteriku.

“Perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia.”

Dan masih seperti dulu..Im harapkan dirimu mampu menjadi Mujahidah sejati..Serikandi agama..

Assalamualaikum..

Ahmad Mustaqim


Nurul melipat kemas nota berharga ditangannya.
“Alhamdulillah..”
Air matanya masih lagi mengalir.tiada lagi ungkapan terbaik selain ucapan syukur kehadrat Allah atas kurnian yang cukup bernilai ini.Tak pernah diduga olehnya betapa Allah menyayanginya.meletakkan sebutir permata dihadapannya,seseorang yang sememangnya mampu mendidiknya dan sememangnya diharapkannya selama ni.
“Ya Allah..seandainya inilah bukti kasih sayangmu untuk hambamu yang dhoif ini..kurasakan aku tidak layak untuk membalas kasih sayangmu ini.Ianya terlalu besar buatku..
Ya Allah..sekiranya inilah ujianmu untukku..betapa beratnya amanah ini untuk aku pikul tanpa bantuanmu
Ya Allah..hambamu ini tiada sebarang daya tanpa bantuanmu Ya Allah..
Bantulah aku Ya Allah agar dapat aku pikul amanah ini dengan kekuatan yang ada dan lahirkanlah dari zuriat kami nanti petera puteri yang mampu aku bentuk untuk mempertahankan agamamu dan saudara seagamanya..”


Bersambung..


Read More...

Selasa, Julai 29, 2008

Serikandi Agama Mujahidah Sejati

Serikandi Agama Mujahidah Sejati :Siri Keempat(4)




Nurul memandang cincin bertahtakan berlian dijari manisnya.Dia tersenyum sendirian.Hatinya makin terbuka untuk insan yang sedang mengetuk pintu hatinya,meminta izin untuk menetap disitu.
“Manis bakal menantu makcik ni..”
Nurul tersenyum sambil wajahnya tertunduk malu.
“Ini dari mustaqim.Dia kirim sampul ni untuk kamu..Insyaallah nanti makcik bawa orangnya datang sendiri..katanya segan lagi nak datang.nak kenal dulu katanya..”
Nurul hanya tersenyum mendengar bual bicara bakal ibu mertuanya sambil menyimpan kemas sampul yang diberikan tadi..


“Mak kamu dah bagitahu hajat mustaqim..?”
Nurul hanya mengangguk
.
“Makcik ikutlah apa yang terbaik untuk kamu berdua..yang nak kawin tu kamu..kami ni setuju jelah..”Suara bakal ibu mertuanya lagi sambil memandang kearah bakal besannya.
“Ye tak..?”
Nurul tersenyum,geli hati dia melihat ibunya hanya mengangguk.mengikut apa yang dirasakannya baik.
Majlis pertunangan yang dilangsungkan pada sebelah pagi tadi masih segar didalam ingatannya.Ibunyalah orang yang paling sibuk sekali.Lagaknya bagai mengurus kenduri kahwin.Ayahnya pula diruang tamu.apa lagi kalau tak berbual rancak dengan kawan- kawannya.Agaknya mungkin bangga menanti kehadiran menantu sulungnya.
Nurul bersendirian dalam bilik.Nasihat ayah petang tadi disemat kemas dihatinya.Sebak bila mengenangkan nasihat ayahnya tadi.
“Nurul..Abah yakin sangat dengan Nurul..bagi abah..Nurul dah faham sangat tanggungjawab Nurul sebagai seorang anak selama ni..Dan abah rasa bukanlah terlalu awal bagi abah untuk membuat keputusan yang sebegini..Bagi abah dah sampai masanya untuk Nurul berumahtangga dan ada sesorang yang bertanggungjawab ke atas Nurul..Betapa besarnya ganjaran dari Allah untuk seorang wanita yang taat kepada Allah dan taat kepada suaminya.Tiada tempat lain baginya selain syurga Allah..Dan abah taknak anak abah yang abah sayang terlepas peluang tu..Nurul berpegang kuat dengan apa yang ayah cakap selama ni..Dan abah rasa bersyukur sangat ada anak yang solehah macam Nurul..selama ni abahla orang yang paling berhak untuk Nurul.tapi selepas ni suami Nurul lah orang yang paling berhak keatas Nurul..Ketaatan pada suami adalah menjadi kewajipan keatas isteri dan rasanya contoh terbaik dan terdekat yang boleh
Nurul ikut adalah mak Nurul..Nurul faham kan apa yang abah cakapkan ni..Abah doakan semoga Nurul sentiasa berdiri diatas landasan agama yang kukuh..”
Nurul mencium tangan ayahnya.Air matanya menitis membasahi pipinya.
“Terima kasih abah..Abah selalulah mendoakan Nurul..agar kuat hati nurul berusaha dan bertawakkal kepada Allah.Nurul takkan mampu sebegini tabah tanpa doa abah dan mak..Nurul takkan hampakan abah dan mak untuk melihat mujahidah muda dalam keluarga ni.Nurul sayang sangat pada abah dengan mak.Doa abah dan mak la sumber kekuatan nurul..”



“Tak lenguh ke cik Nurul oi asyik tersenyum ja tu..”Nurul pantas memandang Aisyah.
“Eeeii..tak baik tau mengata orang macamtu..”
“Bukan mengatala..Cuma Aisyah risau ja sebab kawan Aisyah yang sorang ni dah kena demam angau..”Aisyah bergurau.
“Aduh!..sakitla..”Aisyah mengurut-urut tangannya apabila satu cubitan hinggap dilengannya.Sambil bibirnya melemparkan senyuman.
“Betul la kan apa yang Aisyah cakap tu..”
Nurul hanya tersenyum.
“Sakit ke Cik Chah..lama menggosok tu..”
“ha a..tangan Nurul tu bukannya taktau..kalau cubit tu sakit betul..”Aisyah mencebik bibir.
“Ai..tadi dah senyum elok je..sekarang dah masam balik?Sori..hehe..Aisyah..Nurul rasa tenang sangat sekarang tau.Tak macam hari tu..”
“Itulah Aisyah dah bagitahu dulu.Mak dan ayah Nurul mesti fikirkan yang terbaik untuk nurul..Mungkin diorang nak ajar Nurul untuk lebih bertanggungjawab..Dan yang penting Nurul tahu Allah sayang hambanya yang soleh dan sentiasa bersabar..”
“Terima kasih Aisyah..Nurul pun selalu doa yang kawan Nurul Sorang ni cepat-cepat berjangkit penyakit angau Nurul ni..”
Mereka berdua ketawa.


Bersambung....






Read More...

Serikandi Agama Mujahidah Sejati

Serikandi Agama Mujahidah Sejati:
Siri Ketiga(3)



Nurul melipat sejadah dan diletakkannya disebelah.Telekung dan kain sembahyangnya dilipat kemas.Ada titisan air mata yang jatuh mengenai pipi lembutnya.Dia pasrah.Panjang dia berdoa tatkala berkesempatan berbicara dengan tuhannya walaupun hanya seketika.Terasa senang dihatinya kerana dipilih untuk menjadi anak yang soleh tanpa melukakan hati ibu dan ayahnya.Allah begitu menyayanginya dan tidak membiarkannya terus dihimpit seribu macam gelisah.dan dia bersyukur kerana diberi jalan dan dipermudahkan ruang untuknya berfikir secara rasional.



“Ya Allah jika benar dia diciptakan untukku..dekatkanlah hatinya dengan hatiku..
Berikanlah dia kekuatan untuk mendidikku..janganlah jauhkan aku denganmu ya Allah..”
Nurul bingkas bangun dari tempat sembahyangnya lalu dicapai telefon bimbitnya.
“Assalamualaikum mak..”
“Waalaikumussalam..”
“Nurul balik besok mak..Tak sabar nak kawin..hehe..”Nurul berseloroh.
“Hissh..Mimpi apa budak ni..hari tu bukan main nangis taknak..sekarang suka pulak..”
“Hehe..tak adalah..Sebenarnya Mak..Nurul dah fikir masak-masak..Dah buat solat Istikhoroh pun..Nurul takkan hampakan harapan mak dan abah..”Jawab Nurul tenang.
“Eemm..itulah yang mak harapkan..terlanjur kau telefon ni mak nak bagitaulah..”Celah ibunya.
“Bagitau apa mak..”
“Hajat bakal menantu mak..dia nak kau habiskan dulu ijazah kau tu..lepas tu baru fikir pasal kawin..lagipun dah tak lama kan..Cuma nak ikatla dulu..”Balas ibunya dicorong telefon.
“Itulah yang nurul nak bincang dengan mak dulu..nak suruh mak bagitaula pada bakal menantu mak tu..tak sangka dia faham kan..?Mak suka ke menantu mak tu..?”Soal Nurul sambil ketawa.
“Ada ke tanya macamtu..sukalah..Dia tahulah tu..dia pun pelajar macam kau juga..sekarangni kalau tak silap mak dia baru habis M.A kot kat UIA tu..dahla..hati-hati balik esok.abah kamu dah memanggil tu..lapar nasi..mak tak hidang lagipun nasi kat abah kau tu..”
“Yelah mak..kirim salam rindu Nurul kat abah..Assalamualaikum..”
“Insyaallah..Waalaikumussalam..”
Nurul berlalu ke katilnya..Dia mengulum senyuman.Terpancar rasa ketenangan dijiwanya.
“Alhamdulillah..”



Bersambung....
Read More...

Isnin, Julai 28, 2008

Serikandi Agama Mujahidah Sejati


Serikandi Agama Mujahidah sejati :
Siri Dua(2)




Nurul melangkah lemah ke dewan kuliahnya.Semangatnya untuk belajar seakan luntur.Makin malas untuk memikirkan tentang assigment,ulangkaji,perbincangan,tutorial kerana baginya semua itu sudah tidak perlu.Apa guna dia habiskan masa untuk belajar sedangkan akhirnya kedapur jugak.Minggu depan dia terpaksa pulang kerumah kerana janji ibunya untuk mempertemukannya dengan bakal keluarga mertuanya.Dia terpaksa patuh kerana dia sedar itulah yang mereka harapkannya darinya.


“Nurul..Puan Aida asyik pandang nurul ja tadi..pastu dia cakap nak Nurul ke pejabat dia.Banyak sangat mengelamun tu..”Suara Aisyah kepada Nurul.
“Ye ke Aisyah..?Tak perasa pulak Nurul..”
“Nak perasan apanya..kalau otak tu asyik melayang je kepada insan yang tersayang..”Aisyah berseloroh.
“Tolong sikit..nurul tak kenal pun sapa-sapa yang tersayang selam kat sini..”
“Kalau dulu..?”Pintas Aisyah membuatkan Nurul terdiam seketika.
“Nurul dah lupa semua tu..sekarang Nurul cuma fikirkan tentang study Nurul..Tapi Nurul Cuma berat hatilah Aisyah..rasa macam mak ayah tak fikir pun hati dan persaan Nurul.kita tak ikut,takut derhaka,bila ikut makan hati sendiri..”Nurul seakan mengeluh.
“Janganla fikir macamtu..Tak baik..bagi Aisyah ,mak dan ayah Nurul sudah buat keputusan yang terbaik untuk Nurul..mungkin Nurul ja yang belum mampu untuk memahami..”
“Entahlah Aisyah..serba salah Nurul jadinya..Nurul ada cita-cita..”Balas Nurul lemah.
“Yelah..seeloknya Nurul bincanglah dulu dengan keluarga macamna..eemm..dahla..pergi cepat,Puan Aida nak jumpa Nurul tu..”

“Kamu ada masalah ke Nurul?Selalunya kamu tak macamni pun..”Soal Puan Aida.Anak matanya memandang tepat ke arah wajah Nurul.
Nurul tunduk membisu sambil menggeleng lembut.
“Nurul ‘Ain..boleh tak kamu pandang saya..?”
Nurul memandang wajah pensyarahnya.wajah yang dia benar-benar kagumi.wanita yang hebat.
“Kenapa kamu menangis..?”
“Puan..saya rasa saya tak dapat nak teruskan belajar la..saya taknak habiskan ijazah ni..”
“Why..?”jelas kelihatan riak terkejut diwajah Puan Aida.Pelajar terbaiknya meluahkan untuk berhenti belajar adalah sesuatu yang sangat mengejutkan.
“Ada orang melamar saya baru ni..dan mak ayah terima..”Balas Nurul sambil mengelapkan air matanya dengan hujung baju kurungnya.
Puan Aida tersenyum.
“Saya ingatkan apa masalah kamu tadi..selalunya orang gembira la kalau nak kawin..”
“Itulah Masalahnya puan..Sebab saya tak kenal pun siapa yang melamar saya tu..dan saya rasa saya dah tak ada harapan untuk terus belajar..”Bersunguh Nurul menjelaskan masalahnya.
“Nurul ‘Ain..pandang saya..Saya juga seorang wanita macam kamu..saya juga pelajar macam kamu dulu dan sekarang saya juga masih seorang pelajar..Dan saya seorang isteri, juga seorang ibu kepada dua orang cahaya mata..saya bekerja dan juga seorang suri rumah..bagi saya..kejayaan dan kekuatan saya adalah suami saya..saya takkan mampu untuk menjadi sebaik dan sekuat ini tanpa suami saya..”
Nurul terpaku dengan apa yang diperkatakan.
“Perkahwinan takkan menjejaskan apa-apa sayang..Saya taknak kamu patah semangat macamni.Macamna nak jadi serikandi agama..?”
Nurul terkejut dengan kata-kata itu.terus menusuk kedalam hatinya.
“Sekarang apa yang perlu kamu lakukan ialah teruskan cita-cita kamu..Tunaikan harapan ibu dan ayah kamu.Hormati keputusan mereka..Insyaallah mereka akan hormat keputusan kamu..”
“Terima Kasih puan..”Balas Nurul.ada bunga senyuman dibibirnya.
“Kamu boleh jadi yang terbaik..bentukkan peribadi untuk jadi seorang isteri yang baik..anak yang taat..pelajar yang berjaya..jangan jadikan perkahwinan sebagai alasan untuk kita berhenti belajar..Saya tak nampak apapun kekurangan bagi orang yang berkahwin untuk terus belajar dan berjaya..Pinjamlah semangat dan kesungguhan khadijah dan sumayyah..moga kamu berjaya..”
Nurul mengangguk perlahan.Dia baru sedar kini.matlamat asalnya sudah jauh menyimpang.Serikandi agama..Mujahidah sejati tak pernah berputus asa.
“Lagipun Nurul..saya sebenarnya taknak orang lain yang dapat anugerah dekan untuk tahun ni..”
Nurul tesenyum lebar.
“Terima kasih sekali lagi puan..I will try my best..”
“Saya minta diri dulu puan..”
Puan Aida tersenyum memandang Nurul.pelajar kesayangannya.
“Nurul..”Nurul menoleh memandang Puan Aida,belum pun sempat dia melangkah keluar dari bilik berhawa dingin itu.
“Tahun depan Insyaallah saya ingat nak sambung Phd pulak..Saya cabar awak..”Suara puan Aida sambil tersenyum.
“Terima kasih puan..saya akan cuba”Nurul berlalu dengan perasaan bercampur baur.Terharu dengan kekuatan yang dimiliki oleh pensyarah wanitanya itu.Semangat yang diberikan.Cabaran yang dilemparkan.Kesangsian yang hampir padam.Harapan yang kian menyinar.Segalanya bagai bunga tulip yang sedang mekar dipagi hari..Segar mewangi.Bangunlah aduhai mujahidah sejati..


Bersambung..


Read More...

Serikandi Agama Mujahidah Sejati




Serikandi Agama Mujahidah Sejati: Siri Pertama(1)




Semalaman Nurul termenung memikirkan hajat yang disuarakan ayah dan ibunya pagi tadi melalui telefon.Niat hati untuk terus melanjutkan pelajaran bagai pecah berderai bak kaca terhempas ke lantai tatkala ibu menyatakan ada lamaran dari seorang lelaki untuknya.Dan yang pedihnya..mereka menerima lamaran itu tanpa persetujuannya..
“Nurul taknak la mak..nurul nak belajar lagi.Nurul ada cita-cita...”
“Lepas kahwin pun boleh belajar kan..?”balas ibunya lembut.
“Yelah..itupun kalau suami nurul benarkan..lagipun nurul tak kenal dia lah mak..Entah baik entah tidak..”Dia masih bertegas menolak.


“Mak dengan abah kamu kenal sangat budak mustaqim tu..baik budaknya..belajar agama pulak tu..pernah belajar dimesir pulak tu..lagipun dia tu anak kawan baik abah kamu..”Ibunya menjelas panjang lebar.
“Yelah..tapi nurul tak kenal dia..tengok pun tak pernah..balik mesir ke..london ke..bukan mak yang nak kawin..”Air matanya mula menitis.
“Hissh budak ni..ada ke cakap macamtu..tak payah berdolak dalih..abah kamu dah setuju pun..minggu depan kamu balik..bakal mak mertua kamu nak datang..Nak tengok bakal menantu katanya”
“Mak..”Rayu nurul.Tangisannya makin kuat kedengaran.
“Tak payahla menangis..Bukan kamu tak kenal abah kamu tu..”
“Tapi mak..Nurul tak bersedia lagi..Nurul nak belajar lagi..”Rayunya lagi.
“Nurul..Selama ini mak dan abah tak pernah minta apa-apa dari Nurul..cuma hari ini ja mak ada satu permintaan dari anak mak ni.Abah kamu adalah orang yang paling mak sayang..Permintaan mak..kamu takkan melukakan hati dia..itu ja..”Sayu kedengaran permintaan kecil ibunya.tapi amat besar dan berat baginya.
Nurul diam seribu bahasa.Kelu lidahnya dengan permintaan kecil itu.Dia menghela nafas panjang.
Air matanya menitis lagi.Dia tak kemana-mana hari itu.Terperap seharian dalam bilik.Makan pun tidak.Puas kawan-kawan memujuk tetapi hanya air mata yang menjadi teman paling akrab saat itu.
“Aisyah..Nurul tak nak kawin lagi la..”
“Sabarla Nurul..mungkin ada hikmahnya kan..”Balas Aisyah.Sahabat baiknya dari sekolah menengah lagi dan sekarang mereka sama-sama menuntut di universiti yang sama.
“Hikmah apa..Nurul terpaksa korbankan masa belajar Nurul untuk khidmat Nurul kepada suami..Aisyah tahu tak..Nurul tak kenal pun sapa bakal suami Nurul tu..”
“Eemm..entahlah..Aisyah pun tak tahu macamna Aisyah nak tolong nurul..kalau Aisyah ditempat nurul pun Aisyah tak tahu nak buat apa..Tapi dulu nurul juga pernah bagitau Aisyah yang mujahidah sejati tetap kental semangatnya walau dimana dia berada.”Kata-kata itu benar-benar membuatkan nurul tergamam dan membisu.Benar..Mujahidah sejati tetap kental semangatnya dan itulah cita-citanya.Mungkin dia perlu pasrah jika inilah ketentuannya.Walaupun berat baginya untuk menolak kerana ini adalah permintaan ayah ibunya,tapi takut melukakan hati mereka adalah jauh lebih berat baginya.Dan tidaksama sekali untuk menjadi anak derhaka.


Bersambung....
Read More...