KOLEKSI SAHABAT_ISLAM (KLIK SAHAJA)

DARI PENA SAHABAT_ISLAM


Salam Ukhuwah dari sahabat_Islam

Untuk Pengetahuan Semua tujuan blog ini diwujudkan adalah sekadar berkongsi sedikit ilmu,pengalaman dan idea kepada sahabat-sahabat sekalian.Mudah mudahan percambahan pemikiran dan luasnya pengalaman sahabat-sahabat sekalian dapat dikongsikan disini.
Apa yang diharapkan adalah blog ini mampu menjadi sebahagian daripada koleksi ilmiah yang mampu memberikan manfaat kepada sahabat-sahabat sekalian walaupun hanya sedikit.Apa yang ingin ditegaskan disini adalah sekiranya apa jua isi kandungan blog ini dilihat menyimpang dari 4 sumber syara' yang telah disepakati maka sahabat-sahabat sekalian wajiblah menolaknya.Andai ianya bertepatan dengan syara' maka manfaatkanlah.
Janganlah melihat kepada siapa yang berkata akan tetapi lihatlah kepada apa yang dikatakan olehnya.andai ianya benar menurut pandangan syara' maka benarlah juga menurut pandangan kita.Mudah mudahan islam menjadi perkara teras dalam kehidupan kita dan segala penyimpangan darinya mampu kita jauhi.Tiada apa yg terbaik melainkan mengikuti semua perintah Allah dan rasulnya tanpa mengurangi dan menambahnya walaupun sedikit.

wallahu a'lam..

ADIK DAN PALESTIN..

ADIK DAN PALESTIN..
Karya yang hebat..Semoga ianya menjadi peringatan kepada kita semua yang darah saudara kita bukan murah..Ya Allah semoga kaum muslimin sedar akan tanggungjawab mereka..

NUR AMANA..MUSNAH KERANA CINTA

NUR AMANA..MUSNAH KERANA CINTA
Sebuah Cerpen Hebat..Semoga Allah Memberikan yang terbaik kepada Penulisnya.. Seorang Gadis manis yang punya didikan agama musnah dek kerana sistem sekuler yang bermaharajalela..

CERPEN:"Serikandi Agama Mujahidah sejati"

CERPEN:"Serikandi Agama Mujahidah sejati"
Bingkisan Kecil Buat pengunjung Blog sahabat_islam.Semoga akan lahir mujahid dan mujahidah sejati daripada serikandi agama yang Kukuh Akidahnya,mantap ukhuwahnya dan Hebat perjuangannya

Jumaat, September 26, 2008

GEMA TAKBIR MENUJU KEMENANGAN HAKIKI


Assalamualaikum Warahmatullahi wa Barakatuh..

Pertama sekali saya ingin mengucapkan salam Aidilfitri kepada semua kaum muslimin khususnya pengunjung blog sahabat islam..Mudah mudahan Aidilfitri ini mengembalikan kita kepada fitrah yang cukup sempurna.Insyaallah..
Dikesempatan ini juga saya ingin memohon jutaan kemaafan kepada sahabat-sahabat sekalian andai sepanjang kehadiran saya dalam menyerikan dunia dakwah secara interaktif ini saya ada melakukan salah dan silap dan mengundang rasa kurang senang kepada sahabat-sahabat sekalian..Saya memohon ampun kepada Allah s.w.t dan saya memohon maaf kepada sahabat-sahabat sekalian.
Disini ingin saya berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian erti Aidilfitri yang sebenar kepada kita kaum muslimin.Mudah-mudahan kekuatan Ramadhan yang berlalu tidak lenyap dengan hadirnya gema takbir Aidilfitri.




ALLAHU AKBAR,ALLAHU AKBAR,ALLAHU AKBAR,
LAA ILAAHA ILLALLAHU WALLAHU AKBAR,ALLAHU AKBAR WA LILLAHIL HAMD..

Itulah takbir yang memecah kesunyian pagi menandakan hari kemenangan bagi umat Islam yang benar-benar ikhlas beribadat untuk Rabbnya. Itulah juga takbir yang menandakan berlalunya bulan yang penuh keberkatan yang akan ditangisi pemergiannya oleh mereka yang benar-benar dekat dengan Rabbnya. Bagi yang benar-benar bertakwa, mereka akan merasa sangat berat hati berpisah dengan bulan yang penuh barakah dan maghfirah ini, terlalu sekejap dirasakan. Namun, singkat panjangnya Ramadhan telah ditentukan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan apa yang boleh kita lakukan sebagai makhluk yang terlalu lemah ini adalah mengharapkan agar Allah menemukan lagi kita dengan Ramadhan yang akan datang. Apa yang penting ialah kita tetap istiqamah beribadah kepada Allah dengan sebenar-benar ibadah, samada di bulan Ramadhan mahupun bulan-bulan berikutnya. Dan amat penting untuk kita memahami bahawa ibadah itu bukan sekadar puasa, solat, haji atau ibadah-ibadah mahdhah (ritual) lainnya, tetapi ibadah itu mencakupi semua perkara yang diwajibkan atau diharamkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala atau dengan kata lain mematuhi segala perintah dan larangan Allah itu adalah ibadah.


Kalimah Takbir Yang Penuh Makna Setiap tahun umat Islam akan mengumandangkan kalimah Takbir sebanyak dua kali yakni semasa Eidul Fitri dan Eidul Adhha. Inilah kalimah yang diajarkan oleh Junjungan kita kepada umatnya,

اللهُ اَكْبَرْ كَبِيْراً وَالْحَمْدَ ِللهِ كَثِيْراً وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَّأَصِيْلاً، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَةُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابُ وَحْدَهُ،
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ هُوَ اللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ.


"Allah Maha Besar tiada terhingga, segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya, dan Maha Suci Allah di pagi hari dan petang, tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, yang benar segala janji-janjiNya, dan yang telah menolong hambaNya, dan yang telah memuliakan tenteraNya, dan menumpaskan tentera al-Ahzab (pasukan bersekutu musyrikin dan Yahudi) dengan keEsaanNya. Tiada tuhan melainkan Allah dan Dialah Allah yang Maha Besar. Allah Maha Besar dan bagiNyalah segala pujian."
Mungkin ramai di kalangan umat Islam yang tidak memahami maksud Takbir yang setiap tahun dilaungkan oleh mereka. Atau mungkin juga mereka memahaminya dari segi bahasa tetapi tidak menghayati maksud yang dikandung olehnya. Ucapan takbir "Allahu Akbar" (Allah Maha Besar) menunjukkan pengakuan kita tentang kebesaran Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ketika kita mengatakan Allahu Akbar, berarti kita telah mengecilkan perkara-perkara lain di dunia ini. Kita hanya mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta’ala semata-mata. Harta, kekuasaan, kaum keluarga, jawatan mahupun nyawa kita sendiri menjadi kecil di mata kita tatkala kita mengucapkan dan melaungkan lafaz Allahu Akbar tersebut. Kita mesti faham bahawa bukan berarti kita menolak harta, kekuasaan, atau jawatan dan sebagainya. Apa yang perlu disedari adalah kita tidak menjadikan perkara tersebut sebagai tujuan kita dihidupkan.Ucapan tahmid "Alhamdulillah." (Segala Puji bagi Allah) menunjukkan rasa syukur kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala atas segala nikmat yang telah Dia berikan kepada kita. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menjadikan kita sebagai manusia dengan sebaik-baik bentuk (fi ahsani taqwiim). Firman Allah, ”Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya” [TMQ At-Tin (95):4].
Tubuh kita diciptakan dengan cukup sempurna. Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan kita akal fikiran yang membuatkan kita berbeza dengan makhluk yang lain. Tidak hanya itu, Allah menciptakan alam semesta ini untuk diguna dan dimanfaatkan oleh kita sebagai manusia, tanpa Allah meminta bayaran dari kita sedikitpun. Apa yang diminta oleh Allah adalah agar kita sujud kepadaNya dengan sebenar-benar sujud. Tidak hanya itu, Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan petunjuk kebenaran kepada kita yakni Al-Qur’an yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dengan Al-Qur’an kita dapat membezakan mana petunjuk dan mana kesesatan, mana yang halal dan mana yang haram, mana yang haq dan mana yang batil, mana yang diredhai oleh Allah dan mana yang dimurkaiNya.Ucapan Tasbih ”Subhanallah” (Maha Suci Allah) menunjukkan pengakuan kita akan keagungan Allah Subhanahu wa Ta’ala yang telah menciptakan alam semesta ini dengan sempurnanya. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengatur perjalanan matahari dari timur ke barat secara sempurna, mengatur siang dan malam dengan sempurna, menciptakan langit dan bumi dengan keagunganNya. Perhatikanlah semua itu. Bukankah semuanya mencerminkan keagungan dan kesempurnaan Allah Subhanahu wa Ta’ala? Maha Suci Allah dari segala kekurangan. Ucapan ”La ilaha illa Allah” (tiada Tuhan selain Allah) merupakan syahadah (pengakuan) kita akan betapa hanya Allah Subhanahu wa Ta’ala sahajalah sebagai satu-satunya Zat yang wajib dan selayaknya kita sembah tanpa boleh kita menyekutukanNya dengan sesuatu apa pun. Kalimat ini bukan sahaja merupakan penolakan kita terhadap tuhan-tuhan selain Allah, namun ia juga merupakan penolakan kita terhadap produk-produk hukum selain hukum Allah. Hanya hukum Allahlah yang wajib kita jadikan aturan di dalam kehidupan kita, bukan yang lainnya. Kita juga mengakui bahawa segala janji Allah adalah benar. Apa sahaja yang dijanjikan oleh Allah samada di dalam Al-Qur’an atau melalui lisan NabiNya adalah suatu yang akan benar-benar terjadi.Seterusnya Allah menerangkan bahawa Dia telah memuliakan tenteranya dan memberikan kejayaan ke atas mereka dengan dikalahkan tentera Ahzab dengan keEsaanNya. Jika kita menelusuri kisah Perang Ahzab, kita akan mendapati bahawa pihak kaum Muslimin telah terkepung dengan pasukan gabungan (ahzab) kafir Quraish dan Yahudi dan mereka telah nekad untuk menyerang Rasulullah dan kaum Muslimin pada esok harinya secara serentak dari beberapa penjuru. Maha Perkasa Allah yang telah menurunkan ribut pada malam itu yang telah memecah dan memporak-porandakan barisan musuh dan segala kelengkapan serta peralatan mereka. Walaupun tanpa apa-apa perlawanan dari kaum Muslimin, kaum kafir telah berjaya dikalahkan semata-mata dengan kekuatan dan pertolongan Allah yang Maha Esa. Inilah di antara janji Allah kepada kaum Muslimin yakni kemenangan kepada mereka yang menolong agamaNya. Kuat mana sekalipun golongan yang menentang agama Allah, sesungguhnya amat mudah bagi Allah untuk menghapuskan mereka. Syaratnya, kaum Muslimin itu sendiri hendaklah terlebih dahulu menolong agama Allah. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, ”Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” [TMQ Muhammad (47):7].
Wahai kaum Muslimin! Tanyalah diri kalian adakah kalian telah benar-benar menolong agama Allah? Adakah kalian telah berusaha untuk menegakkan agama Allah? Adakah kalian telah bergerak untuk berdakwah kepada umat Islam dan para pemimpin mereka yang menerapkan hukum taghut sekarang? Adakah kalian telah menyahut seruan Allah dan RasulNya dan berusaha untuk merubah hukum kufur yang ada sekarang dengan menggantikannya dengan hukum ciptaan Allah? Atau adakah kalian hanya memilih untuk mementingkan dunia dan berdiam diri dengan sistem kufur yang mendominasi kita sekarang? Atau kalian memilih jalan yang lebih hina dan keji untuk bersama menyokong dan mempertahankan sistem kufur ini demi habuan dunia yang kalian harapkan? Sedarlah wahai kaum Muslimin! Takutlah kalian kepada Allah yang akan mengazab kalian di atas segala dosa-dosa kalian kerana tidak menolong agamaNya. Ittaqullah ya ikhwanal muslimin.....u-sikum bi taqwallah!

Kita sering mendengar dan memperkatakan bahawa Eidul Fitri merupakan Hari Kemenangan kepada mereka yang berpuasa. Benar, kita tidak menafikan kenyataan ini dilihat dari konteks pencapaian setelah berpuasa itu sendiri. Persoalannya, apakah umat Islam itu telah meraih kemenangan sebagaimana yang Allah perintahkan? Apakah umat Islam itu benar-benar telah mencapai kemenangan sebagaimana kemenangan yang telah dicapai oleh Rasulullah dan para sahabat? Apakah kemenangan setelah berpuasa sebulan merupakan kemenangan hakiki umat Islam sehingga tidak ada lagi perjuangan untuk mencapai kemenangan sesudah itu? Apakah Takbir Kemenangan yang kita laungkan tidak mengingatkan kita tentang kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada Rasulullah dan para Khulafa’ setelah mereka berjaya menguasai dunia dan menerapkan hukum Allah di atasnya?Rasulullah dan para sahabat berpuasa dan mereka berdakwah untuk menyebarkan agama Allah. Mereka berpuasa dan mereka berjihad untuk menyebarluaskan Islam. Mereka berpuasa dan mereka pastikan bumi ini tidak diperintah kecuali dengan hukum Allah semata. Mereka berpuasa dan mereka pastikan agama Allah adalah agama yang menakluki dunia. Rasulullah dan para sahabat berpuasa dan mereka benar-benar berjuang memastikan kemenangan Islam dan kaum Muslimin. Inilah kemenangan hakiki umat Islam sebagaimana yang telah ditunjuk dan diperintahkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Bukan sekadar kemenangan di dalam menunaikan ibadat puasa semata-semata.

Wahai kaum Muslimin! Periksalah dengan hati yang ikhlas, adakah takbir kita sebagaimana takbir Rasulullah? Ada sebahagian dari kita bertakbir dengan linangan air mata, kerana apa? Sebahagiannya kerana mengingati kampung halaman, sedih kerana tidak dapat beraya di kampung. Sebahagian lagi sedih kerana mengingatkan sanak saudara yang telah pergi (meninggal). Sebahagian yang lain menangis kerana irama takbir yang sayu dan menyentuh perasaan. Inilah di antara kesedihan sebahagian dari umat Islam. Kita seharusnya turut bersedih menyaksikan ’kesedihan’ ini ... kerana apa? Kerana kita mengharapkan air mata yang bercucuran adalah kerana mereka benar-benar memahami kalimah takbir, menyedari hakikat perpecahan umat Islam, menyedari bahawa kehinaan yang Allah timpakan kepada kaum Muslimin sekarang adalah natijah dari tidak diterapkannya hukum-hukum Allah. Kita mengharapkan air mata berlinangan tatkala takbir dikumandangkan kerana umat Islam menginsafi dosa-dosa mereka sendiri yang tidak berusaha untuk menegakkan agama Allah. Kita mengharapkan air mata bercucuran kerana umat Islam benar-benar memahami kalimah takbir – mereka sedar bahawa laungan takbir ini berkumandang di dalam keadaan umat Islam hari ini ’mencapai’ kekalahan demi kekalahan, kelemahan demi kelemahan, kehinaan demi kehinaan. Kita mengharapkan mereka bersedih kerana kemenangan hakiki belum lagi dicapai. Kita inginkan air mata mengalir kerana bersedih mengumandangkan bertakbir di dalam kekalahan, bukan kemenangan

Wahai kaum Muslimin! Sedarlah bahawa kita bertakbir untuk membesar dan mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sebahagian kita bertakbir dengan penuh perasaan di dalam masjid, tetapi apabila di luar masjid mereka takbur kepada Allah. Mereka berhukum dengan hukum selain Allah. Mereka mengambil sistem yang lain dari sistem Allah. Mereka berjuang dan mempertahankan sistem Demokrasi ciptaan kuffar, mereka memperjuangkan sekularisme, liberalisme, assabiyyah, wathaniyyah dan sebagainya. Mereka mengagungkan kekayaan, kekuasaan, dan kedudukan dengan meninggalkan syariat Allah. Mereka membesarkan hawa nafsu dan kepentingan peribadi. Mereka mementingkan kehidupan dunia yang rendah berbanding akhirat. Mereka memikirkan dunia dan takut akan kehilangan kenikmatan dunia yang sedikit dan lupa akan nikmat akhirat yang tidak terbatas. Kerana semua ini, mereka memilih untuk hidup selesa di dunia dan tidak memperdulikan perjuangan untuk menegakkan agama Allah. Islam diambil sebagai agama untuk kepentingan peribadi, bukan agama untuk diperjuangkan. Malah lebih buruk, sebahagian dari mereka memandang serong golongan yang berjuang untuk mengembalikan syariat Islam. Inilah sebahagian sikap umat Islam yang takbur walaupun mereka melaungkan takbir kepada Allah. Kembali Kepada FitrahSaudara-saudara yang dimuliakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala; Eidul Fitri adalah hari kembalinya manusia kepada fitrahnya. Ibn Atsir menerangkan bahawa fitrah itu tidak lain adalah sifat penciptaan manusia dan potensi kemanusiaan yang siap untuk menerima agama. Sementara Imam Zamakhsyari mengatakan, fitrah itu menjadikan manusia siap sedia setiap saat menerima kebenaran dengan penuh sukarela, tanpa paksaan, secara semulajadi, wajar, dan tanpa bebanan [al-Fa’iq, III/128].

Oleh kerana itu, makna Eidul Fitri (kembali pada fitrah) adalah kembali mengembangkan potensi manusia untuk selalu siap setiap saat menerima kebenaran. Kebenaran itu tidak lain adalah Islam. Kembali kepada fitrah sama dengan kembali pada akidah dan syariat Islam. Dengan kembali kepada fitrah, manusia akan selamat dari segala dosa dan azab Allah Azza wa Jalla.Bagaimana mungkin manusia boleh selamat dari azab Allah apabila mereka hanya mengambil aqidah Islam, tetapi meninggalkan syariat Islam? Allah adalah Zat yang Maha Pencipta dan Maha Mengatur. Allah mencipta manusia, alam dan kehidupan dan Allah mengatur ketiga-tiganya. Allah mencipta manusia dan mengatur sistem hidup untuk manusia. Bagaimana mungkin manusia mengambil aturan selain dari aturan Allah? Kenapakah umat Islam mengambil aturan ciptaan kafir penjajah, dan ciptaan tangan mereka sendiri, sedangkan kita wajib meyakini yang Allah adalalah Maha Pengatur. Kenapakah manusia mengambil sistem selain sistem Allah yang Maha Sempurna? Apakah takbir yang dilaungkan hanya untuk membesarkan Allah di dalam solat walhal di luar solat menyombong dan membesarkan diri di hadapan Allah dengan mencipta hukum sendiri, yang kononnya lebih baik dari hukum Allah? Nau’uzubillah min zalik.Saudara-saudara yang dimuliakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sesungguhnya Eidul Fitri merupakan salah satu syiar yang menyatukan Muslim dari u barat hingga u timur, dan mengingatkan kita bahawa perayaan kita satu, Tuhan kita adalah satu, Rasul kita adalah satu, agama kita satu, kiblat kita satu, kitab kita satu dan negara kita adalah satu. Perpecahan umat Islam yang berlaku sekarang, khususnya dipecahkan menjadi negara bangsa melalui semangat nasionalisme dan patriotisme hanyalah merupakan rekayasa penjajah kafir ke atas kita. Justeru, kita perlu mengorak langkah untuk kembali kepada fitrah dengan melakukan perubahan yang hakiki dan mendasar. Perubahan hakiki adalah yang dapat menyelesaikan secara menyeluruh persoalan umat Islam di seluruh dunia. Caranya, pertama, membangun kekuatan politik internasional yang akan menyatukan seluruh kaum Muslimin di bawah satu pemerintahan. Kekuatan politik itu tidak lain adalah negara Khilafah Islamiyyah, yang akan memayungi dan memelihara setiap Muslim di dunia. Kedua, menerapkan syariat Islam secara kaffah dalam wadah Khilafah Islamiyyah tersebut berdasarkan kitabullah dan sunnah RasulNya. KhatimahAkhirnya di hari yang mulia ini, setelah sebulan penuh kita membangun dan meningkatkan ketakwaan kita sepanjang Ramadhan, yang penuh rahmah dan maghfirah, kami menyerukan kepada seluruh kaum Muslimin samada para pemerintah, para pimpinan dan ahli-ahli gerakan Islam, para ulama dan sesiapa sahaja yang beraqidah Islam untuk secara bersungguh-sungguh berjuang bersama bagi menegakkan syariat Islam secara kaffah dan menjadikan perjuangan penegakan syariah sebagai agenda utama. Sesungguhnya penerapan syariah dalam kehidupan individu, bermasyarakat dan bernegara merupakan kewajiban setiap muslim, sekaligus merupakan hasil dalam meraih ketakwaan. Marilah kita bersama-sama membulatkan tekad untuk berjuang bersama melanjutkan kembali kehidupan Islam secara kaffah dengan menerapkan syariah dalam seluruh aspek kehidupan dan dengan melantik seorang ketua negara bergelar Khalifah, yang dibai’at untuk menjalankan pemerintahan berdasarkan Al-Qur’an dan As-Sunnah yang akan menyatukan kembali negeri-negeri Islam dan umat Muhammad. Selanjutnya, marilah kita tunduk, mengakui rendahnya kita di hadapan Allah yang Maha Besar, tunduk dengan segala kerendahan hati, sambil menadah tangan, untuk memanjatkan doa ke hadhrat Allah Subhanahu wa Ta’ala, Zat Yang Maha Berkuasa dan Maha Perkasa, dengan memohon kepadaNya:

اَللّهُمَّ صَلِّى وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَ اَصْحَابِهِ وَمَنْ دَعَا إِلَى اللهِ بِدَعْوَةِ اْلإِسْلاَمِ وَمَنْ تَمَسَّكَ بِسُنَّةِ رَسُوْلِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ بِإِحسْاَنٍ اِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَعِيْنُكَ وَنَسْتَغْفِرُكَ وَلاَ نَكْفُرُكَ وَنُؤْمِنُ بِكَ وَنَخْلَعَ مَنْ يَفْجُرُكَ، اَللَّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَلَكَ نُصَلِّى وَنَسْجُدُ وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ نَرْجُوْ رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَكَ إِنَّ عَذَابَكَ الْجِدَّ بِالْكُفَّارِ مُلْحَقٌ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ الْكَفَرَةَ الذِّيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَاءَكَ. اَللَّهُمَّ اَهْزِمْهُمْ وَدَمِّرْهُمْ، وَمَزِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ شَمْلَهُمْ، وَاجْعَلْ تَدْمِيْرَهُمْ فِيْ تَدْبِيْرِهِمْ، اَللَّهُمَّ اهْزِمْ جُيُوْشَ الْكُفَّارَ الْمُسْتَعْمِرِيْنَ، أَمْرِيْكَا وَبَرِيْطَانِيَا وَحُلَفَاءِهَا الْمَلْعُوْنِيْنَ.

"Ya Allah, kami memohon pertolonganMu, meminta ampunanMu, sekali-kali kami tidak akan mengkufuriMu. Kami sepenuhnya beriman kepadaMu dan berlepas diri dari siapapun yang durhaka kepadaMu. Ya Allah, hanya kepadaMulah kami menyembah, beribadah dan sujud. KepadaMulah kami berlari dan menuju. Kami mendambakan rahmatMu dan takut akan azabMu. Sesungguhnya azabMu yang sungguh-sungguh ditimpakan kepada kaum Kufar itu juga pasti akan ditimpakan kepada yang lain. Ya Allah, azablah orang-orang Kafir yang telah menghalangi jalanMu, mendustakan para rasulMu dan membunuh para penolongMu. Ya Allah, kalahkanlah mereka, hancurkanlah mereka, cerai-beraikanlah persatuan mereka, dan porak-porandakanlah kesatuan mereka. Jadikanlah rencana jahat mereka itu sebagai pembawa kehancuran mereka. Ya Allah, kalahkanlah pasukan kaum Kufar penjajah, Amerika, Britain dan sekutu mereka yang terlaknat.

اَللَّهُمَّ مَلِكَ الْمُلْكِ تُعْطِيْ الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ، وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ، وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ، بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ. اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ دَوْلَةَ الْخِلاَفَةَ الرَّاشِدَةَ عَلَى مِنْهَاجِ نَبِيِّكَ، تُعِزُّ بِهَا دِيْنَكَ وَتُذِلُّ بِهَا الْكُفْرَ وَطُغْيَانَهُ. اَللَّهُمَّ انْصُرْنَا وَانْصُرْ إِخْوَانَنَا وَانْصُرْ مَنْ يُنْصُرُنَا وَاجْعَلْنَا وَإِيَّاهُمْ مِنَ الْعَامِلِيْنَ الْمُخْلِصِيْنَ ِلإِقَامَةِ شَرِيْعَتِكَ وَالْخِلاَفَةِ الرَّاشِدَةِ عَلَى مِنْهَاجِ نَبِيِّكَ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ وَيَاخَيْرَالنَّاصِرِيْنَ.

"Ya Allah, Maha Raja Diraja, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa saja yang Engkau kehendaki, Engkau mencabut kekuasaan dari siapapun yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa saja yang Engkau kehendaki, dan Engkau hina-dinakan siapa saja yang Engkau kehendaki. Di dalam genggamanMulah seluruh kebaikan. Kerana Engkaulah Zat yang Maha Kuasa atas segalanya. Ya Allah, kami memohon kepadaMu negara Khilafah Rasyidah yang mengikuti sunnah NabiMu. Dengannya Engkau muliakan agamaMu, dan Engkau hinakan kekufuran dan seluruh agen-agennya. Ya Allah, tolonglah kami; tolonglah saudara-saudara kami; tolonglah sesiapa sahaja yang menolong kami. Jadikanlah kami dan mereka sebagai para pejuang yang ikhlas untuk menegakkan syariahMu dan Khilafah Rasyidah yang mengikuti sunnah nabiMu. Dengan rahmatMu, wahai Zat yang Maha Pengasih, wahai Sebaik-baik Penolong.

Amin ya Rabbal a’lamin

@-Copyright Control-
Read More...

Selasa, September 23, 2008

ADIK DAN PALESTIN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Sahabat-sahabat sekalian..ada sesuatu yang inginku kongsikan dengan kalian..mudah mudahan terbit rasa tanggungjawab kalian terhadap saudara seagama kalian.
Aku jumpa bingkisan ini sewaktu aku membelek-belek folder cerpen yang aku ambil dari seorang sahabat..Sewaktu mula membacanya..tiada apa yg menarik pun..Rekaan semata-mata..tulisannya biasa sahaja.penceritaannya ringkas..Rekaan perkara yang realiti..entah siapa penulisnya aku pun kurang pasti.Namun apa yang pasti..aku menangis juga akhirnya menghabiskan sisa-sisa tulisan ini..eemmm...Subhanallah..
Ya Allah..Aku bermohon kepadamu agar kau jadikan hati-hati kami ini kukuh dalam agamamu..dan kau tetapkanlah hati kami dengan ketaatan kepdamu..


Buat sahabat-sahabatku..terimalah bingkisan ini.
Bacalah dan Hayati Setiap Baris Kata Cerita Dibawah.....


Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik
mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila
nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi.
Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri.
Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk,walid pun
pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu.
Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru.



Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui
denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu
Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik
khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga,lagak seperti
bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat
adik. Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik.
Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar
walid berbual tentang syahid, Jihad,Hamas dan lain-lain lagi. Nama negara
adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar.


Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar,tersergam indah.
Masjid kebanggaan umat islam kata walid,Namanya Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik,
Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah
salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad pun mengalami peristiwa
Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid.
Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik
duduk di penjuru masjid,kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid
solat raya. Adik berdiri betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid.
Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit
membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang
adik baca. Walid rukuk,adik rukuk. Walid sujud,adik sujud.


Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan
bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu
tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup
dalam-dalam udara pagi. Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai orang
bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang
senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi
tembakan. Walid dukung adik erat-erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik
takut. Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti.
Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur
tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik
terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama
walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir
kelopak mata adik. Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik
lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi
walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah
syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku.

"Waliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!"


Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak pandang kiri
dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik.
Adik sebut nama walid berkali-kali.


Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih
menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran
cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis.
Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang
peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid
keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah
dengan ummi.Adik tanya ummi, mana perginya walid. Umi Diam. Adik tanya lagi
sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi
pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid
pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk.

"Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air
mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum.


Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang
rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat
sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok.
Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik menguap berkali-kali.
Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak tahan adik
dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak
benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik
pegang dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik
masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang
tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi
montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya
bola seperti sangkaan adik. Adik diam, tak faham..kemudian berlari mendapatkan
ummi. Merajuk..

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak
ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak
mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menanggis, orang
lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap.
Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda
bulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menungu
di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk
abang,cium abang berkali-kali. Adik cuma memandang dengan mata
terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat
adik. Abang dukung adik,usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang.
"Abang nak pergi mana" tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi
berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.


Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik
mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam
perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak
lagi. Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil." terkial-kial adik menyebut
perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama
malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala.kata umi.. "Israel." Ummi membetulkan
sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa
kecil. Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kata
Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel
yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik
benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.


Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak
sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang
bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang
bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik
baling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang di kepala adik peristiwa
yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu.
Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga
kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju
mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang
untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan baik adik. Namanya
Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang
sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik
pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi
pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur.
Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula
berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti pagi tadi tapi adik masih
berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah
satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak
pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya
tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke
mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh.

"Ummi, kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut
dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik.
"Kita kena sabar sebab sabar itu cantik..Allah sayang orang yang sabar" ujar ummi perlahan.

"Cantik macam syurga ker ummi?" adik tanya lagi.
Ummi senyum. "Nabi Muhammad pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika
menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh
nabi. Nabi sabar,nabi tak cepat putus asa..Sebab tu Allah sayang nabi.." sambung ummi lagi. Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad. Adik pun nak Alah sayangkan adik..Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad.


Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang
Al-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik.
Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang serban itu tutup
mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca
Al-Quran.
"Bismillahirrahmanirrahim.."

Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah itu
dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik
hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik
baru umur empat tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam
Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata
Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran
hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran.

Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi
dilaung-laungkan dari luar.
"Syukur ya Huda, anakmu Yassin syahid"muncul Mak Cik Fatima di
depan rumah.
"Anakmu,anakmu..adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda.
Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh.
Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah syahid.. Semoga syurga
menanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar.


Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam
golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil..bukan..Israel
disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi
beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga
mempunyai anak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang
sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang
senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin
mereka menghilang.


Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang
dijanjikan. Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam
adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang
mungkir pada janji. Adik ingat lagi,pesan walid salah satu ciri org munafik ialah mungkir
apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan
adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi
ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya.
Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid,kemudian
abang dan akhirnya Jamal.


Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah
adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik
ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil
memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi
terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang
ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi
tidak putus-putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad..Ahad.Allahu Ahad.. Mata adik merah. Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi.
Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah
ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar
terpancar di wajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba-tiba.....


"Muhammad!!!!!!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik. Badan adik
berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa
sakit sangat. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik cuba untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik..Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit.


"Ummi..adik rasa mengantuk,adik nak tidur.Adik nak jadi mujahid,adik nak ikut
walid dan abang..Umi jangan nangis..adik nak umi bangga pada adik macam umi bangga pada abang.." terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga
ummi. Ummi angguk,berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada
jatuh bercucuran.Umi cium dahi adik..Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal
melambai-lambai ke arah adik.
@-Copyright Control-
Read More...

Isnin, September 15, 2008

ISTIMEWA BUAT MUSLIMAH (13)


Tiga Golongan wanita dijanji syurga

Wahai Muslimah..Betapa Allah menyayangi kalian..Mengurniakan kalian dengan banyak kelebihan.Allah menciptakan sifat lemah buat kalian untuk diberikan ganjaran andai kalian mampu menguruskannya.
Wahai Mukminah..Apalah yang ada pada kecantikan yang ingin kalian banggakan andai ianya membawa kalian ke daerah yang sunyi dari redho Allah.
Sedarlah Wahai Mujahidah..Generasi akan datang memerlukan ketaqwaan kalian agar mereka boleh bangga dilahirkan dari rahim seorang ibu yang dijanjikan syurga oleh Allah kerana Ketaatannya..

Buat Serikandi Agama Yang Rindukan Syurga Allah..Aku titipkan buat kalian tiga contoh wanita syurga agar kalian tidak akan mempertikai lagi siapakah idola kalian untuk kalian ikut menuju ke daerah yang diredhoi Allah..



SYURGA adalah untuk lelaki dan wanita yang beriman, taat kepada semua perintah Alah SWT, mencintai Allah dan Rasulullah saw melebihi segala-galanya di dunia ini. Kita sudah banyak melihat keterangan mengenai balasan syurga kepada lelaki yang beriman dan beramal soleh.

Rasulullah saw menerangkan, tiga wanita yang akan bersama-samanya di syurga ialah sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis berikut:

1. Daripada Aishah ra: Aku tidak berasa cemburu kepada mana-mana isteri Rasulullah saw sebagaimana aku mencemburui Khadijah ra, meskipun beliau telah meninggal dunia ketika Baginda mengahwiniku. Aku selalu mendengar Rasulullah saw menyebut hal Khadijah, dan Allah SWT telah memberitahu Baginda bahawa Allah telah membina sebuah istana bernama Qasab (yang diperbuat daripada batu permata dan mutiara di syurga), dan apabila Baginda menyembelih kambing, Baginda akan mengirimkan bahagian-bahagian kambing itu kepada rakan Khadijah. (Hadis al-Bukhari)

Daripada Ismail RA berkata, aku bertanya kepada Abdullah bin Abi Aufa,Adakah Rasulullah memberi naungan kepada Khadijah? Beliau menjawab, Ya, iaitu istana Qasab di syurga di mana keadaannya sangat menyelesakan dan mendamaikan sekali. (Hadis riwayat al-Bukhari).

Daripada Abu Hurairah berkata, Jibrail as datang kepada Rasulullah saw dan berkata, Wahai Rasulullah! Ini Khadijah datang menemuimu dengan membawa sup daging (atau makanan dan minuman). Apabila dia mendekatimu, sampaikan salam Tuhannya (Allah) kepadanya dan dariku, dan berilah naungan sebuah istana Qasab di syurga yang di dalamnya sangat indah dan menggembirakan. (Hadis al-Bukhari).



2. Daripada Ata bin Abi Rabah. Berkata Abbas kepadaku, Mahukah aku tunjukkan seorang wanita syurga kepadamu? Kataku, Ya. Dia berkata, Wanita hitam ini datang menemui Rasulullah saw dan berkata, Ya Rasulullah, aku menghidap sejenis sawan yang menyebabkan auratku terbuka, doakanlah untukku ya Rasulullah. Rasulullah berkata kepadanya, Jika kamu mahu, bersabarlah dan kamu akan masuk syurga; dan jika kamu mahu, Aku akan meminta Allah menyembuhkan penyakitmu itu.Wanita itu berkata, Aku akan terus bersabar. Dan dia menambah, Tetapi auratku akan terdedah kerananya, jadi mintalah kepada Allah untukku agar auratku terpelihara. Rasulullah pun mendoakannya untuk itu..


3. Daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah saw bersabda, Aku melihat diriku (di dalam mimpi) memasuki syurga, dan berhenti! Aku melihat ar-Rumaisa, isteri kepada Abu Talhah. (Hadis riyawat al-Bukhari)



Cuba kita renungkan daripada ketiga-tiga contoh wanita syurga ini. Bagaimana mereka boleh terpilih menjadi ahli syurga, bagaimana cara kehidupan mereka, kelakuan, cara mereka bercakap, berpakaian dan sebagainya yang sepatutnya menjadi contoh kepada semua wanita yang mahukan balasan syurga.Wanita berkulit hitam yang disebut di dalam hadis di atas tidak diketahui namanya, dari mana asalnya. Cuma yang diketahui adalah amalannya, keimanannya, sifat malunya, harga dirinya, kebimbangannya mengenai auratnya yang terdedah apabila diserang penyakit sawan yang dihidapinya dan itulah yang membawanya menjadi ahli syurga.Beliau ini menghidapi penyakit dan dia datang kepada Rasulullah saw minta didoakan penyakitnya sembuh. Dia tahu, kuasa penyembuhan adalah daripada as-Shaafee hanyalah Allah SWT. Dan Allah mengabulkan setiap doa Rasulullah saw.Bagaimanapun, dia memilih untuk tetap sabar dan menderita di dunia untuk mendapatkan ganjaran syurga. Ingatlah, iman+penderitaan+sabar adalah syurga balasannya. Dia reda menahan penyakit yang dideritainya itu semata-mata mengharapkan keredaan Allah SWT dan tidak sekali-kali menjadikan alasan penyakitnya untuk melanggar perintah Allah SWT iaitu membiarkan auratnya terbuka sewenang-wenangnya.Begitu juga dengan wanita Muslimah lain yang mungkin terpaksa berdepan dengan cabaran hidup dengan cara yang lain. Tidak kira siapa kita, sekiranya kita tetap pada jalan Allah, kita akan berhadapan dengan pelbagai dugaan, kesukaran kerana untuk mendapatkan syurga terpaksa melalui pelbagai rintangan. Tidak ada jalan mudah untuk mendapatkan syurga.Seorang yang mengenali Allah dan Rasul-Nya, tidak akan ragu-ragu mengikut segala perintah-Nya. Dia akan terus mengharungi cabaran, cubaan dan rintangan atas nama Allah dan Rasul-Nya, semata-mata kerana rasa taat, kasih dan penuh yakin pertolongan dari Allah akan tiba.Seorang wanita Muslim wajib memakai tudung dan pakaian yang menutup aurat. Bukanlah bermakna bertudung dengan hanya menutup kepala tetapi berpakaian ketat dan sendat, jarang hingga menampakkan susuk tubuh, bergaul bebas, bersenda gurau dan bertepuk tampar dengan lelaki bukan mahramnya, tiada rasa malu hingga menjejaskan maruah wanita Islam seluruhnya. Hijab yang sebenarnya itu membabitkan fizikal, moral dan rohani. Wanita yang disebut dalam ketiga-tiga hadis di atas ialah contoh wanita yang menghambakan diri kepada Allah SWT, beriman dengan sebenar-benarnya, ikhlas, muslimah, taat kepada Allah SWT dan Rasulullah saw, bijak dan berfikiran jauh.Jika wanita Muslim hari ini mahukan balasan syurga, contohilah Khadijah, wanita berkulit hitam dan ar-Rumaisa.Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan.Wassalam.


@-Copyright Control-
Read More...

Selasa, September 09, 2008

ISTIMEWA BUAT MUSLIMAH (12)

Aurat Muslimah


Aurat Dan Pakaian Muslimah


Ada 3 (tiga) masalah yang sering dicampur adukkan yang sebenarnya merupakan masalah-masalah yang berbeza-beza.
Pertama, masalah batasan aurat bagi wanita.
Kedua, busana muslimah dalam kehidupan khusus (al hayah al khashshash), iaitu tempat-tempat di mana wanita hidup bersama mahram atau sesama wanita, seperti rumah-rumah persendirian, atau tempat Kediaman lainnya.
Ketiga, busana muslimah dalam kehidupan umum (al hayah ‘ammah), iaitu tempat-tempat di mana wanita berinteraksi dengan anggota masyarakat lain secara umum, seperti di jalan-jalan, sekolah, pasar, kampus, dan sebagainya. Busana wanita muslimah dalam kehidupan umum ini terdiri dari jilbab dan khimar.


a. Batasan Aurat Wanita:-Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Lehernya adalah aurat, rambutnya juga aurat bagi orang yang bukan mahram, meskipun cuma sehelai. Seluruh tubuh kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.” (Qs. an-Nuur [24]: 31).
Yang dimaksud “wa laa yubdiina ziinatahunna” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah “wa laa yubdiina mahalla ziinatahinna” (janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan) (Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur’an, juz III, hal. 316).Selanjutnya, “illa maa zhahara minha” (kecuali yang (biasa) nampak dari padanya). Jadi ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan. Anggota tubuh tersebut, adalah wajah dan dua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebagian sahabat, seperti ‘Aisyah, Ibnu Abbas, dan Ibnu Umar (Al-Albani, 2001 : 66). Ibnu Jarir Ath-Thabari (w. 310 H) berkata dalam kitab tafsirnya Jami’ Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur’an, juz XVIII, hal. 84, mengenai apa yang dimaksud dengan “kecuali yang (biasa) nampak dari padanya” (illaa maa zhahara minha): “Pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan, ‘Yang dimaksudkan adalah wajah dan dua telapak tangan’.” Pendapat yang sama juga dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jami’ li Ahkam Al-Qur’an, juz XII, hal. 229 (Al-Albani, 2001 : 50 & 57).Jadi, yang dimaksud dengan apa yang nampak dari padanya adalah wajah dan dua telapak tangan. Sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan muslimah di hadapan Nabi Saw sedangkan beliau mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan shalat. Kedua anggota tubuh ini biasa terlihat di masa Rasulullah Saw, iaitu di masa masih turunnya ayat al-Qur’an (An-Nabhani, 1990 : 45). Di samping itu terdapat alasan lain yang menunjukkan bahwasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan kerana sabda Rasulullah Saw kepada Asma’ binti Abu Bakar:
“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR. Abu Dawud].
Inilah dalil-dalil yang menunjukkan dengan jelas bahwasanya seluruh tubuh wanita itu adalah aurat, kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Maka diwajibkan atas wanita untuk menutupi auratnya, iaitu menutupi seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangannya.

b. Busana Muslimah Dalam Kehidupan Khusus:-Adapun dengan apa seorang muslimah menutupi auratnya, maka di sini syara’ tidak menentukan bentuk/model pakaian tertentu untuk menutupi aurat, akan tetapi membiarkan secara mutlak tanpa menentukannya dan cukup dengan mencantumkan lafadz dalam firman-Nya (Qs. an-Nuur [24]: 31) “wa laa yubdiina” (Dan janganlah mereka menampakkan) atau sabda Nabi Saw “lam yashluh an yura minha” (tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya) [HR. Abu Dawud].
Jadi, pakaian yang menutupi seluruh auratnya kecuali wajah dan telapak tangan dianggap sudah menutupi, walau bagaimana pun bentuknya. Dengan mengenakan daster atau kain yang panjang juga dapat menutupi, begitu pula seluar panjang, rok, dan kaos juga dapat menutupinya. Sebab bentuk dan jenis pakaian tidak ditentukan oleh syara’.Berdasarkan hal ini maka setiap bentuk dan jenis pakaian yang dapat menutupi aurat,iaitu yang tidak menampakkan aurat dianggap sebagai penutup bagi aurat secara syar’i, tanpa melihat lagi bentuk, jenis, mahupun macamnya.Namun demikian syara’ telah mensyaratkan dalam berpakaian agar pakaian yang dikenakan dapat menutupi kulit. Jadi pakaian harus dapat menutupi kulit sehingga warna kulitnya tidak diketahui. Jika tidak demikian, maka dianggap tidak menutupi aurat. Oleh karena itu apabila kain penutup itu nipis/jarang sehingga nampak warna kulitnya dan dapat diketahui apakah kulitnya berwarna merah atau coklat, maka kain penutup seperti ini tidak boleh dijadikan penutup aurat.Mengenai dalil bahwasanya syara’ telah mewajibkan menutupi kulit sehingga tidak diketahui warnanya, adalah hadits yang diriwayatkan dari Aisyah r.a. bahwasanya Asma’ binti Abu bakar telah masuk ke ruangan Nabi Saw dengan berpakaian nipis/jarang, lalu Rasulullah Saw berpaling seraya bersabda:
“Wahai Asma` sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) tidak boleh baginya untuk menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini.” [HR. Abu Dawud].
Jadi Rasulullah Saw menganggap kain yang nipis itu tidak menutupi aurat, malah dianggap menyingkapkan aurat. Oleh karena itu lalu Nabi Saw berpaling seraya memerintahkannya menutupi auratnya, iaitu mengenakan pakaian yang dapat menutupi.Dalil lainnya juga terdapat dalam hadits riwayat Usamah bin Zaid, bahwasanya ia ditanya oleh Nabi Saw tentang Qibtiyah (baju tipis) yang telah diberikan Nabi Saw kepada Usamah. Lalu dijawab oleh Usamah bahwasanya ia telah memberikan pakaian itu kepada isterinya, maka Rasulullah Saw bersabda kepadanya:
“Suruhlah isterimu mengenakan baju dalam di balik kain Qibtiyah itu, karena sesungguhnya aku khawatir kalau-kalau nampak lekuk tubuhnya.” [HR. Ahmad dan Al-Baihaqi, dengan sanad hasan. Dikeluarkan oleh Adh-Dhiya’ dalam kitab Al-Ahadits Al-Mukhtarah, juz I, hal. 441] (Al-Albani, 2001 : 135).
Qibtiyah adalah sehelai kain nipis. Oleh karena itu tatkala Rasulullah Saw mengetahui bahwasanya Usamah memberikannya kepada isterinya, beliau memerintahkan agar dipakai di bahagian dalam kain supaya tidak kelihatan warna kulitnya dilihat dari balik kain tipis itu, sehingga beliau bersabda:
“Suruhlah isterimu mengenakan baju dalam di balik kain Qibtiyah itu.”
Dengan demikian kedua hadits ini merupakan petunjuk yang sangat jelas bahwasanya syara’ telah mensyaratkan apa yang harus ditutup,iaitu kain yang dapat menutupi kulit. Atas dasar inilah maka diwajibkan bagi wanita untuk menutupi auratnya dengan pakaian yang tidak nipis sedemikian sehingga tidak tergambar apa yang ada di sebaliknya.

c. Busana Muslimah Dalam Kehidupan Umum:-Pembahasan Busana Muslimah Dalam Kehidupan Khusus di atas adalah topik mengenai penutupan aurat wanita dalam kehidupan khusus. Topik ini tidak dapat dicampur adukkan dengan pakaian wanita dalam kehidupan umum, dan tidak dapat pula dicampur adukkan dengan masalah tabarruj pada sebagian pakaian-pakaian wanita.Jadi, jika seorang wanita telah mengenakan pakaian yang menutupi aurat, tidak berarti lantas dia dibolehkan mengenakan pakaian itu dalam kehidupan umum, seperti di tempat umum, atau di sekolah, pasar, kampus, pejabat, dan sebagainya.
Mengapa?
Sebab untuk kehidupan umum terdapat pakaian tertentu yang telah ditetapkan oleh syara’. Jadi dalam kehidupan umum tidaklah cukup hanya dengan menutupi aurat, seperti misalnya seluar panjang, atau baju potong, yang sebenarnya tidak boleh dikenakan di tempat umum meskipun dengan mengenakan itu sudah dapat menutup aurat.Seorang wanita yang mengenakan seluar panjang atau baju potong memang dapat menutupi aurat. Namun tidak bererti kemudian pakaian itu boleh dipakai di hadapan lelaki yang bukan mahramnya, kerana dengan pakaian itu ia telah menampakkan keindahan tubuhnya (tabarruj). Tabarruj adalah, menampakkan perhiasan dan keindahan tubuh bagi lelaki asing/bukan mahram (izh-haruz ziinah wal mahasin lil ajaanib) (An-Nabhani, 1990 : 104). Oleh karena itu walaupun ia telah menutupi auratnya, akan tetapi ia telah bertabarruj, sedangkan tabarruj dilarang oleh syara’.Pakaian wanita dalam kehidupan umum ada 2 (dua),
iaitu baju bawah (libas asfal) yang disebut dengan jilbab, dan baju atas (libas a’la) iaitu khimar (kerudung). Dengan dua pakaian inilah seorang wanita boleh berada dalam kehidupan umum, seperti di kampus, supermarket, tempat umum, kebun, atau di pasar.

Apakah pengertian jilbab?

Dalam kitab Al Mu’jam Al Wasith karya Dr. Ibrahim Anis (Kairo : Darul Maarif) halaman 128, jilbab diertikan sebagai “Ats tsaubul musytamil ‘alal jasadi kullihi” (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau “Ma yulbasu fauqa ats tsiyab kal milhafah” (pakaian luar yang dipakai di atas pakaian dalam, seperti milhafah (baju labuh/baju yang menutupi kepala sampai kebawah), atau “Al Mula`ah tasytamilu biha al mar’ah” (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita).Jadi jelaslah, bahwa yang diwajibkan atas wanita adalah mengenakan kain labuh (dari kepala sampai bawah) (Arab: milhafah/mula`ah) yang dikenakan sebagai pakaian luar (di dalamnya masih ada pakaian yg dipakai didalam rumah, seperti daster,Bukan terus kepada pakaian dalam,lalu dihulurkan ke bawah hingga menutupi kedua kakinya.Untuk baju atas, disyariatkan khimar, iaitu kerudung atau apa saja yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang baju di dada. Pakaian jenis ini harus dikenakan jika hendak keluar ke pasar-pasar atau berjalan melalui tempat umum (An-Nabhani, 1990 : 48).
Apabila ia telah mengenakan kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) dibolehkan baginya keluar dari rumahnya menuju kepasar atau berjalan di tempat umum, iaitu menuju kehidupan umum. Akan tetapi jika ia tidak mengenakan kedua jenis pakaian ini maka dia tidak boleh keluar dalam keadaan apa sekalipun, sebab perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam seluruh keadaan, kerana tidak ada dalil yang mengkhususkannya.Dalil mengenai wajibnya mengenakan dua jenis pakaian ini, kerana firman Allah SWT mengenai pakaian bahagian atas (khimar/kerudung):
“Hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.” (Qs. an-Nuur [24]: 31).
Dan kerana firman Allah SWT mengenai pakaian bagian bawah (jilbab):
“Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min: ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” (Qs. al-Ahzab [33]: 59).
Adapun dalil bahwa jilbab merupakan pakaian dalam kehidupan umum, adalah hadits yang diriwayatkan dari Ummu ‘Athiah r.a., bahwa dia berkata:
“Rasulullah Saw memerintahkan kaum wanita agar keluar rumah menuju solat 'Ied, maka Ummu ‘Athiyah berkata, ‘Salah seorang di antara kami tidak memiliki jilbab?’ Maka Rasulullah Saw menjawab:
‘Hendaklah saudarinya meminjamkan jilbabnya kepadanya!’” [Muttafaqun ‘alaihi] (Al-Albani, 2001 : 82).
Berkaitan dengan hadits Ummu ‘Athiyah ini, Syaikh Anwar Al-Kasymiri, dalam kitabnya Faidhul Bari, juz I, hal. 388, mengatakan: “Dapatlah dimengerti dari hadits ini, bahwa jilbab itu dituntut apabila seorang wanita keluar rumah, dan ia tidak boleh keluar (rumah) jika tidak mengenakan jilbab.” (Al-Albani, 2001 : 93).Dalil-dalil di atas tadi menjelaskan adanya suatu petunjuk mengenai pakaian wanita dalam kehidupan umum. Allah SWT telah menyebutkan sifat pakaian ini dalam dua ayat di atas yang telah diwajibkan atas wanita agar dikenakan dalam kehidupan umum dengan perincian yang lengkap dan menyeluruh. Kewajiban ini ditegaskan lagi dalam hadits dari Ummu ‘Athiah r.a. di atas, yakni jika seorang wanita tidak mempunyai jilbab —untuk keluar solat 'Ied (kehidupan umum)— maka dia harus meminjam kepada saudaranya (sesama muslim).Andai sekiranya hukum ini tidak wajib, nescaya Nabi Saw tidak akan memerintahkan wanita mencari pinjaman jilbab.Untuk jilbab, disyaratkan tidak boleh potongan, tetapi harus terjulur sampai ke bawah sampai menutup kedua kaki, sebab Allah SWT mengatakan:
“yudniina ‘alaihinna min jalabibihinna” (Hendaklah mereka mengjulurkan jilbab-jilbab mereka).Dalam ayat tersebut terdapat kata “yudniina” yang artinya adalah yurkhiina ila asfal (mengulurkan sampai ke bawah/kedua kaki). Penafsiran ini —yaitu idnaa’ berarti irkhaa’ ila asfal— ini diperkuat dengan dengan hadits Ibnu Umar bahwa dia berkata, Rasulullah Saw telah bersabda:
“Barang siapa yang melabuhkan/menghela bajunya karena sombong, maka Allah tidak akan melihatnya pada Hari Kiamat nanti.’ Lalu Ummu Salamah berkata,’Lalu apa yang harus diperbuat wanita dengan ujung-ujung pakaian mereka (bi dzuyulihinna).” Nabi Saw menjawab,’Hendaklah mereka mengulurkannya (yurkhiina) sejengkal (syibran)’ (yakni dari separoh betis). Ummu Salamah menjawab, ‘Kalau begitu, kaki-kaki mereka akan tersingkap.’ Lalu Nabi menjawab, ‘Hendaklah mereka mengulurkannya sehasta (fa yurkhiina dzira`an) dan jangan mereka menambah lagi dari itu.” [HR. At-Tirmidzi, juz III, hal. 47; hadits sahih] (Al-Albani, 2001 : 89).
Hadits di atas dengan jelas menunjukkan bahwa pada masa Nabi Saw, pakaian luar yang dikenakan wanita di atas pakaian rumah —iaitu jilbab— telah diulurkan sampai ke bawah hingga menutupi kedua kaki.Bererti jilbab adalah labuh, bukan potongan. Sebab kalau potongan, tidak akan terjulur sampai kebawah. Atau dengan kata lain, dengan pakaian potongan seorang wanita muslimah dianggap belum melaksanakan perintah “[/i]yudniina ‘alaihinna min jalaabibihina[/i]” (Hendaklah mereka mengulurkan jilbab-jilbabnya). Di samping itu kata min dalam ayat tersebut bukan min lit tab’idh (yang menunjukkan arti sebagian) tapi merupakan min lil bayan (menunjukkan penjelasan jenis). Jadi ertinya bukanlah “Hendaklah mereka mengulurkan sebagian jilbab-jilbab mereka” (sehingga boleh potongan), melainkan Hendaklah mereka mengulurkan jilbab-jilbab mereka (sehingga jilbab harus terusan) (An-Nabhani, 1990 : 45-51).

3. Penutup Dari penjelasan di atas jelas bahawa wanita dalam kehidupan umum wajib mengenakan baju labuh yang longgar yang terjulur sampai ke bawah yang dikenakan di atas baju rumah mereka. Itulah yang disebut dengan jilbab dalam al-Qur’an.Jika seorang wanita muslimah keluar rumah tanpa mengenakan jilbab seperti itu, dia telah berdosa, meskipun dia sudah menutup auratnya. Sebab mengenakan baju yang longgar yang terulur sampai kebawah adalah fardlu hukumnya. Dan setiap pelanggaran terhadap yang fardlu dengan sendirinya adalah suatu penyimpangan dari syariat Islam di mana pelakunya dipandang berdosa di sisi Allah..

wallahua'lam..

@-Copyrigt Control-
Read More...

ISTIMEWA BUAT MUSLIMAH (11)

Sepintas Lalu Mengenai Fiqh Nisa'


Wanita Haid Membaca Al-Qur`an

Menurut Imam Abu Hanifah, Syafi’i, dan Ahmad, haram hukumnya wanita haid membaca Al-Qur`an. Imam Malik membolehkan membaca beberapa ayat. Sedangkan menurut Imam Dawud Az-Zahiri, boleh wanita haid membaca Al-Qur`an (Ad-Dimasyqi, Rahmatul Ummah, hal. 18).

Mengapa timbul perbezaan pendapat dikalangan ulama?

Hal ini disebabkan para ulama berbeza dalam menilai hadits dalam masalah ini. Nabi SAW bersabda,”Tidaklah boleh orang junub dan juga wanita haid membaca sedikit pun dari Al-Qur`an.” (HR At-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad). Sebagian ulama menganggap hadits ini dhaif (lemah) sehingga tidak layak menjadi hujjah (alasan) (Kifayatul Akhyar, I/77-79; Subulus Salam, I/88). Sementara itu sebagian ulama lainnya menganggap hadits itu bukan hadits dhaif.
Pendapat yang lebih kuat (rajih), adalah pendapat yang mengharamkan wanita haid membaca Al-Qur`an. Sebab meskipun sebagian ulama melemahkan hadits di atas, namun hadits tersebut dianggap hasan (cukup baik) oleh Imam As-Suyuthi, sehingga layak menjadi dalil (As-Suyuthi, Al-Jami’ Ash-Shaghir, hal. 205). Namun, yang diharamkan adalah jika wanita haid itu semata berniat membaca (qira`ah), sebagai amal ibadah. Jika, dia tidak meniatkannya sebagai bacaan ibadah, boleh hukumnya membaca Al-Qur`an. Misalnya, membaca Al-Qur`an dengan niat berdzikir, memberi nasehat atau berdakwah, menceritakan kisah, atau menghafal ayat. (As-Sayyid Al-Bakri, I’anatuth Thalibin, I/69). Hal ini sesuai hadits Nabi,”Sesungguhnya perbuatan-perbuatan itu bergantung pada niat-niatnya.” (HR Bukhari dan Muslim)

Wanita Haid Masuk Masjid

Jumhur ulama, yakni Imam Abu Hanifah, Malik, Syafi’i, dan Ahmad, bersepakat bahawa wanita yang haid tidak boleh berdiam di dalam masjid. Namun Imam Dawud Az-Zahiri membolehkan wanita haid dan orang junub berdiam di masjid (Ad-Dimasyqi, Rahmatul Ummah, hal. 17).
Akar perbezaan pendapat itu karena para ulama berbeza pandangan mengenai hadits Nabi SAW yang berarti, “Sesungguhnya aku tidak menghalalkan masjid bagi wanita yang haid dan orang junub.” (HR. Abu Dawud). Jumhur ulama menganggap hadits ini sahih atau hasan, sehingga mengamalkannya dengan mengharamkan wanita haid masuk dan berdiam di masjid. Namun ada ulama yang tidak menganggapnya sebagai hadits yang layak sebagai hujjah. Kerana itu mereka tidak mengamalkannya.
Namun pendapat yang lebih kuat adalah pendapat jumhur, karena hadits di atas sesungguhnya adalah hadits yang layak menjadi hujjah. Hadits ini shahih menurut Ibnu Khuzaimah. (Subulus Salam, I/92). Menurut Ibn Al-Qaththan, hadits ini hasan (Kifayatul Akhyar, I/80).

@-Copyright Control-
Read More...

Isnin, September 08, 2008

PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU DALAM BULAN RAMADHAN





Selembar peristiwa di bulan Ramadhan





Selain turunnya wahyu Allah yang pertama di bulan Ramadhan, terdapat beberapa peristiwa besar yang juga berlaku dibulan yang penuh dengan barakah ini. Ketika dahulu, umat Islam yang merupakan umat yang disanjung tinggi dari timur ke barat, kerana terlimpahnya rahmat Allah kesan dari penerapan Islam dalam kehidupan mereka. Namun begitu, pada masa sekarang, setelah runtuhnya entiti penyatuan umat Islam, iaitu Khilafah pada 27 Rejab 1342H (3 Mac 1924), umat Islam dirundung penyakit yang semakin parah. Semoga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terakhir bagi umat Islam berpuasa tanpa Khilafah.



Berikut merupakan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada bulan Ramadhan:

17 Ramadhan 2H:

Perang Badar Al-Kubra,Rasulullah SAW berangkat dari Madinah pada 8 Ramadhan. Ibnu Hisyam menyatakan bahawa perang ini merupakan kemenangan pertama yang menentukan kedudukan umat Islam dalam menghadapi kekuatan kemusyrikan dan kebatilan. Allah SWT telah mengutuskan segerombolan malaikat untuk membantu pasukan muslimin menghancurkan pasukan musyrik. Perang ini berlaku pada pagi Jumaat, 17 Ramadhan 2H di Badar. Kemenangan lebih kurang 300 orang tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah ini yang telah megalahkan lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin Mekah.Ramadhan 5HPersiapan Perang KhandaqPersiapan dilakukan dengan mengali parit (khandaq) sekeliling kota Madinah. Tipu muslihat ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab. Ia diusulkan oleh Salman Al-Farisy. Peperangan ini terjadi pada bulan Syawal dan berakhir pada bulan Dzulkaedah setelah pasukan muslimin berjaya memecahkan belahkan pasukan musuh.

20 Ramadhan 8H:

Futuhul Makkah (Pembukaan Kota Mekah) dan Penghancuran Berhala.Rasulullah SAW keluar dari Madinah pada 10 Ramadhan dan berpuasa, lalu diikuti para sahabat. Baginda berbuka di suatu tempat yang dipanggil Mukadid (antara Asfan dengan Amjad). Mekah jatuh ke tangan kaum muslimin tanpa pertumpahan darah. Setelah penaklukan Mekah, Rasulullah tinggal di kota itu selama 15 malam dengan melakukan sembahyang qasar. Menurut Ibnu Ishaq, penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Rasulullah mengutuskan Khalid al-Walid untuk menghancurkan berhala Uzza, Amr bin Ash merobohkan Suwa’, dan Saad bin Zaid Al-Asyhaly menumbangkan Manat.

Ramadhan 9H:

Perang Tabuk-Rasulullah SAW tidak mendapati tentera Rom lalu kembali ke Madinah.
Utusan Thaif-Utusan Thaif datang ke Madinah untuk masuk Islam dan pada ketika itu juga mereka terus melaksanakan kewajiban-kewajiban dan melaksanakan puasa disana.
Utusan Raja Himyar-Utusan Raja Himyar datang ke Madinah untuk menyatakan kemasukan Islam. Rombongan tersebut diterima dan dimuliakan oleh Rasulullah SAW. Baginda kemudian menulis batas-batas hak dan kewajiban mereka dalam bentuk dokumen bertulis.

Ramadhan 10H:

Rasulullah SAW mengutuskan sepasukan tentera dibawah pimpinan Saidina Ali Karamallahu wajhah ke Yaman dengan membawa surat Nabi. Satu suku kaum yang berpengaruh di Yaman terus menerima Islam dan masuk Islam pada hari itu juga. Mereka bersembahyang berjamaah bersama Imam Ali ra. pada hari itu.

Ramadhan 53H:

Kemenangan tentera Islam di Rhodesia.

Ramadhan 92H:

Islam telah tersebar dan membuka kawasan- kawasan baru sehingga ke Afrika Utara, Iran, Afghanistan, Yemen dan Syria. Spanyol di bawah kekuasaan Raja Rhoderic of the Visigoths. Musa ibn Husair, Wali Khilafah Ummayyah di Utara Afrika, bersama-sama dengan Panglima tentera Islam, Tariq Ziyad yang megetuai 12 000 tentera Islam berdepan dengan tentera kuffar seramai 90 000 yang diketuai sendiri oleh Raja Rhoderic. Antara peristiwa yang memotivasikan tentera- tentera Allah ini semasa perang ini ialah, apabila Tariq bin Ziyad mengarahkan tenteranya membakarkan kapal- kapal perang mereka sebelum bertempur dengan tentera Raja Rhoderic.Beliau berkata, ”Sesungguhnya, syurga Allah terbentang luas di hadapan kita, dan dibelakang kita terbentangnya laut. Kamu semua hanya ada dua pilihan, sama ada mati lemas, ataupun syahid”. Pasukan tentera ini bukan sahaja telah mengalahkan tentera-tentera kuffar pimpinan Raja Rhoderic, malah telah mampu membebaskan keseluruhan Sepanyol, Sicily dan sebahagian Perancis. Di sini, bermulanya zaman keemasan Islam di Andalus, dengan Islam menguasainya selama 700 tahun.

Ramadhan 129H:

Kemenangan dakwah Bani Abbas di Khurasan dibawah pimpinan Abu Muslim Al-Khurasany.

Ramadhan 584H:

Panglima tentera Islam, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib. Tentera Islam menguasai daerah-daerah yang sebelumnya dikuasai oleh tentera Salib. Ketika bulan Ramadhan, penasihat-penasihat Salahuddin menyarankan agar dia berehat kerana risau ajalnya tiba. Tetapi Salahuddin menjawab "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam". Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan.

Ramadhan 658H:

Semasa kemasukan tentera tartar di Baghdad, yang merupakan pusat pemerintahan Islam pada masa tersebut, tentera Tartar telah membunuh 1.8 juta kaum Muslimin. Selain itu, mereka mengarahkan penduduk Kristian supaya makan babi dan meminum arak secara terbuka dijalanan dan memaksa kaum muslimin turut serta. Azan turut dilarang daripada dilaungkan dan masjid- masjid disirami dengan arak oleh tentera- tentera Tartar yang biadap ini. Kecelakaan ini disambut oleh Saifudin Qutuz, pemerintah Mesir ketika itu dengan mengumpulkan semula kekuatan kaum muslimin untuk meghancurkan tentera Tartar dan bertembung dengan mereka pada Jumaat, 25 Ramadhan 658H (6 September 1260M) di Ain Jalut. Peperangan ini turut disertai oleh isteri Sultan Saifudin Qutuz, Jullanar yang akhirnya syahid di medan pertempuran. Semasa beliau nazak, Saifudin Qutuz memapahnya dan berkata ”Wahai Kekasihku”. Ini dibalas oleh Jullanah dengan mengatakan, ”Janganlah kamu berkata demikian. Kasih lagilah kamu terhadap Islam”. Setelah itu, tentera- tentera ini terus berjihad, dan kemenangan di raih oleh Islam di depan pintu gerbang Mesir di Kota Ain Jalut.

@-Copyright Control-
Read More...

Ahad, September 07, 2008

ISTIMEWA BUAT MUSLIMAH (10)





Peringatan Buat Muslimah

Kewujudan orang berhijab melakukan dosa bukan alasan untuk tinggalkan kewajipan!

Memakai tudung adalah satu kewajiban berhijab dalam Islam bagi wanita yang telah baligh. Hukum ini tiada perselisihan disisi semua ulama daripada keempat-empat mazhab. Ini berdasarkan firman Allah swt dalam ayat 59 Surah Al-Ahzab dan ayat 31 Surah An- Nur. Seseorang itu boleh bertudung, tetapi masih melanggar aturan berhijab seperti memakai pakaian ketat atau mendedahkan anggota tubuh yang lain. Ulama daripada keempat-empat mazhab juga bersepakat bahawa minimum anggota tubuh yang perlu dihijab (tutup) ialah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Bagaimana bentuk atau fesyen bagi menutup tubuh, terserah kepada keadaan dan budaya asal sahaja ia memenuhi syarat berhijab.



Meninggalkan kewajipan berhijab/memakai tudung adalah berdosa. Mengingkarinya atau mengejek orang yang memakai hijab pula boleh merosakkan akidah kerana mengingkari sesuatu yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan mengejek-ejek amalan agama. Allah swt berfirman yang bermaksud
"Sesungguhnya Allah telah mengharamkan keduanya (air dan makanan syurga) daripada orang-orang kafir. (Iaitu) Mereka yg menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau dan kehidupan telah menipu mereka...." (Al-A'araad:50-51).

Bagaimanapun, berhijab adalah salah satu kewajiban daripada banyak kewajipan dalam islam. Berhijab atau tidak berhijab semata-mata tidak menjamin seorang itu masuk syurga atau neraka.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud " Sesungguhnya salah seorang daripada kamu mengamalkan amalan ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara syurga melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan kitab (qadha dan qadar), lalu ia pun mengerjakan dengan amal ahli neraka, maka masuklah dia kedalamnya. Dan sesungguhnya salah seorang daripada kamu mengamalkan amalan ahli neraka sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara neraka melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan kitab (qadha dan qadar), lalu ia pun mengerjakan dgn amal ahli syurga, maka masuklah dia kedalamnya." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Seorang itu jika ia sentiasa menjaga akhlaknya serta hatinya daripada sifat-sifat keji, tetapi meninggalkan hijab, ia akan mendapat pahala bagi kebaikan yang ia lakukan dan mendapat dosa kerana meninggalkan hijab dan kewajipan lain, jika ada. Di akhirat nanti, setiap kita akan dihisab oleh Allah atas seluruh amal kita. Jika seorang wanita berhijab, tetapi dosa-dosanya yang lain memberatkan timbangan dosa, ia akan dicampakkan ke neraka dan wanita yang tidak berhijab walaupun berdosa, tetapi amal kebajikannya lebih berat daripada dosa, ia akan masuk kesyurga. Hakikat ini boleh diperlajari dari hadis Rasulullah saw yang menceritakan seorang pelacur dimasukkan syurga kerana menyelamatkan seekor anjing yang kehausan. Bagaimanapun, mereka yang mengatakan sedemikian sebenarnya tidak sedar bahawa keengganannya untuk memakai hijab menunjukkan kewujudan unsur-unsur tidak baik dalam hatinya. Hakikatnya seseorang itu tidak mahu berhijab, memberi petanda bahawa dalam hatinya ada keingkaran/tidak reda terhadap hukum Allah atau kelemahan untuk melawan rasa malu atau tekanan persekitaran dan kehedak nafsu untuk berhias atau ego diri. Kewujudan wanita yang berhijab, tetapi melakukan dosa-dosa lain tidak boleh menjadi alasan bagi seorang wanita meninggalkan kewajipan berhijab atas alasan 'yang penting hati mahu baik'. Jika alasan ini boleh diterima, maka manusia akan mempunyai alasan bagi meninggalkan semua kewajipan agama. Setiap kita haruslah mengetahui apakah kewajipan-kewajipan agama yang perlu ditunaikan dan berusaha untuk menunaikannya tanpa melihat perbuatan atau kecacatan orang lain kerana kita dihisab oleh Allah swt atas perbuatan kita sendiri bukan atas perbuatan orang lain. Allah berfirman,
"Dan bahawasanya seorang manusia itu tidak memperolehi (pahala atau dosa) melainkan apa yang diusahakannya." (An-Naj:39).

Bagi wanita-wanita yang memakai hijab dan dikatakan sedemikian, hendaklah bersabar, berusaha memuhasabah diri atas kritikan yang dibuat dan tidak pula menghukum wanita yang mengatakan sedemikian dgn kafir, jahil dan cercaan lain. Allah mengajar umat Islam dalam firmannya,
"Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan dimuka bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik," (Al-Furqan:63).

Wanita-wanita yang memakai hijab hendaklah bersyukur atas hidayah yang Allah telah berikan kepada mereka, tetapi tidak pula menjadikan amalan hijabnya satu alasan untuk memandang rendah wanita lain kerana sifat sedemikian adalah keji dan sebahagian daripada penyakit hati.

Buat muslimah yang sentiasa istiqmah dengan agamanya..kukuh pendiriannya..betapa dia memahami bahawa Allah dan rasulnya memerintahkan dia supaya menutup aurat kerana Allah dan Rasul menyayanginya,menjaga kehormatan dirinya..

Dan Buat muslimah yang ingin melakukan perubahan..yang sedar akan kesilapan lalu..zahirkanlah pengorbananmu..agar engkau tahu bahawa dirimu tidak sendirian..
lakukanlah perubahan ini,pedulikanlah ejekan orang,biarlah mereka dengan sifat keji mereka..kerana bagimu saat ini sudah tiada istilah 'nanti'..

Wahai Muslimah,Allah dan rasulnya telah memerintahkan kalian untuk menutup tubuh kalian dengan begitu teliti.Tidakkah kalian merasa betapa Allah dan rasulnya menyayangi kalian.
Wahai Muslimah,apakah kalian tidak bersyukur dengan apa yang telah diberikan oleh Allah kepada kalian.Peliharalah diri kalian dari azab Allah..mudah mudahan kalian tergolong didalam wanita-wanita yang soleh.
@-Copyright Control-
Read More...

Sabtu, September 06, 2008

KENALI BENDERA ISLAM



FIQIH SUNNAH



AL LIWA' DAN AR RAYAH..BENDERA YANG DILUPAKAN





Setiap negara di dunia akan mempunyai bendera negara masing-masing, sebesar atau sekecil mana sekalipun negara tersebut. Tidakkah ini akan membuatkan kita terfikir atau tertanya-tanya – adakah Negara Islam pertama di dunia yang telah ditegakkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam di Madinah mempunyai bendera? Jika ya, bagaimanakah spesifikasi bendera tersebut dan apakah hukum pengambilannya? Jika di zaman Khilafah dulu, anak-anak kaum Muslimin dibesarkan tanpa perlu diajar bahawa bendera umat Islam adalah bendera Rasulullah, kerana itulah apa yang mereka lihat. Namun di zaman ini, anak-anak kita dibesarkan dengan diajar dan dipaksa menerima bahawa bendera kita adalah bendera yang telah ditentukan oleh penjajah, si kafir British. Jadi, tidak hairanlah jika kita atau anak-anak kita tidak mengenali bagaimanakah bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Itulah di antara kejayaan si kafir penjajah. Mereka berjaya membuatkan umat Islam lalai dan terus lupa akan wujudnya bendera Islam yang sebenarnya. Negara Islam sememangnya mempunyai bendera (al-liwa’) dan juga panji (ar-rayah). Inilah apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam semasa tegaknya Daulah Islamiyyah pertama di Madinah al-Munawwarah. Secara bahasanya, bendera dan panji di dalam bahasa Arab disebut 'alam. Mengikut Kamus al-Muheet, dari akar kata rawiya, ar-rayah adalah al-'alam, yang jama’nya (plural) disebut sebagai rayaat. Juga disebutkan dari akar kata lawiya bahawa al-liwa' adalah al-'alam, yang jama’nya (plural) disebut sebagai alwiyah. Secara syar’i, syara’ telah menjelaskan bahawa perkataan-perkataan di atas mempunyai maksud dan ciri-ciri yang tertentu iaitu:-






(1) Bendera (Liwa'): adalah berwarna putih dan tertera di atasnya kalimah ‘La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’ dengan warna hitam. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas yang mengatakan, "Bahawa bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam berwarna hitam, sedangkan panji beliau warnanya putih." Riwayat Ibnu Abbas yang lain menurut Abi Syeikh dengan lafadz, "Bahawa pada bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. tertulis kalimat ‘La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’. Semasa perang (jihad), bendera ini akan dipegang oleh amir (panglima/ketua) perang. Ia akan dibawa dan menjadi tanda serta diletakkan di lokasi amir tadi. Dalil yang menunjukkan perkara ini adalah perbuatan (af’al) Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri, di mana baginda (sebagai amir), semasa pembukaan kota Makkah telah membawa dan mengibarkan bendera putih bersamanya. Dari Jabir, "Bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam memasuki Makkah dengan membawa bendera (liwa') berwarna putih." [HR Ibnu Majah]. An-Nasa'i juga meriwayatkan Hadis melalui Anas bahawa semasa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengangkat Usama ibn Zaid sebagai amir (panglima) pasukan ke Rom, baginda menyerahkan bendera (liwa’) kepada Usama ibn Zaid dengan mengikatnya sendiri.








(2) Panji (Rayah) : adalah berwarna hitam, yang tertulis di atasnya kalimah ‘La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’ dengan warna putih. Hadis riwayat Ibnu Abbas di atas menjelaskan hal ini kepada kita. Semasa jihad, ia dibawa oleh ketua setiap unit (samada Division, Batalion, Detachment ataupun lain-lain unit). Dalilnya adalah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, semasa menjadi panglima perang di Khaibar, bersabda, "Aku benar-benar akan memberikan panji (rayah) ini kepada orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, serta dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya, lalu Rasulullah memberikan panji itu kepada Ali." [HR Bukhari]. Saidina Ali karramallahu wajhah pada masa itu boleh dikatakan bertindak sebagai ketua division ataupun regimen.Diriwayatkan dari Harits Bin Hassan Al Bakri yang mengatakan, "Kami datang ke Madinah, saat itu dan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sedang berada di atas mimbar, sementara itu Bilal berdiri dekat dengan beliau dengan pedang di tangannya. Dan di hadapan Rasulullah terdapat banyak rayah (panji) hitam. Lalu aku bertanya: "Ini panji-panjii apa?" Mereka pun menjawab: "(panji-panji) Amru Bin Ash, yang baru tiba dari peperangan." Dalam riwayat At-Tirmidzi, menggunakan lafadz, "Aku datang ke Madinah, lalu aku masuk ke masjid di mana masjid penuh sesak dengan orang ramai, dan di situ terdapat banyak panji hitam, sementara Bilal -ketika itu- tangannya sedang memegang pedang dekat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Lalu aku bertanya: "Ada apa dengan orang-orang itu?" Mereka menjawab: "Beliau Sallallahu ‘alaihi wa Sallam akan mengirim Amru Bin Ash ke suatu tempat." Maksud ungkapan “terdapat banyak rayah (panji) hitam” menunjukkan bahawa terdapat banyak panji-panji yang dibawa oleh para tentera, walaupun amir (panglima perang)nya hanyalah seorang, iaitu Amru Bin Ash. Dalam riwayat An Nasa'i, dari Anas, "Bahawa Ibnu Ummi Maktum membawa panji hitam, dalam beberapa pertempuran bersama Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam." Hadis-hadis di atas dan banyak lagi hadis-hadis lain menunjukkan kepada kita bahawa itulah ciri-ciri bendera dan panji Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Nas-nas tersebut juga menunjukkan bahawa hanya terdapat satu bendera (liwa’) di dalam satu pasukan, tetapi boleh terdapat banyak panji (rayah) di dalam setiap unit dalam pasukan yang sama, yang dipegang oleh ketua unit masing-masing.Wahai kaum Muslimin! Itulah bentuk, corak dan warna bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Hadis-hadis yang diriwayatkan menggambarkan dengan jelas akan bendera dan panji Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan tidak ada spesifikasi lain selain ini. Yang tertera padanya hanyalah satu kalimah yang Rasulullah diutus kerananya. Kalimah yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabat. Kalimah yang para pendahulu kita telah syahid kerana mempertahankannya. Dan kalimah inilah yang akan kita ucapkan di kala Izrail datang menjemput. Inilah kalimah tauhid yang menyatukan kita semua tanpa mengira bangsa, warna kulit, sempadan geografi dan sebagainya. Inilah kalimah yang akan menyelamatkan kita dari azab Allah di akhirat nanti. Inilah kalimah yang ada pada bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.....kalimah ”LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH”!. Bendera sebagai syi’ar Islam Dulu kaum Muslimin hanya hidup untuk Allah dan mati untuk Allah. Mereka benar-benar memahami ayat-ayat Allah bahawa mereka dicipta hanya untuk beribadah kepadaNya. Oleh itu, mereka tidak ragu-ragu untuk menyerahkan nyawa mereka di jalan Allah. Mereka menyertai peperangan demi peperangan untuk menyebarkan risalah Allah dan rahmatNya. Mereka membuka negeri demi negeri untuk menyatukannya ke dalam Daulah Islam. Dalam setiap peperangan dan pembukaan negeri-negeri, mereka tidak pernah lalai dari membawa bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Itulah bendera yang mereka warisi dari Nabi mereka dan mereka sanggup mati dengan bendera di tangan. Sebagaimana lagu dan irama, peperangan dan bendera merupakan suatu yang tak dapat dipisahkan. Di antara peperangan yang begitu mengguris hati kita umat Islam ialah Perang Mu’tah yang berlaku pada bulan Jamadil Awal tahun ke-8 H. Di dalam perang ini, Rasulullah menghantar 3000 pahlawan elit Islam untuk bertempur dengan pasukan Rom. Baginda mengangkat Zaid bin Haritsah sebagai panglima perang dan bersabda, ”Jika Zaid gugur, maka Ja’far bin Abi Thalib akan menggantikan tempatnya, jika Ja’far gugur, maka Abdullah bin Rawahah akan menggantikan tempatnya.” Pasukan pun berangkat dengan disertai Khalid bin Al-Walid yang baru memeluk Islam setelah Perjanjian Hudaibiyyah. Di dalam perjalanan, mereka telah mendapat maklumat bahawa Malik bin Zafilah telah mengumpulkan 100,000 tentera sementara Heraklius sendiri datang dengan 100,000 tentera. Berita ini menyebabkan pasukan Islam berbeza pendapat samada harus terus berperang atau mengirim utusan untuk meminta bantuan tambahan dari Rasulullah.Namun Abdullah bin Rawahah terus maju ke hadapan kaum Muslimin dan berkata dengan lantang dan berani, ”Wahai sekelompok kaum! Demi Allah! Sesungguhnya apa yang kalian benci justeru itulah yang kalian cari, iaitu syahid! Kita keluar memerangi musuh bukan kerana jumlah atau kekuatan atau berdasarkan bilangan, tetapi kita memerangi mereka demi Deenul Islam, yang Allah telah memuliakan kita dengannya. Oleh itu berangkatlah! Sesungguhnya di tengah kita ada dua kebaikan; menang atau syahid.” Kata-kata ini telah membakar semangat mereka, lalu mereka pun berangkat dengan penuh keimanan untuk menggempur musuh semata-mata kerana Allah. Maka terjadilah peperangan di tempat yang bernama Mu’tah, di mana di tempat inilah Allah telah membeli beberapa jiwa kaum Muslimin untuk dibayar dengan syurgaNya. Sejumlah 3,000 pasukan Islam berjuang habis-habisan melawan 200,000 tentera musuh. Satu nisbah yang tidak masuk aqal jika difikirkan secara logik. Tetapi itulah hakikat umat Islam, umat yang dimuliakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan dibantu olehNya pada setiap peperangan. Umat yang hidup di dunia ini hanya untuk Allah. Zaid bin Haritsah yang merupakan panglima perang terus maju menggempur pasukan musuh dengan membawa bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam di tangan. Akhirnya sebatang tombak menembusi tubuhnya dan beliau terus gugur. Bendera segera diambil oleh Ja’far bin Abi Thalib, seorang pemuda yang baru berusia 33 tahun. Ketika musuh telah mengepung kudanya dan mencederakan tubuhnya, Ja’far justeru turun dan terus menuju ke tengah-tengah musuh menghayunkan pedangnya. Tiba-tiba seorang tentera Rom datang dan berhasil memukulnya dari arah tepi. Pukulan itu menyebabkan tubuh Ja’far terbelah dua dan beliau terus syahid menemui Tuhannya. Bendera lalu disambar oleh Abdullah bin Rawahah dan terus dibawa dengan menunggang kuda menuju ke tengah musuh. Beliau juga turut syahid menyusuri kedua-dua sahabatnya. Bendera lalu diambil oleh Tsabit bin Arqam seraya menjerit, ”Wahai kaum Muslimin! Berkumpullah disekeliling seseorang.” Lalu kaum Muslimin pun berkumpul mengelilingi Khalid bin Al-Walid dan bendera Nabi terus diserahkan kepada Khalid yang kemudian terus mengetuai pasukan.





Wahai kaum Muslimin! Begitulah secebis kisah perjuangan golongan awal yang merupakan generasi terbaik umat Islam dengan membawa bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Bendera yang menjadi rebutan para sahabat untuk memegangnya di setiap peperangan. Bendera yang menyaksikan berapa ramai sahabat telah syahid demi mempertahankannya. Bendera yang dipegang erat oleh para sahabat agar ia tidak jatuh mencecah bumi. Bendera yang benar-benar dipertahankan oleh para pemimpin dan pejuang dari kaum Muslimin yang mulia sebagai syi’ar Islam. Bendera yang bagi setiap orang yang mengucap syahadah, ia sanggup mati kerananya di dalam setiap perjuangan, semata-mata kerana Allah. Inilah bendera kalian wahai saudaraku. Inilah bendera kita, umat Muhammad yang dimuliakan!





Wahai kaum Muslimin! Marilah kita kembali mengibarkan bendera kita, bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, bendera yang dicipta atas perintah Allah, bukannya ciptaan aqal manusia, apatah lagi dicipta hanya melalui satu pertandingan. Inilah bendera yang selayaknya bagi umat Islam. Kita adalah umat Rasulullah, maka tunjukkanlah rasa kasih dan sayang kita kepada Rasul kita dengan kembali mengibarkan bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Bayangkan wahai kaum Muslimin, jika Rasulullah ada bersama kita, sanggupkah kalian berada di belakang Rasulullah dan mengibarkan bendera selain dari bendera Rasulullah? Walhal dengan bendera inilah Rasulullah telah menyatukan seluruh umat manusia yang mengucap kalimah yang tertera padanya. Kibaran bendera inilah yang telah membawa risalah Allah ke seluruh pelusuk dunia. Dengan melihat bendera inilah jantung musuh-musuh Islam berdegup kencang menanti saat kehancuran mereka. Bendera ini telah dibawa dan dijulang oleh para pejuang Islam di kala mengembangkan agama Allah. Inilah satu-satunya bendera kita, bendera Rasulullah, bendera Islam, bendera Negara Islam, bendera Daulah Islam!! Kita telah melihat bendera ini dikibarkan oleh kaum Muslimin di seluruh dunia seiring dengan perjuangan untuk mengembalikan kehidupan Islam dengan jalan menegakkan semula Daulah Khilafah. Kita juga melihat bendera ini berkibar di Malaysia oleh para pejuang Islam yang berusaha ke arah yang sama. Semoga kita akan dapat melihat bendera ini dikibarkan oleh para pemimpin kaum Muslimin di seluruh dunia termasuk Malaysia walaupun sebelum berdirinya Khilafah. InsyaAllah, setelah Khilafah berjaya ditegakkan, kita akan melihat bendera ini sekali lagi dikibarkan dengan penuh bangga dan kesyukuran. Air mata terharu dan kegembiraan akan menitis pada hari itu, hari di mana sistem Allah telah kembali ke muka bumi. Bendera ciptaan Allah ini akan kembali meliuk-meliuk ditiup angin di udara dan akan berkibar dengan megahnya. Inilah hari kemenangan Islam, hari yang Allah menurunkan pertolonganNya ke atas kaum Muslimin yang bersungguh-sunguh berjuang demi menegakkan agamaNya. Inilah hari yang kita berusaha siang dan malam untuk menggapainya dan kita benar-benar menanti akan kedatangannya. Inilah hari Daulah Khilafah ’ala minhaj nubuwah yang kedua kalinya, kembali muncul menerajui dunia untuk membawa rahmat Allah ke seluruh alam. Maha Suci Allah yang akan mengembalikan hari tersebut kepada kita semua. Amin ya Rabbal alamin.



@-Copyright Control
Read More...

ISTIMEWA BUAT MUSLIMAH (9)


TINTA PERMATA BUAT SERIKANDI




DUHAI PUTERIKU.........Keremajaanmu menyegarkan pandangan, melimpahkan nyaman pada malam..Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan....Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara-suara lembut sang gadis...Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan...


PUTERIKU.....Dengan keremajaanmu...kau bisa menakluk dunia dalam lalai dan leka Tanpa kesedaran ....




DUHAI PUTERIKU....Balikkanlah cermin di hadapanmu barang seketika ...palingkanlah wajahmu barang sejenak...Berkatalah dalam diri...Kau bukan dilahirkan sebagai penggoda yang melekakan dunia...Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka..Balutan gemerlap permata intan hanyalah hiasan...Dongak dan lihatlah kerdipan bintang-bintang nun di langit...Sedarlah...hidupmu ini hanya cebisan dari erti kehidupan...Selamilah dasar hatimu dan bisiklah pada diri Alangkah hinanya roh kita tanpa hiasan apa-apa...



PUTERIKU...Berfikirlah untuk menjadi insan yang berguna agar seisi dunia merasakan rahmat kehadiranmu...



WAHAI PUTERI MUSLIMAH SEJATI ...Salutilah tubuhmu dengan iman...kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan...Usah merasa resah lalu menyolek diri ...inginkan wajah yang lebih indah...Bersyukur dan berbahagialah dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT...



DUHAI MUSLIMAH TERPUJI...Renung dan resaplah kekaguman serta kekuatan keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan Allah SWT...Kecintaan Ilahi melimpah dan melaut di segenap penjuru alam walaupun pada yang alpa erti kehidupan...



GADISKU...Bersihkanlah hatimu...kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan...Jannah itu bukan mimpi tapi realiti...Dunia hanyalah persinggahan... akhirat itu kekal abadi...."

@-Copyright Control-
Read More...