KOLEKSI SAHABAT_ISLAM (KLIK SAHAJA)

DARI PENA SAHABAT_ISLAM


Salam Ukhuwah dari sahabat_Islam

Untuk Pengetahuan Semua tujuan blog ini diwujudkan adalah sekadar berkongsi sedikit ilmu,pengalaman dan idea kepada sahabat-sahabat sekalian.Mudah mudahan percambahan pemikiran dan luasnya pengalaman sahabat-sahabat sekalian dapat dikongsikan disini.
Apa yang diharapkan adalah blog ini mampu menjadi sebahagian daripada koleksi ilmiah yang mampu memberikan manfaat kepada sahabat-sahabat sekalian walaupun hanya sedikit.Apa yang ingin ditegaskan disini adalah sekiranya apa jua isi kandungan blog ini dilihat menyimpang dari 4 sumber syara' yang telah disepakati maka sahabat-sahabat sekalian wajiblah menolaknya.Andai ianya bertepatan dengan syara' maka manfaatkanlah.
Janganlah melihat kepada siapa yang berkata akan tetapi lihatlah kepada apa yang dikatakan olehnya.andai ianya benar menurut pandangan syara' maka benarlah juga menurut pandangan kita.Mudah mudahan islam menjadi perkara teras dalam kehidupan kita dan segala penyimpangan darinya mampu kita jauhi.Tiada apa yg terbaik melainkan mengikuti semua perintah Allah dan rasulnya tanpa mengurangi dan menambahnya walaupun sedikit.

wallahu a'lam..

ADIK DAN PALESTIN..

ADIK DAN PALESTIN..
Karya yang hebat..Semoga ianya menjadi peringatan kepada kita semua yang darah saudara kita bukan murah..Ya Allah semoga kaum muslimin sedar akan tanggungjawab mereka..

NUR AMANA..MUSNAH KERANA CINTA

NUR AMANA..MUSNAH KERANA CINTA
Sebuah Cerpen Hebat..Semoga Allah Memberikan yang terbaik kepada Penulisnya.. Seorang Gadis manis yang punya didikan agama musnah dek kerana sistem sekuler yang bermaharajalela..

CERPEN:"Serikandi Agama Mujahidah sejati"

CERPEN:"Serikandi Agama Mujahidah sejati"
Bingkisan Kecil Buat pengunjung Blog sahabat_islam.Semoga akan lahir mujahid dan mujahidah sejati daripada serikandi agama yang Kukuh Akidahnya,mantap ukhuwahnya dan Hebat perjuangannya

Ahad, Oktober 19, 2008

FIQIH SUNNAH

Bab Solat.

Turun Sujud..Apakah mendahulukan Turunnya tangan atau Lutut didahulukan.

Sebelum membincangkan permasalahan sujud apakah turunkan tangan dahulu atau lutut dahulu kita seharusnya memahami satu perkara penting.
Apakah turun ke sujud itu meletakkan tangan dulu atau lutut dulu,perkara itu adalah perkara khilafiyah.
Tapi,salah jika ada yang mengatakan “masalah khilafiyah jangan dibahas!”, “jangan menyentuh perkara khilafiyah!”, “jangan sibuk dengan perkara yang diperselisihkan!”.Ini adalah pernyataan yang berbahaya!
Sebab,dalam aspek 'amaliyah,kita sentiasa memerlukan hukum syara’ yang memandu amal kita.Adapun kenyataan bahawa dalam perkara 'amaliyah itu terdapat banyak pendapat, maka tugas kita adalah memilih pendapat yang menurut kita memiliki dalil dan pendalilan yang paling kuat.
Kita memilih satu di antara pendapat-pendapat yang berbeza Agar kita bisa beramal sesuai dengan hukum syara’ yang kita pilih..
Dan agar nanti di yaumul hisab kita mampu memberi hujjah atas amalan yang kita lakukan..



Yang sebenarnya apa yang tidak boleh dilakukan bukanlah membahas perkara-perkara khilafiyah,tapi fanatik terhadap pendapat sendiri dan menganggap bodoh kepada orang yang memiliki pendapat lain. Sikap inilah yang akan menjadi titik awal perpecahan umat.
Ada dikalangan kaum muslim yang sudah sekian lama turun sujud dengan mendahulukan lutut menukar cara solat mereka serta merta dengan turun sujud dengan mendahulukan tangan setelah membaca kitab karangan sheikh Nashruddin Al bani.Hal ini tampak bagus dalam usaha untuk "ittiba'" sunnah rasul S.A.W
Dalil yang menjadi pendirian mereka-mereka yang meletakkan tangan terlebih dahulu adalah hadits dari Abu Hurairah radiyallaahu ‘anhu.
Beliau berkata: rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
"Apabila salah seorang di antara kamu sujud, maka janganlah berlutut seperti berlututnya unta,maka hendaklah dia meletakkan kedua tangannya sebelum kedua lututnya (diriwayatkan oleh as salaasah)
Dari sini mampu difahami bahwa sujud itu dengan meletakkan tangan dahulu.Menurut Syaikh Nashiruddin Al Bani,hadits ini memiliki syahid(saksi),sehingga mampu dikuatkan atas riwayat lain yang bertentangan.
Tapi,Ash Shon’aniy dalam syarah Bulughul Maram menjelaskan bahawa matan hadits itu maqlub(terbalik),seharusnya berbunyi “hendaklah dia meletakkan kedua lututnya sebelum kedua tangannya”. Ini juga merupakan pendapat Ibnu Taimiyah.Ibnul Qoyyim juga berpendapat demikian,seraya menjelaskan bahwa unta bila mahu turun dia akan mendahulukan kaki depan sebelum kaki belakang.
Yang menguatkan pendapat terakhir ini adalah hadits dari Abu Hurairah yang juga diriwayatkan dengan matan yang berbeza.Hadis tersebut diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah,dari Abu Hurairah,
beliau berkata:
"Sesungguhnya Nabi shollallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :Apabila salah seorang di antara kamu sujud,maka mulailah dengan meletakkan kedua lututnya sebelum kedua tangannya, dan janganlah dia turun seperti turunya unta.
Dari sini diketahui bahwa dari Abu Hurairah ra telah diriwayatkan dua versi hadis yang berbeza.
Atas dasar itu, beberapa ulama menganggap hadis dari Abu Hurairah ra tersebut mudlthorib(matannya kacau sehingga tidak mampu digunakan).Tapi,riwayat dari Abu Hurairah yang paling akhir ditulis ini sebenarnya kuat, kerana bertepatan dengan hadis lain yang diriwayatkan oleh Wa’il bin Hujr radliyallaahu’anhu,

beliau berkata:
"Aku pernah melihat rasulullaahu shollallaahu ‘alaihi wa sallam apabila baginda sujud,baginda meletakkan kedua lutut baginda sebelum kedua tangan baginda,dan apabila bangun,baginda mengangkat kedua tangan baginda sebelum kedua lutut baginda (diriwayatkan oleh al khomsah, kecuali Ahmad)
Ada juga hadis yang diriwayatkan oleh Ad Daruqudniy,Al Hakim dan Baihaqi dari Anas radliyallaahu’anhu,
Beliau berkata:
"Aku pernah melihat rasulullaahu shollallaahu ‘alaihi wa sallam menunduk untuk sujud,sambil mengucapkan takbir,kedua lutut baginda mendahului kedua tangan baginda. Al Hakim menyatakan bahwa hadis ini memenuhi syarat Al Bukhari dan Muslim.
Maka Atas dasar itu, jumhur ulama berpendapat bahwa turun untuk sujud itu dengan meletakkan lutut terlebih dahulu. Jadi, meskipun ada orang yang solat dengan menurunkan tangan dahulu sepertimana yang dikatakan sebahagian imam yg muktabar maka itu tidak menjadi satu kesalahan bagi mereka.Kerana mereka juga mempunyai nas.Dan adapun orang-orang tua yang tidak pernah pun membaca buku Syaikh Nashirudin Al Bani dan turun sujud seperti kebiasaan yang pernah dilakukan iaitu menurunkan lutut terlebih dahulu maka bukanlah ianya hanya bertaqlid buta semata-mata melainkan mempunyai dalil yang kukuh juga.Maka saya memandang bahwa pendapat orang-orang tua yang mengatakan sedemikian rupa agak kuat dengan dalil yang dikemukakan,meskipun pendapat mereka berkemungkinan salah pada hal lainnya.
Maka,meskipun saya berpendirian sendiri,tetapi tidak mempunyai masalah jika ada yang berbeza dalam hal ini kerana masing-masing punya dalil yang kukuh,
Dan para ulama yang berijtihad,masing-masing mendapat pahala atas usaha keras mereka dalam menyediakan kepada ummat ibadah yang mengikut sunah.(Allahu Muafiq)

maroji’
1. Fiqh Solat Kajian Berbagai Madzhab oleh Wahbah Az Zuhailiy
2. Subulus Salam oleh Ash Shon’aniy
3. Sifat Solat Nabi Shollallaahu ‘alaihi wa sallam oleh Nashiruddiin Al Albaniy
4. Ringkasan Nailul Author (bushtaanul ahbar) oleh Faishol bin Abdul ‘Aziz Al Mubarak
@-Copyright Control-

1 ulasan:

  1. Dua2 pendapat ada hujah, dua2 boleh dipakai, ada orang nampak nabi saw turun lutut dulu ada nampak turun tangan dulu, inilah hikmahnya supaya tidak berbalah, pilih mana suka. TAPI TAK ADA SAPA NAMPAK NABI BANGUN DARI SUJUD DENGAN MENGANGKAT LUTUT NYA DULU.

    BalasPadam

KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN..DIHARAPKAN KOMEN ANDA ADALAH KOMEN YANG MAMPU MENINGKATKAN KEKUATAN DAN SEMANGAT PENULIS UNTUK TERUS BERDAKWAH.JAZAKALLAH ATAS KESUDIAN KALIAN MENG'IMARAHKAN PERJUANGAN INI.SALAM UKHUWAH.sahabat_islam