KOLEKSI SAHABAT_ISLAM (KLIK SAHAJA)

DARI PENA SAHABAT_ISLAM


Salam Ukhuwah dari sahabat_Islam

Untuk Pengetahuan Semua tujuan blog ini diwujudkan adalah sekadar berkongsi sedikit ilmu,pengalaman dan idea kepada sahabat-sahabat sekalian.Mudah mudahan percambahan pemikiran dan luasnya pengalaman sahabat-sahabat sekalian dapat dikongsikan disini.
Apa yang diharapkan adalah blog ini mampu menjadi sebahagian daripada koleksi ilmiah yang mampu memberikan manfaat kepada sahabat-sahabat sekalian walaupun hanya sedikit.Apa yang ingin ditegaskan disini adalah sekiranya apa jua isi kandungan blog ini dilihat menyimpang dari 4 sumber syara' yang telah disepakati maka sahabat-sahabat sekalian wajiblah menolaknya.Andai ianya bertepatan dengan syara' maka manfaatkanlah.
Janganlah melihat kepada siapa yang berkata akan tetapi lihatlah kepada apa yang dikatakan olehnya.andai ianya benar menurut pandangan syara' maka benarlah juga menurut pandangan kita.Mudah mudahan islam menjadi perkara teras dalam kehidupan kita dan segala penyimpangan darinya mampu kita jauhi.Tiada apa yg terbaik melainkan mengikuti semua perintah Allah dan rasulnya tanpa mengurangi dan menambahnya walaupun sedikit.

wallahu a'lam..

ADIK DAN PALESTIN..

ADIK DAN PALESTIN..
Karya yang hebat..Semoga ianya menjadi peringatan kepada kita semua yang darah saudara kita bukan murah..Ya Allah semoga kaum muslimin sedar akan tanggungjawab mereka..

NUR AMANA..MUSNAH KERANA CINTA

NUR AMANA..MUSNAH KERANA CINTA
Sebuah Cerpen Hebat..Semoga Allah Memberikan yang terbaik kepada Penulisnya.. Seorang Gadis manis yang punya didikan agama musnah dek kerana sistem sekuler yang bermaharajalela..

CERPEN:"Serikandi Agama Mujahidah sejati"

CERPEN:"Serikandi Agama Mujahidah sejati"
Bingkisan Kecil Buat pengunjung Blog sahabat_islam.Semoga akan lahir mujahid dan mujahidah sejati daripada serikandi agama yang Kukuh Akidahnya,mantap ukhuwahnya dan Hebat perjuangannya

Selasa, September 23, 2008

ADIK DAN PALESTIN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Sahabat-sahabat sekalian..ada sesuatu yang inginku kongsikan dengan kalian..mudah mudahan terbit rasa tanggungjawab kalian terhadap saudara seagama kalian.
Aku jumpa bingkisan ini sewaktu aku membelek-belek folder cerpen yang aku ambil dari seorang sahabat..Sewaktu mula membacanya..tiada apa yg menarik pun..Rekaan semata-mata..tulisannya biasa sahaja.penceritaannya ringkas..Rekaan perkara yang realiti..entah siapa penulisnya aku pun kurang pasti.Namun apa yang pasti..aku menangis juga akhirnya menghabiskan sisa-sisa tulisan ini..eemmm...Subhanallah..
Ya Allah..Aku bermohon kepadamu agar kau jadikan hati-hati kami ini kukuh dalam agamamu..dan kau tetapkanlah hati kami dengan ketaatan kepdamu..



Buat sahabat-sahabatku..terimalah bingkisan ini.
Bacalah dan Hayati Setiap Baris Kata Cerita Dibawah.....


Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik
mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila
nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi.
Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri.
Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk,walid pun
pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu.
Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru.



Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui
denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu
Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik
khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga,lagak seperti
bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat
adik. Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik.
Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar
walid berbual tentang syahid, Jihad,Hamas dan lain-lain lagi. Nama negara
adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar.


Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar,tersergam indah.
Masjid kebanggaan umat islam kata walid,Namanya Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik,
Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah
salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad pun mengalami peristiwa
Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid.
Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik
duduk di penjuru masjid,kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid
solat raya. Adik berdiri betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid.
Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit
membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang
adik baca. Walid rukuk,adik rukuk. Walid sujud,adik sujud.


Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan
bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu
tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup
dalam-dalam udara pagi. Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai orang
bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang
senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi
tembakan. Walid dukung adik erat-erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik
takut. Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti.
Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur
tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik
terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama
walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir
kelopak mata adik. Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik
lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi
walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah
syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku.

"Waliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!"


Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak pandang kiri
dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik.
Adik sebut nama walid berkali-kali.


Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih
menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran
cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis.
Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang
peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid
keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah
dengan ummi.Adik tanya ummi, mana perginya walid. Umi Diam. Adik tanya lagi
sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi
pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid
pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk.

"Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air
mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum.


Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang
rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat
sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok.
Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik menguap berkali-kali.
Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak tahan adik
dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak
benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik
pegang dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik
masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang
tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi
montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya
bola seperti sangkaan adik. Adik diam, tak faham..kemudian berlari mendapatkan
ummi. Merajuk..

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak
ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak
mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menanggis, orang
lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap.
Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda
bulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menungu
di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk
abang,cium abang berkali-kali. Adik cuma memandang dengan mata
terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat
adik. Abang dukung adik,usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang.
"Abang nak pergi mana" tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi
berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.


Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik
mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam
perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak
lagi. Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil." terkial-kial adik menyebut
perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama
malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala.kata umi.. "Israel." Ummi membetulkan
sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa
kecil. Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kata
Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel
yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik
benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.


Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak
sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang
bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang
bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik
baling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang di kepala adik peristiwa
yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu.
Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga
kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju
mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang
untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan baik adik. Namanya
Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang
sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik
pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi
pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur.
Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula
berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti pagi tadi tapi adik masih
berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah
satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak
pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya
tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke
mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh.

"Ummi, kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut
dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik.
"Kita kena sabar sebab sabar itu cantik..Allah sayang orang yang sabar" ujar ummi perlahan.

"Cantik macam syurga ker ummi?" adik tanya lagi.
Ummi senyum. "Nabi Muhammad pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika
menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh
nabi. Nabi sabar,nabi tak cepat putus asa..Sebab tu Allah sayang nabi.." sambung ummi lagi. Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad. Adik pun nak Alah sayangkan adik..Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad.


Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang
Al-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik.
Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang serban itu tutup
mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca
Al-Quran.
"Bismillahirrahmanirrahim.."

Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah itu
dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik
hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik
baru umur empat tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam
Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata
Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran
hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran.

Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi
dilaung-laungkan dari luar.
"Syukur ya Huda, anakmu Yassin syahid"muncul Mak Cik Fatima di
depan rumah.
"Anakmu,anakmu..adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda.
Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh.
Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah syahid.. Semoga syurga
menanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar.


Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam
golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil..bukan..Israel
disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi
beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga
mempunyai anak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang
sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang
senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin
mereka menghilang.


Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang
dijanjikan. Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam
adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang
mungkir pada janji. Adik ingat lagi,pesan walid salah satu ciri org munafik ialah mungkir
apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan
adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi
ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya.
Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid,kemudian
abang dan akhirnya Jamal.


Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah
adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik
ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil
memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi
terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang
ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi
tidak putus-putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad..Ahad.Allahu Ahad.. Mata adik merah. Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi.
Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah
ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar
terpancar di wajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba-tiba.....


"Muhammad!!!!!!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik. Badan adik
berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa
sakit sangat. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik cuba untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik..Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit.


"Ummi..adik rasa mengantuk,adik nak tidur.Adik nak jadi mujahid,adik nak ikut
walid dan abang..Umi jangan nangis..adik nak umi bangga pada adik macam umi bangga pada abang.." terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga
ummi. Ummi angguk,berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada
jatuh bercucuran.Umi cium dahi adik..Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal
melambai-lambai ke arah adik.
@-Copyright Control-

5 ulasan:

  1. salam..
    sungguh menyentuh hati..smoga kita yg masih hidup ni dpt merasakn semangat perjuangan spt adik..mmg kita kat Msia ni xrasa tp cuba letakkan dri kta di tmpt adik..barulah kita akan rasa situasi yg sbnr..tp xmgapa, adik gugur sbg syahid..smoga kita jg diberi ksmpatan oleh Allah utk syahid di jalanNya..tp satu la, Msia sbg pgerusi OIC xkan xleh nk wat ape2..hntar tntera pgaman ke Palestin ke?..di mana t/jwb kita sbg saudara seagama?

    BalasPadam
  2. salam..
    sungguh menyentuh hati..smoga kita yg masih hidup ni dpt merasakn semangat perjuangan spt adik..mmg kita kat Msia ni xrasa tp cuba letakkan dri kta di tmpt adik..barulah kita akan rasa situasi yg sbnr..tp xmgapa, adik gugur sbg syahid..smoga kita jg diberi ksmpatan oleh Allah utk syahid di jalanNya..tp satu la, Msia sbg pgerusi OIC xkan xleh nk wat ape2..hntar tntera pgaman ke Palestin ke?..di mana t/jwb kita sbg saudara seagama?

    BalasPadam
  3. salam..
    shukran kepada Nurul syahadah..
    Mudah mudahan kita menjadi muslim yg sedar akan tanggungjawabnya terhadap saudara seagamanya.haram darah umat islam tumpah tanpa hak..ingtlah..umat islam adalah saudara kita..anak2 mereka adalah anak2 kita..sampai bilakah kita akan hidup dalam kepompong negara bangsa lukisan kuffar..lupakah kita bahawa kita umat yg satu..negara kita satu dan pemimpin kita adalah satu..semoga Allah membuka hati2 kaum muslimin agar sedar akan tanggungjawabnya..
    Ya Allah..menangkanlah umat ini dengan khilafah ya Allah..agar syariat dan kebajikan umat ini dapat dipenuhi..amin

    BalasPadam
  4. salamunalaik...
    Ya Allah..sungguh indah dan sngguh sy kagum dgan crita ini..btapa tabah adik mnghdapi sgalanya..mnerti ape itu jihad...subhanallah..moga kita juga sentiasa bdoa utk keamanan umat islam sedunia...Ya Allah selamatkanlah seluruh umat Islam..Lindungilah umat2 Islam..berikan kkuatan utk berjihad ke jalan mu Ya Allah..Demi mnegakkan agama Islam yg Syumul...Allahyubarikfik...Jazakumullah Khairan kathira...salam...

    BalasPadam
  5. salam..
    shukran buat ukhti nadame_yayang..Mudah mudahan kita diantara org yang mendapat peluang untuk berjihad insyaallah..Inilah gambaran sebenar apa yg berlaku kepada anak2 dan saudara seagama kita..betapa laknatnya yahudi membunuh dan menyiksa mereka..kita amat merindukan perisai yang mampu melindungi umat ini dari kekejaman puak kuffar..insyaallah biiznillah akan kembali satu hari nanti apa yg disebut rasul sebagai innamal imaamu junnah..
    imam sebagai perisai yg akan melindungi umat islam...insyaallah...

    BalasPadam

KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN..DIHARAPKAN KOMEN ANDA ADALAH KOMEN YANG MAMPU MENINGKATKAN KEKUATAN DAN SEMANGAT PENULIS UNTUK TERUS BERDAKWAH.JAZAKALLAH ATAS KESUDIAN KALIAN MENG'IMARAHKAN PERJUANGAN INI.SALAM UKHUWAH.sahabat_islam