KOLEKSI SAHABAT_ISLAM (KLIK SAHAJA)

DARI PENA SAHABAT_ISLAM


Salam Ukhuwah dari sahabat_Islam

Untuk Pengetahuan Semua tujuan blog ini diwujudkan adalah sekadar berkongsi sedikit ilmu,pengalaman dan idea kepada sahabat-sahabat sekalian.Mudah mudahan percambahan pemikiran dan luasnya pengalaman sahabat-sahabat sekalian dapat dikongsikan disini.
Apa yang diharapkan adalah blog ini mampu menjadi sebahagian daripada koleksi ilmiah yang mampu memberikan manfaat kepada sahabat-sahabat sekalian walaupun hanya sedikit.Apa yang ingin ditegaskan disini adalah sekiranya apa jua isi kandungan blog ini dilihat menyimpang dari 4 sumber syara' yang telah disepakati maka sahabat-sahabat sekalian wajiblah menolaknya.Andai ianya bertepatan dengan syara' maka manfaatkanlah.
Janganlah melihat kepada siapa yang berkata akan tetapi lihatlah kepada apa yang dikatakan olehnya.andai ianya benar menurut pandangan syara' maka benarlah juga menurut pandangan kita.Mudah mudahan islam menjadi perkara teras dalam kehidupan kita dan segala penyimpangan darinya mampu kita jauhi.Tiada apa yg terbaik melainkan mengikuti semua perintah Allah dan rasulnya tanpa mengurangi dan menambahnya walaupun sedikit.

wallahu a'lam..

ADIK DAN PALESTIN..

ADIK DAN PALESTIN..
Karya yang hebat..Semoga ianya menjadi peringatan kepada kita semua yang darah saudara kita bukan murah..Ya Allah semoga kaum muslimin sedar akan tanggungjawab mereka..

NUR AMANA..MUSNAH KERANA CINTA

NUR AMANA..MUSNAH KERANA CINTA
Sebuah Cerpen Hebat..Semoga Allah Memberikan yang terbaik kepada Penulisnya.. Seorang Gadis manis yang punya didikan agama musnah dek kerana sistem sekuler yang bermaharajalela..

CERPEN:"Serikandi Agama Mujahidah sejati"

CERPEN:"Serikandi Agama Mujahidah sejati"
Bingkisan Kecil Buat pengunjung Blog sahabat_islam.Semoga akan lahir mujahid dan mujahidah sejati daripada serikandi agama yang Kukuh Akidahnya,mantap ukhuwahnya dan Hebat perjuangannya

Rabu, Ogos 20, 2008

HUKUM ISLAM TERUS DIHINA






Kes Siti Fatimah Tan berulang di Kuantan!



Rabu, 20 Ogos 2008 23:22
Kuantan 18 Ogos - Sekali lagi umat Islam telah dipertontonkan dengan penghinaan oleh Mahkamah Syariah Tinggi sendiri terhadap hukum-hakam Islam, apabila Hakim Datuk A Rahman Yunus membenarkan permohonan murtad, seorang yang telah 14 tahun memeluk Islam. Nampaknya hujah yang digunakan sama dengan teknik yang diinovasi dari peguam Ahmad Jailani dalam kes Siti Fatimah Tan Abdullah di Pulau Pinang, iaitu kononnya si kafir ini tidak pernah masuk Islam. Akhirnya ia disahkan murtad mengikut jejak langkah seperti yang dilakukan sama persis dalam kes Fatimah Tan Abdullah. Semasa kes Siti Fatimah diputuskan, ramai Muslim telah membayangkan bahawa kes yang sama akan berlaku, dan ternyata kini, kes sebegini telah benar-benar berulang. Dan ia nampaknya akan terus berulang selama mana Mahkamah Syariah menjadikan udang-undang ciptaan manusia sebagai sumber penghakiman.



Berita Harian yang memetik dari sumber Bernama, dengan tajuk Mahkamah benar kontraktor keluar Islam. Mengikut laporan tersebut, Hakim Rahman yang membenarkan permohonan seorang mualaf untuk mengisytiharkan bersetuju bahawa dia bukan lagi seorang Islam kerana tidak mengamalkan ajaran itu sejak memeluk agama itu, 14 tahun lalu. Hakim ketika membacakan keputusan mahkamah itu berkata bahawa selepas mendengar keterangan empat saksi dalam perbicaraan yang dijalankan sebelum ini, mahkamah mendapati Jeffrey Or Abdullah, atau Or Boon Hua, 36, jelas keluar daripada Islam.

“Mengikut keterangan saksi, pemohon (Jeffrey) tidak mengamalkan ajaran Islam sejak mula lagi dan mahkamah memutuskan bahawa pemohon bukan lagi seorang Islam,” katanya ketika membacakan keputusan penghakimannya.

A Rahman berkata mengikut keterangan saksi, Jeffrey turut melakukan ibadat di tokong, memasang colok di rumah serta makan makanan yang haram di sisi Islam.

“Jeffrey juga pernah menyatakan kepada saksi bahawa dia tidak pernah percaya dengan agama Islam dan kekal mengamalkan cara hidup seperti sebelum memeluk Islam,” katanya. Hakim turut memerintahkan supaya Majlis Agama Islam Pahang membatalkan sijil pendaftaran memeluk Islam Jeffrey.

Rahman berkata Jeffrey hendaklah menukarkan status agama di kad pengenalannya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana mahkamah itu tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.
Menurut pernyataan tuntutannya, Jeffrey berkata dia memeluk Islam sekadar mencukupkan syarat bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang wanita Islam tempatan.
Hakim syari’e perlu sedar bahawa adalah haram bagi mereka untuk berhukum dengan hukum yang dibuat oleh manusia. Mereka wajib menjadi hakim yang memutuskan sebagaimana Rasulullah memutuskan (berdasarkan hukum wahyu). Mereka perlu bertaubat dari dosa-dosa mereka dan mereka perlu bangkit untuk merubah hukum kufur sekular yang ada pada hari ini dan menggantikannya dengan hukum Allah. Kita tidak mahu lagi hidup di dalam sistem sekular yang hanya menjadikan seseorang itu ‘Muslim’ hanya berdasarkan sekeping sijil, kemudian jika dia ingin keluar dari Islam, maka boleh dibenarkan dan sijil tersebut dibatalkan. Ramai di kalangan umat Islam yang mendakwa bahawa kita tidak ada pilihan lain kecuali mengikut sahaja undang-undang yang sedia ada. Kita manfaatkan undang-undang kufur yang sedia ada untuk kebaikan Islam, hujah mereka. Hujah ini bukan sahaja keliru, malah bercanggah dengan Islam. Yang benarnya ialah kita dilarang (haram) untuk berhukum dengan hukum kufur dan kita wajib berjuang untuk menggantikannya dengan hukum Islam. Kita tidak dituntut untuk memanfaatkan sistem kufur, tetapi kita dituntut untuk menukarnya kepada sistem Islam.Suatu yang haram itu haram untuk dimanfaatkan dan wajib diganti dengan yang halal, bahkan ‘jalan’ yang menuju kepada yang haram pun adalah haram (al-wasilatul ilal haram, haram). Kaedah syarak juga menyebut bahawa ridha bil kufr, al-kufr (redha dengan kekufuran itu adalah satu kekufuran). Hakim syari’e yang mengendalikan kes ini nampaknya gagal memahami bahawa murtad itu adalah satu kesalahan di bawah hudud, sepertimana mencuri atau berzina. Jika beliau faham dan meletakkan bahawa murtad adalah satu kesalahan/keharaman, maka tentunya beliau tidak akan membuat permohonan yang menjadi wasilah (jalan) menuju keharaman. Di dalam Islam ‘kesalahan’ itu adalah sesuatu yang wajib dihukum, bukan dipohon. Contohnya, jika seseorang mengaku telah berzina di hadapan hakim, apakah hakim itu dibolehkan untuk mengisytiharkan/mengesahkan bahawa sianu telah berzina atau sianu adalah seorang penzina? Begitu juga jika seseorang itu telah mengaku mencuri, apakah hakim dibolehkan hanya membuat pengisytiharan/pengesahan mahkamah bahawa, ya benar sianu telah mencuri dan sianu sekarang adalah seorang pencuri? Apakah hakim itu pula, setelah mendengar pengakuan salah dan bukti-bukti, dibolehkan mengeluarkan ‘pengesahan’ bahawa, ya benar sifulan bin sifulan telah murtad dan sekarang dia adalah seorang kafir, tanpa menghukum orang itu?

Alangkah malunya untuk kita menggelar seserang hakim mahkamah syariah itu sebagai hakim syar’ie, kerana ternyata penghakimannya langsung tidak syar’ie.

@-Copyright Control-

3 ulasan:

  1. salam..
    kes ini pernah diterbitkan dalam harakah tp sudah lupa keluaran bile?
    peguam yg mwakili siti fatimah ni telah memberi penjelasan knapa die berbuat dmkian..
    utk keterangan lbh lanjut, refer pd keluaran harakah..smoga kita tidak ditimpakan sesuatu yg tidak baik krn tindakan kita menghukum org lain tnpa mendgr penjelasannya terlebih dahulu..wallahualam..

    BalasPadam
  2. salam..
    terima kasih atas komen saudari nurul syahadah.Diruangan serba ringkas ini ingin saya jelaskan sedikit tentang kes fatimah tan yang menjadi rujukan kes mahkamah syariah keatas jeffry or Abdullah ini.

    Menjawab Beberapa Persoalan Dan Kekeliruan

    Persoalan Pertama: Berdasarkan satu wawancara yang disiarkan di Internet [http://youtube.com/watch?v=echaEOz0OrU], (Boleh rujuk)
    Ahmad Jailani mengakui yang memohon murtad adalah haram di dalam Islam dan beliau tidak akan bersetuju dengan perkara ini. Beliau juga yakin bahawa hukuman bagi si murtad adalah bunuh dan beliau tidak akan menyokong jika permohonan adalah untuk murtad. Tetapi di dalam kes ini, ia adalah permohonan ‘untuk menentukan status agama’, sebab itulah beliau sanggup mengambilnya.



    Sekali dengar, ada logiknya dengan hujah yang dikemukakan, namun umum mengetahui bahawa peguam memang pandai bermain kata-kata. Kita akan dapat tahu apakah permohonan sebenar di dalam kes ini jika kita dapat melihat Pernyataan Tuntutan (Statement of Claim) yang difailkan oleh Ahmad Jailani, namun berdasarkan laporan media, memang salah satu dari permohonan itu adalah untuk mengisytiharkan bahawa si plaintif (Siti Fatimah) telah keluar dari Islam (murtad). Jika benar sekalipun sebagaimana didakwa Jailani, persoalannya adalah, apakah bezanya antara “permohonan mengisytiharkan diri sebagai bukan Islam” dengan “permohonan untuk keluar dari Islam”? Bukankah itu hanya ‘mainan’ kata-kata/istilah perundangan yang sememangnya bersifat terpusing-pusing? Pokoknya, permohonan itu dibuat oleh Ahmad Jailani SETELAH terdapat bukti bahawa Siti Fatimah telah memeluk Islam dan kini memohon untuk keluar dari Islam (memohon murtad). Jadi, hakikatnya di sini adalah “permohonan untuk mengisytiharkan agama Siti Fatimah (Buddha)” adalah permohonan untuk mensahkan bahawa Siti Fatimah telah murtad. Jadi, ia sebenarnya tidak ada bezanya.

    Persoalan Kedua: Ahmad Jailani menegaskan bahawa Siti Fatimah bukanlah seorang Islam walaupun dia telah mengucap syahadah. Ini kerana syahadah yang diucap itu hanyalah untuk memenuhi syarat bagi membolehkan dia berkahwin dengan seorang Muslim. Inilah pendapat dan hujah peguam yang mewakili si murtad ini. Dengan hujah ini jugalah beliau berani menyatakan bahawa ‘ini bukan permohonan murtad’ kerana Siti Fatimah tidak pernah pun masuk Islam. Peguam ini juga menyatakan bahawa keIslaman seseorang itu perlu disertai niat dan semasa mengucapkan syahadah, jelas bahawa Siti Fatimah tidak memahami kalimah ini, jadi dia bukanlah seorang Islam. Jailani tidak menolak kemungkinan yang Siti Fatimah berbohong bahawa dia tidak memahami kalimah syahadah yang dia ucapkan. Yang peliknya, Jailani dalam masa yang sama, menyatakan bahawa Siti Fatimah faham bahawa ‘kesan’ dari syahdatain adalah dia akan menjadi seorang Islam. Jadi, persoalan hukum syarak yang perlu diselesaikan di sini adalah, apakah seseorang itu telah beragama Islam setelah mengucap syahadatain?

    Untuk menjawab persoalan dan kekeliruan ini marilah kita merujuk kepada dua pusaka agung yang ditinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Terdapat beberapa riwayat yang jelas yang menerangkan kepada kita tentang ‘status keIslaman’ seseorang, setelah dia mengucap syahadah. Ibnu Katsir di dalam menafsirkan Surah al-Nisa’ (4) ayat 92-94 menjelaskan dengan panjang lebar tentang asbabunuzul dan makna ayat-ayat tersebut. Menurut Imam Ibn Katsir, dari Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam, ayat 92-93 dari surat al-Nisa ini diturunkan mengenai Abu Darda’, salah seorang sahabat nabi yang telah membunuh seorang lelaki kafir yang mengucap syahadah di saat Abu Darda’ mengangkat pedang (untuk membunuhnya). Abu Darda’ tidak menghiraukan syahadah lelaki itu lalu dibunuhnya juga. Dan apabila dia menceritakan kepada Rasulullah akan apa yang telah berlaku (dengan tambahan keterangan) bahawa lelaki itu mengucap sekadar untuk menghindari dirinya dari dibunuh, lalu Rasulullah bersabda “Hal syaqaqta ala qalbihi?” (“apakah kamu telah membedah hatinya?”) [Tafsir Ibnu Katsir].

    Dari Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah mengutus Khalid Al-Walid kepada suku Bani Khuzaimah mengajak mereka masuk Islam. Mereka tidak menyatakan dengan tegas “aslamna” (“kami telah masuk Islam”) tetapi hanya menyatakan “saba’na saba’na” (“kami telah bertukar agama”). Oleh Khalid Al-Walid, dibunuhnya suku tersebut. Apabila sampai berita pembunuhan itu kepada Rasulullah, baginda bersabda seraya mengangkat kedua tangannya, “Allahumma inni abra’a ilaika mimma sana’a Khalid” (“Ya Allah aku berlepas diri kepada Engkau darip apa yang dilakukan oleh Khalid”). Kemudian Rasulullah mengutus Ali bin Abu Talib untuk membayar diyat kepada keluarga yang dibunuh oleh Khalid itu [HR Bukhari]. Imam Ibnu Katsir juga mengutip Riwayat Ahmad, Bukhari dan Bazzar, tentang Miqdad bin Aswad yang diutus dalam sebuah sariyah (peperangan yang tidak diikuti Rasul), lalu beliau membunuh seorang penggembala kambing yang mengucapkan syahadah. Setelah dipanggil ke hadapan Rasulullah, baginda bersabda, “Wahai Miqdad, apakah engkau membunuh seseorang yang mengucapkan syahadah, apakah jawapan engkau besok tentang La ilaha illallah itu?” [sila baca riwayat penuh dalam Tafsir Ibn Kathir 4:94].

    Demikianlah beberapa riwayat yang sahih tentang status seorang yang mengucapkan syahadah yang mana mereka sesungguhnya dikira telah masuk Islam, walau untuk tujuan apa sekalipun syahadah tersebut diucapkan, sama ada untuk menyelamatkan diri dari dibunuh dalam medan perang atau untuk mengelakkan harta dari menjadi ghanimah (rampasan perang). Jadi faktor ‘niat’ bukanlah menjadi syarat sah atau tidak keIslaman seseorang itu, walaupun faktor niat memang boleh mensahkan ibadah seseorang, namun berdasarkan riwayat di atas, ia tidak terpakai di dalam kes ‘masuk Islam’. Satu perkara yang pasti yang tidak diperselisihkan di sini adalah, Siti Fatimah sememangnya telah mengucap dua kalimah syahadah, beliau sendiri mengakuinya, juga terdapat saksi dan terdapat bukti bertulis (Sijil Memeluk Islam). Siti Fatimah memang mengakui bahawa dia telah memeluk Islam untuk berkahwin. Di dalam pernyataan tuntutannya ke mahkamah (yang biasanya disediakan oleh peguam), ada menyebut dengan jelas bahawa “sepanjang memeluk Islam, beliau tidak pernah mengamalkan ajaran Islam...” yang bermaksud, beliau (dan peguam beliau) mengakui bahawa beliau (Siti Fatimah) telah ‘memeluk Islam’. Agak pelik kenapa keIslaman Siti Fatimah dipertikaikan sendiri oleh peguam yang menyediakan pernyataan tuntutan tersebut! Apa yang jelas dari segi hukum syarak adalah bahawa ternyata Tan Ean Huang telah memeluk Islam dan adalah seorang Islam (sebelum murtad). Tidak kira apa niat atau tujuan dia memeluk Islam, yang pastinya apabila dia telah mengucap syahadatain, maka dia telah menjadi seorang Muslim. Inilah ketentuan syarak ke atas orang yang mengucap kalimah suci ini.

    Persoalan Ketiga: Antara isu yang menjadi tulang belakang dalam kes ini adalah ‘perbuatan’ Siti Fatimah setelah dia mengucap syahadah. Menurut wawancara dengan Ahmad Jailani, Hakim bersetuju dengan hujah beliau bahawa semasa mengucap dua kalimah syahadah itu, plaintif (Siti Fatimah) sebenarnya tidak masuk Islam. Ini kerana berdasarkan zahir fakta tidak ada satu pun bukti yang menunjukkan dia mengamalkan (ajaran) Islam. Setelah mengucap syahadah, Siti Fatimah tidak pernah mengamalkan ajaran Islam, malah langsung tidak berubah dan tetap menyembah berhala, memakan babi dan meminum arak. Satu kemungkinan yang wujud di sini adalah Tan Ean Huang ini berbohong kepada peguamnya dan juga kepada mahkamah tentang ‘perbuatannya’. Untuk menang kes, kita tahu bahawa orang Islam pun sanggup berbohong, apatah lagi orang kafir/murtad. Namun, jika dia tidak berbohong sekalipun, isu yang kita perlu putuskan di sini ialah berhubung soal ‘akidahnya’ yang baru memeluk Islam. ‘Tidak mengamalkan ajaran Islam’ tidaklah menjadikan seseorang itu kafir, seperti memakan babi atau meminum arak. Begitu juga jika seseorang itu berzina, mencium perempuan ajnabi, membunuh orang tanpa hak, mencuri, menerapkan hukum sekular dan sebagainya tidak menjadikan seseorang itu kafir. Akidahnya tidak gugur dengan hanya melakukan perbuatan tersebut. Ia hanya menjadikan seseorang itu berdosa kerana telah melakukan keharaman. Berbeza halnya dengan seorang Muslim yang ‘meyakini’ (dari segi akidah) bahawa berzina adalah halal, minum arak adalah halal atau menerapkan hukum kufur/sekular adalah halal. Di sini akidahnya boleh gugur.

    Adapun perbuatan Siti Fatimah yang dikatakan balik ke rumah dan menyembah berhala, maka perbuatan ini sahajalah yang perlu dibawa untuk membuktikan yang dia telah kembali ke agama asal (murtad). Apabila dia telah mengakui dengan jelas bahawa dia telah menyembah berhala Buddha, maka tidak diragukan lagi bahawa dia sekarang telah murtad (keluar dari Islam). Ini kerana dia merupakan seorang yang telah pun bersyahadah sebelumnya. Jadi, dengan kata lain, permohonan sebenarnya adalah agar mahkamah ‘mengesahkan’ bahawa beliau telah keluar dari Islam. Pokok persoalan di sini bukan lagi untuk ‘menentukan status agama’ kerana berdasarkan keterangannya sendiri, kita sudah tahu bahawa dia telah kembali kepada agama Buddha (telah murtad). Jadi, tugas mahkamah dalam kes ini sebenarnya bukanlah untuk ‘mengesahkan’ atau memberi pengiktirafan bahawa dia bukan lagi seorang Islam. Di dalam Islam, fungsi mahkamah di dalam kes ini adalah untuk mengarahkan agar si murtad bertaubat dan jika enggan (setelah diberi tempoh waktu tertentu), maka tugas hakim sekarang adalah menjatuhkan hukum Allah ke atasnya berdasarkan sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam “Barangsiapa yang menukar agamanya, hendaklah kamu bunuh akan dia” [Hadis Riwayat Jemaah ahli hadis, kecuali Muslim]. [Untuk kefahaman lanjut tentang hukum murtad dan tugas mahkamah dalam Islam, sila rujuk SN078: 250,000 Murtad – Masihkah Kita Ingin Berdiam Diri dan juga SN125: Sijil Mati Untuk Lina Joy].

    Keputusan mahkamah yang hanya ‘mensahkan’ agama si murtad, memerintahkan MAIPP agar membatalkan Sijil Memeluk Islam dan meminta si murtad pergi sendiri memadamkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya adalah bertentangan langsung dengan hadis Rasulullah. Ini hanyalah keputusan berdasarkan hukum rekaan manusia di Pulau Pinang yang diputuskan menurut Enakmen Aturcara Mal 2004, bukannya keputusan yang disandarkan kepada ketetapan dari Allah dan Rasul di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Jadi, bagaimana mungkin ada orang Islam yang boleh memuji dan menilainya sebagai ‘tepat’? Apakah parameter yang digunakan untuk membuat penilaian sebegini, akal atau wahyu? Yang turut menyedihkan kita ialah ‘perangai’ pihak MAIPP hanya datang sekali sahaja ke mahkamah sepanjang perbicaraan. MAIPP ditegur keras oleh mahkamah kerana tidak mengambil berat dalam membimbing saudara-saudara baru kepada Islam. Teguran oleh hakim Othman Ibrahim itu ada asasnya dan inilah yang kita mahukan, kerana teguran itu didasarkan kepada Islam. MAIPP sepatutnya menjalankan amanah yang diserahkan kepada mereka dengan baik, namun yang berlaku adalah sebaliknya. Di samping ‘memberi teguran’ yang baik, kita juga mengharapkan agar hakim syari’e di seluruh Malaysia dapat menerima teguran yang baik. Hakim syari’e perlu sedar bahawa mereka memutuskan hukum bukan berdasarkan apa yang Allah turunkan dan mereka perlu insaf bahawa mereka memutuskan hukum bukan berdasarkan apa yang Rasulullah perintahkan.

    Hakim syari’e perlu sedar bahawa adalah haram bagi mereka untuk berhukum dengan hukum yang dibuat oleh manusia. Mereka wajib menjadi hakim yang memutuskan sebagaimana Rasulullah memutuskan (berdasarkan hukum wahyu). Mereka perlu bertaubat dari dosa-dosa mereka dan mereka perlu bangkit untuk merubah hukum kufur sekular yang ada pada hari ini dan menggantikannya dengan hukum Allah. Kita tidak mahu lagi hidup di dalam sistem sekular yang hanya menjadikan seseorang itu ‘Muslim’ hanya berdasarkan sekeping sijil, kemudian jika dia ingin keluar dari Islam, maka boleh dibenarkan dan sijil tersebut dibatalkan. Ramai di kalangan umat Islam yang mendakwa bahawa kita tidak ada pilihan lain kecuali mengikut sahaja undang-undang yang sedia ada. Kita manfaatkan undang-undang kufur yang sedia ada untuk kebaikan Islam, hujah mereka. Hujah ini bukan sahaja keliru, malah bercanggah dengan Islam. Yang benarnya ialah kita dilarang (haram) untuk berhukum dengan hukum kufur dan kita wajib berjuang untuk menggantikannya dengan hukum Islam. Kita tidak dituntut untuk memanfaatkan sistem kufur, tetapi kita dituntut untuk menukarnya kepada sistem Islam.

    Suatu yang haram itu haram untuk dimanfaatkan dan wajib diganti dengan yang halal, bahkan ‘jalan’ yang menuju kepada yang haram pun adalah haram (al-wasilatul ilal haram, haram). Kaedah syarak juga menyebut bahawa ridha bil kufr, al-kufr (redha dengan kekufuran itu adalah satu kekufuran). Peguam syari’e yang mengendalikan kes ini nampaknya gagal memahami bahawa murtad itu adalah satu kesalahan di bawah hudud, sepertimana mencuri atau berzina. Jika beliau faham dan meletakkan bahawa murtad adalah satu kesalahan/keharaman, maka tentunya beliau tidak akan membuat permohonan yang menjadi wasilah (jalan) menuju keharaman. Di dalam Islam ‘kesalahan’ itu adalah sesuatu yang wajib dihukum, bukan dipohon. Contohnya, jika seseorang mengaku telah berzina di hadapan peguam, apakah peguam itu dibolehkan mewakili penzina tersebut di mahkamah untuk mendapatkan pengisytiharan/pengesahan mahkamah bahawa dia telah berzina atau dia adalah seorang penzina? Begitu juga jika seseorang itu telah mengaku mencuri, apakah peguam dibolehkan mewakili pencuri tadi untuk mendapatkan pengisytiharan/pengesahan mahkamah bahawa, ya benar dia telah mencuri dan dia sekarang adalah seorang pencuri? Apakah hakim itu pula, setelah mendengar pengakuan salah dan bukti-bukti, dibolehkan mengeluarkan ‘pengesahan’ bahawa, ya benar sifulan bin sifulan adalah seorang pencuri, penzina atau pemurtad?

    Inilah yang gagal difahami oleh peguam dan juga hakim yang mengendalikan kes ini, bahawa, baik berzina atau mencuri, apatah lagi murtad, semua itu adalah ‘kesalahan’ yang wajib dihukum di mahkamah, bukannya untuk ‘dipohon’ atau ‘disahkan’. Fungsi mahkamah bukannya untuk ‘mensahkan’ kesalahan, tetapi untuk ‘menghukum’ kesalahan. Cara untuk memartabatkan Islam bukannya dengan ‘berjaya’ mengheret orang kafir ke Mahkamah Syariah (sebagaimana yang dibanggakan peguam dalam kes ini), tetapi adalah dengan cara berhukum dengan hukum Islam. Kita perlu sedar di sini bahawa mahkamah syariah yang ada bukanlah mahkamah Islam dan bukanlah mahkamah yang berhukum dengan hukum Islam. Kewujudan dan bidang kuasanya itu sendiri adalah ditentukan sepenuhnya oleh hukum sekular buatan manusia. Berjaya membawa seorang kafir ke mahkamah syariah yang memutuskan hukum bukan dengan Kitabullah dan Sunnah RasulNya bukanlah satu kejayaan di dalam memartabatkan Islam, malah ia menjadi jalan menuju keharaman.


    inilah sedikit penjelasan kepada persoalan yang timbul disebabkan kes murtad ini.kes jefry ini adalah siri ulangan kepada kes yang sebelumnya.jikan hukum kuffar masih diterapkan tunggu dan lihatlah betapa akan berlaku lagi siri ulangan ini..dan biar apapun penjelasan yang diberikan,hukum islam masih belum mampu diterapkan ditengah masyarakat.sampai bilakah kita ingin melihat islam terus dipersenda dan digunakan oleh org2 yang punya kepentingan.
    wallahua'alam..

    BalasPadam
  3. salam..
    time kasih atas penjelasan.
    moga kita beroleh manfaat.

    BalasPadam

KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN..DIHARAPKAN KOMEN ANDA ADALAH KOMEN YANG MAMPU MENINGKATKAN KEKUATAN DAN SEMANGAT PENULIS UNTUK TERUS BERDAKWAH.JAZAKALLAH ATAS KESUDIAN KALIAN MENG'IMARAHKAN PERJUANGAN INI.SALAM UKHUWAH.sahabat_islam