KOLEKSI SAHABAT_ISLAM (KLIK SAHAJA)

DARI PENA SAHABAT_ISLAM


Salam Ukhuwah dari sahabat_Islam

Untuk Pengetahuan Semua tujuan blog ini diwujudkan adalah sekadar berkongsi sedikit ilmu,pengalaman dan idea kepada sahabat-sahabat sekalian.Mudah mudahan percambahan pemikiran dan luasnya pengalaman sahabat-sahabat sekalian dapat dikongsikan disini.
Apa yang diharapkan adalah blog ini mampu menjadi sebahagian daripada koleksi ilmiah yang mampu memberikan manfaat kepada sahabat-sahabat sekalian walaupun hanya sedikit.Apa yang ingin ditegaskan disini adalah sekiranya apa jua isi kandungan blog ini dilihat menyimpang dari 4 sumber syara' yang telah disepakati maka sahabat-sahabat sekalian wajiblah menolaknya.Andai ianya bertepatan dengan syara' maka manfaatkanlah.
Janganlah melihat kepada siapa yang berkata akan tetapi lihatlah kepada apa yang dikatakan olehnya.andai ianya benar menurut pandangan syara' maka benarlah juga menurut pandangan kita.Mudah mudahan islam menjadi perkara teras dalam kehidupan kita dan segala penyimpangan darinya mampu kita jauhi.Tiada apa yg terbaik melainkan mengikuti semua perintah Allah dan rasulnya tanpa mengurangi dan menambahnya walaupun sedikit.

wallahu a'lam..

ADIK DAN PALESTIN..

ADIK DAN PALESTIN..
Karya yang hebat..Semoga ianya menjadi peringatan kepada kita semua yang darah saudara kita bukan murah..Ya Allah semoga kaum muslimin sedar akan tanggungjawab mereka..

NUR AMANA..MUSNAH KERANA CINTA

NUR AMANA..MUSNAH KERANA CINTA
Sebuah Cerpen Hebat..Semoga Allah Memberikan yang terbaik kepada Penulisnya.. Seorang Gadis manis yang punya didikan agama musnah dek kerana sistem sekuler yang bermaharajalela..

CERPEN:"Serikandi Agama Mujahidah sejati"

CERPEN:"Serikandi Agama Mujahidah sejati"
Bingkisan Kecil Buat pengunjung Blog sahabat_islam.Semoga akan lahir mujahid dan mujahidah sejati daripada serikandi agama yang Kukuh Akidahnya,mantap ukhuwahnya dan Hebat perjuangannya

Rabu, Mei 27, 2009

FIQIH SUNNAH

Inai Menurut Pandangan Syara'



Beberapa tokoh agama dan budayawan negara hari ini melarang umat Islam daripada memakai inai ala tatu kerana ia bercanggah dengan ajaran agama dan mencerminkan budaya Barat.
Menurut mereka, trend yang semakin digilai remaja terutama perempuan itu melambangkan sesuatu yang dilarang, lebih-lebih lagi jika ia berlambang haiwan atau mewakili kumpulan tertentu.

Mufti Perlis, Dr. Asri Zainol Abidin berkata, perbuatan itu jelas dilarang dalam hadis terutama jika menggunakan jenis inai yang kekal lama di anggota badan.
‘‘Tak boleh. Jelas ia salah. Kita lihat hari ini ramai remaja yang conteng badan dengan inai.
‘‘Lebih-lebih lagi gambar haiwan. Itu tabiat buruk dan melambangkan keganasan,’’ katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, tokoh ulama terkenal, Datuk Abu Hasan Din berkata, pemakaian inai ala tatu di tangan jelas melanggar hukum syarak.
Menurutnya, perbuatan itu jelas salah terutama kepada pengantin yang mengukir tangan mereka dengan corak-corak tatu melampau.

Tambah Asri, kelonggaran tetap ada jika pemakaian inai itu berunsur sementara dan tiada halangan untuk air sembahyang melaluinya.
‘‘Tidak apa kalau pakai inai biasa. Tidak salah jika ia hilang selepas dua atau tiga hari di tangan,’’ ujarnya.



Pendakwah bebas, Daud Che Ngah berkata, pemakaian inai yang bersifat lebih kepada tatu adalah dilarang kerana ia menggambarkan ajaran yang bercanggah dengan agama Islam.
Namun menurutnya, pemakaian inai tidak kekal sebenarnya dibolehkan dengan niat untuk berhias kepada suami pada hari perkahwinan.
‘‘Tak ada masalah kalau hendak pakai inai di jari. Tapi kita tengok hari ini macam hendak melukis segala-galanya di tapak tangan.
‘‘Salah kalau sengaja membuat tatu walaupun dengan inai. Tatu itu sendiri dilarang kerana ia bukan budaya kita,’’ jelasnya.

Sementara itu, budayawan, Prof. Dr. Siti Zainun Ismail berkata, pemakaian inai itu sendiri mewakili adat perkahwinan yang memberi maksud tersendiri kepada masyarakat.
‘‘Orang dulu pakai inai sebab hendak tengok kesucian seorang gadis. Mereka hias pengantin perempuan dengan inai yang tahan untuk sembilan bulan,’’ katanya.
Oleh itu, kata Siti Zainun, trend wanita sekarang yang gemar memakai inai tanpa tujuan malah mengukir pelbagai gambar di badan dilihat melanggar budaya.

Sumber: Utusan Malaysia 10/02/08



(Hakikatnya)

Inai (hinnaa) bukanlah tatu (syimaah). Inai diekstrak dari tumbuhan sedangkan tatu menggunakan teknik tertentu untuk menanam warna di bawah lapisan kulit. Tatu diharamkan dalam Islam secara mutlak sama ada ianya bercorak haiwan atau selainnya, tetapi inai dibenarkan. Namun, jika menggunakan inai untuk melukis objek yang hidup (bernyawa), maka ini adalah haram. Haram di sini adalah hukum tentang lukisannya, bukan inainya. Masalah melukis/mengukir (taswir) bentuk haiwan adalah haram menurut pendapat yang terkuat [An-Nabhani, Syakhsiyyah Islamiyyah]. Jadi, memakai inai sama ada di jari sahaja atau di mana-mana bahagian badan adalah mubah (harus) dengan syarat ia bukan gambar objek bernyawa dan tidak menggambarkan bentuk hadharah kuffar seperti lambang salib, dewa hindu, budha dan lain-lain. Adapun dalil tentang kebolehan berinai adalah sabda Rasulullah,

"Bahawa seorang wanita telah menghulurkan tangannya kepada Nabi SAW dengan sebuah kitab untuk berbai'ah maka Baginda menggenggam tangannya lalu berkatalah wanita tersebut; Ya Rasulullah! Saya telah menghulurkan tangan saya kepada anda dengan sebuah kitab tetapi anda tidak pun mengambilnya. Baginda bersabda, ‘Sesungguhnya aku tidak ketahui adakah ianya tangan lelaki ataukah tangan wanita.’ Wanita itu berkata, ‘Bahkan tangan wanita’. Rasulullah SAW lalu bersabda, ‘Jika anda wanita tentulah anda mengubah (mencelup) kuku-kuku anda dengan inai" [HR An-Nasaei, Abu Daud]

Sebenarnya adalah salah apabila berbincang tentang hukum inai dari perspektif budaya. Hukum mestilah berdasarkan nas, bukan berdasarkan budaya. Memanglah bagus apabila umat Islam menolak budaya asing, namun ini tidak bermakna kita dibolehkan mengambil budaya tempatan. Ukurannya di sini adalah nas, bukan budaya itu sendiri. Hujah-hujah golongan yang cuba memperjuangkan kemurnian budaya Melayu (Timur) dengan mencari-cari bukti/dalil yang menyokong tidak ada nilainya di sisi syara’, kerana yang perlu diutamakan (dan wajib diikuti) di sini adalah syara’, bukannya budaya. Lebih ironi, terdapat hujah yang keliru menyatakan boleh berinai kecuali ‘inai menghalang air sembahyang’ dan kemudian mengatakan pula ‘jika hujung jari tak mengapa’ seolah-olah hujung jari bukan anggota wudhu’!

Apa yang menyedihkan dalam isu ini adalah apabila golongan agamawan sibuk duduk berbincang soal inai di anggota badan, namun soal mendedahkan aurat (anggota badan) itu sendiri tidak pula di sentuh. Tidak pula kita mendengar tok-tok mufti mengeluarkan fatwa tentang haramnya tidak menutup aurat atau memperlihatkan aurat. Yang sibuk mereka bincangkan adalah haramnya inai yang diukir di anggota badan, walhal masalah utama (iaitu) haramnya memperlihatkan aurat (anggota badan yang diinai) tidak langsung disentuh! Ya-lah, mana ada mufti yang berani hilang jawatan??? Mereka (mufti) lebih suka membincangkan hal-hal furu’ dari membincangkan hukum Islam yang qath’ie haramnya, contohnya, pemerintah yang menerapkan hukum kufur seperti sekarang adalah jelas-jelas haram, kita takkan dengar ada mufti yang sanggup mengeluarkan fatwa tentangnya! Apa taknya, mufti adalah orang yang dilantik oleh kerajaan, maka sudah semestinyalah kerajaan akan mempergunakan mereka untuk kepentingan kerajaan, bukannya untuk kepentingan Islam!

Sepatutnya banyak hal lagi yang perlu dititikberatkan oleh golongan agamawan ini, jika mereka benar-benar ikhlas memperjuangkan kebenaran. Isu besar seperti tentang sistem pemerintahan negara, adakah pemerintah telah menerapkan sistem dari Allah sepenuhnya atau tidak, atau pemerintah mengambil sistem demokrasi dari kuffar untuk mengatur umat Islam, ini semua memerlukan penyelesaian segera. Demokrasi, sebuah sistem di mana undang-undangnya dibuat oleh manusia dengan undi majoriti, jelas-jelas bukan berasal dari Islam kerana ianya tidak pernah diamalkan oleh Rasulullah saw, Khulafa’ Rasyidin dan juga para salafusoleh sehinggalah keruntuhan Khilafah Uthmaniyyah. Demokrasilah yang melahirkan cara hidup yang menghinakan umat Islam di mana segala cara hidup dan budaya yang berasal dari Barat telah diikuti oleh umat Islam. Ia bukan sekadar sistem hidup kufur yang perlu dikebumikan dari kehidupan kaum Muslimin, malah perlu dinukil ke dalam lipatan sejarah ketamadunan manusia sebagai sistem yang paling jijik yang pernah ada.




1 ulasan:

  1. barang siapa yang mengikuti kebudayaan suatu kaum maka ia termasuk kedalam kaum itu
    _like this_

    BalasPadam

KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN..DIHARAPKAN KOMEN ANDA ADALAH KOMEN YANG MAMPU MENINGKATKAN KEKUATAN DAN SEMANGAT PENULIS UNTUK TERUS BERDAKWAH.JAZAKALLAH ATAS KESUDIAN KALIAN MENG'IMARAHKAN PERJUANGAN INI.SALAM UKHUWAH.sahabat_islam