KOLEKSI SAHABAT_ISLAM (KLIK SAHAJA)

DARI PENA SAHABAT_ISLAM


Salam Ukhuwah dari sahabat_Islam

Untuk Pengetahuan Semua tujuan blog ini diwujudkan adalah sekadar berkongsi sedikit ilmu,pengalaman dan idea kepada sahabat-sahabat sekalian.Mudah mudahan percambahan pemikiran dan luasnya pengalaman sahabat-sahabat sekalian dapat dikongsikan disini.
Apa yang diharapkan adalah blog ini mampu menjadi sebahagian daripada koleksi ilmiah yang mampu memberikan manfaat kepada sahabat-sahabat sekalian walaupun hanya sedikit.Apa yang ingin ditegaskan disini adalah sekiranya apa jua isi kandungan blog ini dilihat menyimpang dari 4 sumber syara' yang telah disepakati maka sahabat-sahabat sekalian wajiblah menolaknya.Andai ianya bertepatan dengan syara' maka manfaatkanlah.
Janganlah melihat kepada siapa yang berkata akan tetapi lihatlah kepada apa yang dikatakan olehnya.andai ianya benar menurut pandangan syara' maka benarlah juga menurut pandangan kita.Mudah mudahan islam menjadi perkara teras dalam kehidupan kita dan segala penyimpangan darinya mampu kita jauhi.Tiada apa yg terbaik melainkan mengikuti semua perintah Allah dan rasulnya tanpa mengurangi dan menambahnya walaupun sedikit.

wallahu a'lam..

ADIK DAN PALESTIN..

ADIK DAN PALESTIN..
Karya yang hebat..Semoga ianya menjadi peringatan kepada kita semua yang darah saudara kita bukan murah..Ya Allah semoga kaum muslimin sedar akan tanggungjawab mereka..

NUR AMANA..MUSNAH KERANA CINTA

NUR AMANA..MUSNAH KERANA CINTA
Sebuah Cerpen Hebat..Semoga Allah Memberikan yang terbaik kepada Penulisnya.. Seorang Gadis manis yang punya didikan agama musnah dek kerana sistem sekuler yang bermaharajalela..

CERPEN:"Serikandi Agama Mujahidah sejati"

CERPEN:"Serikandi Agama Mujahidah sejati"
Bingkisan Kecil Buat pengunjung Blog sahabat_islam.Semoga akan lahir mujahid dan mujahidah sejati daripada serikandi agama yang Kukuh Akidahnya,mantap ukhuwahnya dan Hebat perjuangannya

Khamis, Oktober 09, 2008

CINTA ISLAMI..HUKUM MENJADI DASARNYA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Dah hampir seminggu rasanya tak mencoret apa-apa disini untuk dikongsi dengan sahabat-sahabat sekalian.Ramai jugak yang merungut.Kemanala perginya tuan punya Blog ni..Sunyi sepi je..Apapun sahabat_islam mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang sudi mengimarahkan dakwah di alam siber ni dan juga atas semangat yang kalian berikan untuk sahabat_islam terus berkongsi idea,sedikit Ilmu yang ada dan jugak pengalaman disini.Semoga Allah membalas jasa baik kalian dengan ganjaran yang terbaik.Atas permintaan beberapa sahabat Insyaallah kali ni ada bingkisan terbaru untuk tatapan anda.Mudah mudahan ianya bermanfaat untuk kita semua.Terimalah Hadiah Kecil ini..Cinta Islami Dapat Merasai Hukum Allah.





Apabila menyebut soal cinta,Perkara pertama yang difikirkan seseorang adalah kepada lelaki dan wanita yang sedang dilamun cinta.Bahkan kebanyakan orang menyempitkan pemikiran mereka dengan bertanggapan negatif terhadap cinta. Kononnya cinta membawa kepada gejala dosa dan maksiat.Yang tergambar didalam pemikiran mereka adalah budaya Couple yang menjurus kearah maksiat.Bermula dari cinta Monyet di alam persekolahan sehinggalah Cinta remaja yang berakhir tanpa ikatan perkahwinan..Inilah tanggapan sesetengah orang terhadap Cinta..Adakah tanggapan itu benar?

Bagi mereka yang inginkan Cinta yang suci Timbul pulak beberapa persoalan berkaitan cinta yang islami.Antaranya adakah islam membenarkan umatnya bercinta?Bagaimana percintaan didalam islam.Salahkah didalam islam andai sebelum berkahwin kita jatuh cinta..?
Persoalan-persoalan inilah yang selalu ditimbulkan.Insyaallah dengan sedikit Ilmu yang ada melalui pembacaan dan pengalaman.Sahabat_islam akan cuba rungkaikan satu persatu..

Realitinya,Ramai orang yang bercinta dikalangan lelaki dan wanita tidak menghasilkan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat walaupun keikhlasan menjadi akar percintaan mereka. Hanya sedikit sahaja orang yang bercinta membawa kepada kebahagiaan yang hakiki. Jurang kedua-dua ini menunjukkan bahawa cinta itu suci tetapi dicemari oleh keimanan yang lemah.

Cinta seharusnya tidak disempitkan skopnya. Bahkan tiada salahnya percintaan diantara lelaki dengan wanita.Dan sememangnya telah menjadi Fitrah yang telah diqadarkan didalam diri seorang lelaki untuk menyintai seorang wanita dan begitu jugaklah sebaliknya.Islam mensyariatkan perkahwinan juga adalah untuk menghalalkan percintaan dan perhubungan antara lelaki dan wanita.Bukankah terdapat sebuah hadith yang menyebut bahawa tujuh golongan yang dilindungan arasy yang salah satunya ialah pasangan yang bercinta, bertemu dan berpisah kerana Allah?

Sebenarnya cinta seseorang sama ada terhadap wanita, keluarga, harta, mahupun negara ada kaitannya dengan Allah dan Rasulullah s.a.w. Walau apapun bentuk cinta seseorang, mestilah kerana Allah dan rasul-Nya. Cintanya kerana kehendak Allah dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Meskipun seseorang lelaki bercinta dengan wanita, dia tetap menghormati larangan Allah lalu dia tidak berdua-duaan. Dia memuliakan wanita tersebut kerana Rasulullah s.a.w. memuliakan wanita lalu tidak mahu merosakkan maruahnya. Mereka menyedari hukuman Allah. Inilah cinta sejati yang dituntut oleh islam.Meletakkan cintanya diatas landasan yang betul.

Tetapi semua itu tidak berlaku pada zaman ini, mereka bercinta bukan kerana Allah dan Rasulullah s.a.w. tetapi kerana nafsu dan syaitan.Cinta mereka tidak didasari dengan agama.Cinta mereka menggelapkan mata dan hati mereka untuk melihat hukum hukum Allah. Oleh sebab itulah pada saat kemuncak percintaan mereka akan berlaku perkara yang tidak diingini.Si lelaki inginkan si gadis membuktikan keikhlasan percintaan mereka dengan menyerahkan tubuhnya dan si gadis menyerahkan tubuhnya kerana ingin si lelaki tahu bahawa dia benar-benar ikhlas dalam percintaan.Inilah Percintaan yang rosak pada hari ini.


Hakikatnya mereka bukan bercinta tetapi berniat jahat menzalimi diri sendiri dan menganiaya orang lain. Cinta yang dilafazkan mempunyai kepentingan peribadi. Sedangkan wanita itu tertipu kerana kejujuran cintanya. Tetapi cintanya itu tidak kerana Allah dan rasul-Nya.

Oleh hal yang demikian, umat Islam perlu akur dengan perintah Allah ini kerana sesuatu yang disuruh ada faedahnya. Sebaliknya sesuatu yang dilarang ada manfaatnya kepada mereka. Jika manusia mengikutnya, pasti mereka beroleh ke selamatan dan kebahagiaan.
Begitu juga halnya kalau kita mencintai harta dan segala milik kita di dunia ini, sewajarnya dipelihara sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah dan yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Dalam hal ini Allah memerintahkan manusia membayar zakat. Oleh sebab itu, walaupun terlalu cinta pada harta, mereka tetap kena mengeluarkan zakat dan membantu orang yang susah.

Kalau umat Islam dan manusia sejagat dapat meletakkan cinta pada tahap yang disebut di atas, pasti mereka akan taat kepada Allah pada semua perintah Allah. Dalam masa yang sama mereka tidak akan melakukan dosa dan maksiat sama ada sewaktu berada di tempat gelap, apatah lagi jika berada di khalayak ramai.Islam tidak menyekat umatnya untuk bercinta..akan tetapi dasarilah cinta itu dengan cinta kepada Allah dan rasulnya.Andai kita cinta kepada Allah dan rasulnya kita akan kenal hukum yang diberati keatas kita.maka cintalah kepada apa sahaja pun insyaallah kita tidak akan tergelincir.

Orang yang meletakkan cinta di tahap itu bererti mereka benar-benar cinta kepada Allah dan rasul-Nya. Hakikat inilah yang perlu difahami oleh umat Islam dan manusia seluruhnya.Inilah cinta sebenar yang membentuk kita supaya tahu bagaimana membezakan diantara ikhlas dan benarnya cinta kita mengikut syara' dan diantara ikhlas tetapi jalan menujunya tidak benar.

Dalam hal ini jika seseorang itu bercinta tetapi tidak merasai kewujudan Allah lalu membelakangkan hukum Allah, mereka bukanlah orang yang beriman. Inilah barangkali yang dikatakan "cinta itu buta", mereka tidak dapat melihat pencipta alam walaupun dia mengagumi alam itu.

Kesimpulannya..Cinta adalah fitrah yang telah diqadarkan oleh Allah kepada setiap manusia.Walau kepada siapa dan apa yang kita cintai janganlah kita dahulukan ianya dari cinta kita kepada Allah.Cinta kepada Allah dan rasulnya bukanlah bererti kita perlu meninggalkan cinta kepada makhluk.inilah yang harus difahami.Islam tidak menghalang umatnya untuk bercinta.Cukuplah jika kita fahami jalannya menujunya.Cinta yang suci adalah cinta yang didasari cinta kepada Allah dan Rasulnya.Berilah apa sahaja persoalan kepada kita tentang cinta..Insyaallah kita tahu jawapannya.
Kepada sahabat-sahabat yang telah pergi terlalu jauh dalam percintaan yang tidak didasari dengan cinta kepada pencipta..masih punya masa untuk anda!

@-Copyright Control-

6 ulasan:

  1. salam ukhwah..
    percintaan sejati mampu membawa ke syurga hakiki..namun, godaan syaitan telah melenyapkan semua ini, namun perlu diingat bhwa Allah memang menjadikan dunia ini sbg medan ujian bt manusia..barangsiapa yg berpegang pd hukum Allah, dialah yg akan berjaya di sana..smoga akhirat menjadi milik kita semua muslimin & muslimat..

    BalasPadam
  2. salam..shukran atas komen yang baik..mudah mudahan kita dipelihara Allah dari sebarang bentuk kemaksiatan kepadanya.dan Mudah mudahan kita mampu mendapat cinta yang didasari cinta kepada Allah dan rasulnya..amin

    BalasPadam
  3. salam..tahniah..hebat n gemilang..moga istiqomah dlm perjuangan...boleh improve lagi ker pringkat international...
    saya masih lagi pringkat blajar membuat blogg..d harap boleh mendapat ilmu dr. sahabat_islam..terima kasih..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum...
    Terima kasih Buat Mencari Cinta Ilahi..
    Insyaallah dgn sedikit kekauatan yang ada sahabat_islam akan cuba sedaya upaya memperbaiki setiap kelemahan dan memperbaikinya.
    Doa sahabat_islam semoga anda juga mampu menjadi pendakwah yg hebat..kalau sudi berila add blog anda insyaallah sahabat_islam akan ziarah..
    wslm

    BalasPadam
  5. Salam ukhwah, ayoh semarakkan dkwh online kita utk mnyebarkan fiqrah Khilafah dgn lebih gencar. Jom sertai KESATUAN SISWA INTELEKS.
    Allahu Akbar!

    BalasPadam

KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN..DIHARAPKAN KOMEN ANDA ADALAH KOMEN YANG MAMPU MENINGKATKAN KEKUATAN DAN SEMANGAT PENULIS UNTUK TERUS BERDAKWAH.JAZAKALLAH ATAS KESUDIAN KALIAN MENG'IMARAHKAN PERJUANGAN INI.SALAM UKHUWAH.sahabat_islam