KOLEKSI SAHABAT_ISLAM (KLIK SAHAJA)

DARI PENA SAHABAT_ISLAM


Salam Ukhuwah dari sahabat_Islam

Untuk Pengetahuan Semua tujuan blog ini diwujudkan adalah sekadar berkongsi sedikit ilmu,pengalaman dan idea kepada sahabat-sahabat sekalian.Mudah mudahan percambahan pemikiran dan luasnya pengalaman sahabat-sahabat sekalian dapat dikongsikan disini.
Apa yang diharapkan adalah blog ini mampu menjadi sebahagian daripada koleksi ilmiah yang mampu memberikan manfaat kepada sahabat-sahabat sekalian walaupun hanya sedikit.Apa yang ingin ditegaskan disini adalah sekiranya apa jua isi kandungan blog ini dilihat menyimpang dari 4 sumber syara' yang telah disepakati maka sahabat-sahabat sekalian wajiblah menolaknya.Andai ianya bertepatan dengan syara' maka manfaatkanlah.
Janganlah melihat kepada siapa yang berkata akan tetapi lihatlah kepada apa yang dikatakan olehnya.andai ianya benar menurut pandangan syara' maka benarlah juga menurut pandangan kita.Mudah mudahan islam menjadi perkara teras dalam kehidupan kita dan segala penyimpangan darinya mampu kita jauhi.Tiada apa yg terbaik melainkan mengikuti semua perintah Allah dan rasulnya tanpa mengurangi dan menambahnya walaupun sedikit.

wallahu a'lam..

ADIK DAN PALESTIN..

ADIK DAN PALESTIN..
Karya yang hebat..Semoga ianya menjadi peringatan kepada kita semua yang darah saudara kita bukan murah..Ya Allah semoga kaum muslimin sedar akan tanggungjawab mereka..

NUR AMANA..MUSNAH KERANA CINTA

NUR AMANA..MUSNAH KERANA CINTA
Sebuah Cerpen Hebat..Semoga Allah Memberikan yang terbaik kepada Penulisnya.. Seorang Gadis manis yang punya didikan agama musnah dek kerana sistem sekuler yang bermaharajalela..

CERPEN:"Serikandi Agama Mujahidah sejati"

CERPEN:"Serikandi Agama Mujahidah sejati"
Bingkisan Kecil Buat pengunjung Blog sahabat_islam.Semoga akan lahir mujahid dan mujahidah sejati daripada serikandi agama yang Kukuh Akidahnya,mantap ukhuwahnya dan Hebat perjuangannya

Sabtu, Ogos 02, 2008

FIQIH SUNNAH


HUKUM LIWAT DAN ZINA BERBEZA
Dimana Hukum Syara'



Negara dikejutkan sekali lagi dengan peristiwa 'skandal seks', iaitu seorang bekas Timbalan Perdana Menteri yang berumur 62 tahun, yang sakit di bahagian tulang belakangnya, juga tengkoknya dan kedaratnya mungkin tidak segagah dulu, telah berjaya 'meliwat' seorang anak muda yang berumur 23 tahun, gagah perkasa dan tinggi lampai orangnya. Yang menariknya kejadian ini bukan sekali dua, tetapi berkali-kali, bahkan ada yang pegawai unit-unit tertentu menyebarkan khabar angin bahawa si pemuda yang gagah perkasa ini telah diliwat dengan rakus sekali, dengan orang tua yang kedaratnya mungkin jauh kurang dari mangsanya. Beberapa pihak menjelaskan tentang bagaimana kes ini perlu ditangani, ada yang memberi cadangan supaya dilakukan muhabalah, ada yang kata perlu penghakiman dalam Islam dan ada yang menginginkan kedua-duanya.
Untuk menjawab persolan ini, kami ingin membincangkan hal ini secara sistematik mengikut penghujahan yang sebenarnya dari Fiqh Islam, bukannya Fiqh Sekular yang memisahkan agama dari kehidupan.



Perbezaan Antara Liwat dan Zina
Liwat dengan zina adalah dua perkara yang berbeza, di mana liwat didefinisikan sebagai memasukkan alat kelamin lelaki ke dalam dubur lelaki yang lain. Manakala zina pula adalah memasukkan alat kelamin lelaki ke dalam faraj perempuan. Maka dengan itu, hukuman liwat adalah tidak sama dengan hukuman zina, kerana di antara keduanya terdapat perbezaan dari segi fakta dan definisi yang telah disebutkan di atas.
Liwat juga tidak boleh diqiaskan dengan zina, kerana dalil yang menjelaskan tentang zina, tidak mengandungi `illat sama sekali, sama ada `illat dalalah, `llat sharahah, `illat istinbath mahupun `illat qiyas. Sekiranya, sesuatu dalil tidak mengandungi `illat, maka tidak boleh sama sekali kita mencari-cari `illatnya bagi menetapkan sesuatu hukum. Kerana `illat itu, mestilah berdasarkan kepada `illat syar'iyyah, bukannya `illat `aqliyyah iaitu `illat yang berdasarkan `aqal semata-mata dan tidak bersandar kepada nash-nash syara' (nusus asy-syar'iyyah) serta tidak mengandungi rukun-rukun qiyas sebagaimana yang telah ditetapkan oleh ulama ushul fiqh (ushuliyyun). Kaedah `illat juga menyatakan; "al-`illat taduru ma'a ma'luul wujudan wa `adaman" (`illat itu beredar kepada apa yang di'illati ada atau tidak adanya).
Hukuman Untuk Peliwat dan Orang Yang DiLiwathi
Dengan demikian, telah jelas bahawa liwat tidak sama dengan zina. Sekaligus, hukumannya juga berbeza dengan hukuman zina. Namun, kedua-dua hal tersebut termasuk kategori hudud, bukan jenayah (jinayat), ta'zir mahupun qisas. Apatah lagi mukhalafat. Selain itu, mendatangi wanita pada duburnya, tidak disebut sebagai liwat. Bahkan perbuatan tersebut juga, tidak dinamakan liwat. Ini kerana, perbuatan yang dikategorikan sebagai liwat bukan sekadar memasukkan alat kelamin lelaki ke dalam dubur, akan tetapi ia adalah hubungan kelamin lelaki dengan lelaki sahaja, tidak perempuan, walaupun seorang lelaki tersebut telah mendatangi seorang wanita melalui dubur. Ia tidak dianggap sebagai meliwat wanita tersebut, kerana liwat hanya melibatkan hubungan kelamin antara lelaki dengan lelaki sahaja. Maka hukuman yang akan dikenakan kepada lelaki yang mendatangi wanita melalui dubur adalah ta'zir, bukannya hukuman hudud sebagaimana hukuman hudud bagi liwat.
Oleh yang demikian, Khalifah atau Qadhi, wajib menjatuhkan hukuman ta'zir kepada pelaku-pelaku yang telah melakukan hal tersebut-(mendatangi wanita melalui dubur)-dengan hukuman yang menyakitkan, sehingga hukuman itu dapat menebus kesalahan yang telah ia lakukan, di samping mencegah pelakunya daripada mengulanginya semula. Ini kerana, fungsi hukuman (`uqubat) dalam Islam adalah sebagai pencegah (zawajir) dan penebus (jawabir).
Islam telah menetapkan bahawa hukuman liwat adalah bunuh, sama ada pelakunya belum berkahwin (ghair muhshan) ataupun yang telah berkahwin (muhshan). Sesiapa saja yang telah terbukti melakukan liwat, maka ianya dihukum bunuh. Dalilnya berdasarkan sunnah dan ijma' ash-sahabah. Dari Ibnu `Abbas r.a berkata; Rasulullah Shallallahu `Alaihi Wa Sallam bersabda;
"Barang siapa yang kamu jumpa, yang mana ia melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, maka bunuhlah keduanya." [ HR Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan Tarmizi]
Inilah dalil yang disebutkan oleh Rasulullah Shallallahu `Alaihi Wa Sallam di dalam hadisnya bahawa hukuman liwat adalah bunuh kedua-duanya. Manakala dalil yang ditunjukkan oleh ijma' ash-sahabah adalah kesepakatan para sahabat untuk membunuh pelaku liwat, sama ada yang belum berkahwin mahupun yang telah berkahwin. Hukumnya tetap sama iaitu bunuh. Ijma' Ash-Sahabah juga merupakan dalil syarak sebagaimana Sunnah. Dalil syarak yang disepakati oleh ulama ushul fiqh (ushuliyyun) hanya 4 sahaja iaitu;
1. Al-Quran Al-Karim
2. As-Sunnah An-Nabawiyyah Al-Muthahharah
3. Ijma' Ash-Sahabah
4. Qiyas Asy-Syar'iyyah
Imam Baihaqi telah mengeluarkan hadis, dari `Ali Bin Abi Thalib r.a bahawa beliau merejam pelaku liwat. Hadis lain yang dikeluarkan oleh Baihaqi, dari Abu Bakar r.a bahawa beliau mengumpulkan para sahabat untuk membincangkan kes liwat. Di antara para sahabat Rasulullah itu, yang paling tegas pendapatnya adalah `Ali Bin Abi Thalib r.a. Beliau mengatakan; "Liwat adalah perbuatan dosa yang belum pernah dilakukan oleh umat manusia, kecuali satu umat yakni kaum lut sebagaimana yang telah kamu ketahui. Dengan demikian, pelaku liwat mesti dibakar dengan api." Diriwayatkan dari Ja'far bin Muhammad, dari bapanya, dari `Ali Bin Abi Thalib r.a selain dari kisah ini berkata; "Rejam dan bakrlah dengan api." Imam Baihaqi juga mengeluarkan hadis, dari Ibnu `Abbas bahawa beliau ditanya tentang hukum hudud bagi pelaku liwat, maka beliau r.a berkata; "Jatuhkanlah dari atas bangunan yang paling tinggi di suatu tempat, kemudian hujanilah dengan lemparan batu." Diriwayatkan dari `Ali Bin Abi Thalib r.a bahawa beliau membunuh pelaku liwat dengan pedang, kemudian membakarnya, disebabkan besarnya dosa liwat ini. `Umar r.a. dan Othman r.a. berpendapat; "Pelaku liwat dilempari dengan benda-benda keras sehingga mati." Semua ini adalah pendapat dan tindakan para sahabat dalam melaksanakan hukuman bagi pelaku-pelaku liwat iaitu dibunuh, walaupun uslub pembunuhannya berbeza-beza. Namun demikian, hukumannya tetap dibunuh, sama ada direjam, dipancung, dilempar dari bangunan yang tinggi dan berbagai lagi uslub yang boleh digunakan untuk melaksanakan hukum bunuh ke atas pelaku-pelaku liwat.
Pembuktian dalam kes liwat berbeza dengan pembuktian zina. Namun demikian, ia sama seperti halnya pembuktian lain yang terdapat dalam salah satu had dari hukum hudud, kecuali zina. Hakikatnya, liwat tidak boleh disamakan dengan zina. Oleh kerana itu liwat tidak boleh ditetapkan berdasarkan bayyinah (pembuktian) zina. Pembuktian liwat dikategorikan ke dalam dalil hudud yang lain (selain zina).
Liwat terbukti dengan adanya;
1.Pengakuan
2.Kesaksian 2 orang saksi atau seorang lelaki dan dua orang perempuan sebagaimana pembuktian (bayyinah) dalam kes pencurian serta kes hudud yang lain
Sekilas mengenai hukum-hukum pembuktian (ahkam al-bayyinat) dalam Islam, di mana hukum-hukum pembuktian tersebut sama seperti halnya hukum-hukum Islam yang lain, yang merupakan hukum-hukum syarak yang digali dari dalil-dalil yang bersifat tafshiliyyah (terperinci). Syeikh Ahmad ad-Da'ur dalam Kitab Ahkaam al-Bayyinat mendefinisikan bukti (al-bayyinat) sebagai semua hal atau perkara yang dapat membuktikan sesuatu dakwaan. Bukti juga merupakan hujah bagi orang yang mendakwa atas dakwaannya. Islam menjelaskan bahawa bukti itu ada 4 jenis;
1. Pengakuan
2. Sumpah
3. Kesaksian
4. Dokumen-dokumen bertulis yang meyakinkan

Keempat-empat bukti di atas adalah bukti-bukti yang telah ditetapkan oleh syarak. Tidak ada bukti-bukti yang lain yang diiktiraf oleh syarak', melainkan 4 bukti di atas sahaja. Mengenai indikasi (qarinah) pula, ia tidak termasuk sebagai bukti menurut syarak.
Hukuman hudud liwat dapat dijatuhkan dengan syarat kedua-dua pelakunya itu baligh, berakal, rela dengan sendirinya (bukan dipaksa) dan terbukti telah melakukan liwat dengan bukti syar'ie iaitu pengakuan dan dengan kesaksian 2 orang lelaki atau seorang lelaki dan dua orang perempuan. Sekiranya, pelaku liwat adalah kanak-kanak, orang gila atau dipaksa dengan pemaksaan yang sangat, maka ia tidak dijatuhi had liwat. Persoalannya jika seorang itu mendakwa diliwat dengan cara paksa, maka kita perlu mengkaji pengakuannya, adakah pemaksaan yang bersifat mengancam keselamatan anggota atau nyawa (ikrahul mulji')? Kalau tidak ini bermakna bahawa dia sebenarnya merelakan dirinya diliwat. Hukum orang yang mengaku liwat ini adalah dibunuh, dan kepada peliwat yang dituduhnya jika dia mengaku maka dia dihukum bunuh juga atau yang diliwat tadi berjaya membuktikan dengan 2 orang saksi mata, sekiranya gagal berbuat demikian, maka tambahan hukuman takzir kepada orang yang mengaku diliwat kerana mencemarkan nama orang lain. Hanya dalam sistem kapitalis sahaja pengakuan seks boleh dijadikan skandal untuk membunuh karier orang lain.
@-Copyright Control-

7 ulasan:

  1. Assalamualikum,
    Saya terbaca artikel sama dlm sebuah forum lain..

    Berkaitan difinasi liwat, mandatangi wanita dari dubur, apakah hukuman bagi suami isteri, pasangan bujang bukan suami isteri, dan pasangan yg pernah berkahwin tetapi bukan suami isteri?

    Saya pernah disoal oleh seorang sahabat dan tidak dapat menjawab persoalan ini.

    BalasPadam
  2. waalaikumussalam..
    terima kasih atas pertanyaan.

    seperti yang dijelaskan didalam artikel diatas(sebaiknya baca dan fahami isi kandungannya)
    definisi liwat adalah berbeza sama sekali dengan zina dan beitu juga hukumannya.Liwat adalah memasukkan alat kelamin lelaki kedalam dubur lelaki. manakala zina adalah lelaki memasukkan alat kelaminnya didalam faraj perempuan tanpa nikah.hukum ini sangat jelas kepada kita bahawa liwat adalah diantara lelaki dan lelaki dan hukumannya blh rujuk pada artikel diatas.
    manakala berkaitan dengan persoalan mendatangi wanita dari duburnya baik pasangan suami isteri atau tidak ianya tidak dinamakan liwat.dan hukumannya bukanlah hukuman seperti org meliwat(lelaki dgn lelaki).mendatangi wanita melalui duburnya dikategorikan didalam hukum ta'zir.ta'zir adalah hukuman yang dilaksanakan oleh khalifah/imam mengikut ijtihadnya kerana kesalahan yang dilakukan itu terdapat ancaman dari Allah apabila melakukannya atau meninggalkannya.seperti tidak bersolat.org yg tidak bersolat secara terang-terangan maka imam.khalifah boleh mengenakan hukuman ta'zir keatasnya berdasarkan ancaman Allah kepada sesiapa yg meninggalkan solat.jadi mendatangi wanita melalui dubur bukanlah liwat.dan hukumannya juga tidak sama dengan liwat.ianya tetap satu dosa akan tetapi kita mesti memahami hukum dan kaedah menghukum yang telah sedia ada didlam islam.
    apa yg diharapkan anda boleh baca semula artikel yg dikeluarkan ini dan memahami apa yg disampaikan.harapan ana semoga penjelasan ini mampu memudahkan anda membezakan diantara liwat dan zina dan juga selainnya.

    insyaallah andai anda memahami artikel ini anda mampu menjawab soalan yg dikemukakan kepada anda..
    wallahua'lam..
    wassalam

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas penjelasan saudara...

    Saya agak bersetuju dengan definisi tersebut kerana belum terjumpa Ayat/Hadith yg mendifinisikan perbuatan tersebut sama sepeti meliwat seorang lelaki.

    Walaubagaimanapun, di laman wed ini: http://www.husammusa.com/opinion/38-opinion/133-beberapa-catitan-tentang-hukum-qazaf-dalam-tulisan-ulama-jawi.html?tmpl=component&print=1&page= terdapat beberapa difinisi yg agak mengelirukan... Saya sendiri lebih percayakan Hadith yg soheh dari huraian Ulama...

    Saya minta jasa baik saudara untuk menjelaskan lagi akan hal ini. Saya perlukan jawapan yg agak lengkap sebelum memberikan jawapan kepada sahabat yang bertanya. Saya tidak mahu memberi jawapan berdasarkan logik.. Takut saya jika tersalah menyampaikan pengetahuan.

    Saya yakin saudara mempunyai ilmu dan sumber lain untuk menghuraikan persoalan ini.

    Terima kasih...

    Salam

    BalasPadam
  4. salam 'alaik

    shukran atas keprihatinan saudara terhadap hukum syara'..perkara sebeginilah yg kita sepatutnya lakukan kerana hari ini org menggunakan agama utk tujuan kepentingan diri sendiri..ana menggunakan contoh yg terdekat dalam masalah ini agar saudara blh nampak kepincangan yg ada dalam sistem hari ini..contohnya apabila kita telusuri kes liwat yang membabitkan bekas timbalan perdana menteri dan juga saiful bukhari.Setelah hangat isu sumpah mubahalah yang dipopularkan oleh mufti perlis iaitu utk peristiwa 'sumpah sebelah pihak' ini.. maka org yg mendakwa dia diliwat telah pun bersumpah dan membuat pengakuan tanpa mendatangkan bukti.sedangkan didalam islam apabila dia mendakwa bahawa dia diliwat maka hendaklah dia datangkan bukti(bayyinat)seperti artikel yg dikeluarkan diatas(sila rujuk)..apabila sabit dengan pengakuan bahawa dia mengaku diliwat secara rela atau paksaan..akan tetapi paksaan itu tidak bersangatan paksa(ikrahul mulji')maka dia wajib dikenakan hukuman bunuh seperti yg termaktud dalam hukum islam bersandarkan hadis dan ijma' sahabat.(sila lihat dan rujuk keterangan di artikel berkenaan dalil2 hukuman bg org yg sabit keatasnya dgn hukuman liwat)..
    Di dalam Islam, syarat untuk hukuman bunuh ke atas pelaku liwat (sama ada yang meliwat atau yang diliwat) ada 3 yakni (i) akil (ii) baligh dan (iii) tidak ada paksaan yang bersangatan (ikrahul mulji’) yakni paksaan yang boleh membawa kecederaan atau kematian. Jika ada ikrahul mulji’ maka pelaku liwat tidak boleh dibunuh, tetapi jika tiada ikrahul mulji’, maka pelaku liwat hendaklah dibunuh.

    jika kita melihat secara jelas Bukan setakat sumpah yang dibuat di masjid Wilayah, malah dalam semua laporan polis dan kenyataan Saiful Bukhari tidak mengandungi perkara ini (ikrahul mulji’). Pendakwa Raya sendiri nampaknya ‘takut’ untuk menggunakan Seksyen 377C kerana susah untuk dibuktikan. Menurut Fiqh Islam, pengakuan hanya sah untuk diri sendiri sahaja, tidak sah untuk orang lain. Jadi, sumpah Saiful hanya terpakai untuk dirinya sendiri sahaja manakala Datuk anwar ibrahim tidak boleh dikaitkan dengan pengakuan sebelah pihak ini. Lain halnya jika Datuk Anwar Ibrahim sendiri mengaku melakukannya dan sanggup bersumpah.

    Mungkin Tuan Mufti yang belajar Fiqh juga perlu menjelaskan isu ini sejelas-jelasnya, kerana kita berhukum dan berhubung dengan Allah semasa memberikan fatwa. Mungkin Tuan Mufti boleh menjelaskan bagaimana ‘fatwa liwat’ yang terdapat dalam Akta 559. Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Bahagian IV Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesusilaan Seksyen 25, yang menyebut,

    “Mana-mana orang lelaki yang melakukan liwat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.”

    Kitab Fiqh manakah yang Tuan Mufti belek yang menjelaskan bahawa hukum liwat adalah di denda RM5,000 atau dipenjara tidak lebih dari 3 tahun?

    Sedangkan Hadis Nabi SAW menjelaskan,

    "Barang siapa yang kamu jumpa, yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut (liwat), maka bunuhlah keduanya." [HR Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan Tarmizi]

    anda boleh menilai sendiri dengan kewarasan akal yg diberikan Allah taala.

    Jadi, jika sumpah Saiful dinilai sah oleh para mufti, maka persoalannya, what’s next? Jika Tuan Mufti ingin berhukum dengan hukum Allah, maka Saiful wajib dibunuh, kerana beliau telah bersumpah dan mengaku diliwat.sepatutnya hukuman inilah yg patut dijelaskan,bahawa Saiful wajib dibunuh.Inilah hukum Allah ke atasnya.

    jelas bg kita bahawa kepincangan umat islam memahami hukum islam kerana kepentingan duniawi.bg kita yang sayangkan islam..berhukumlah berlandaskan dalil syara' yg telah disepakati.

    salam

    BalasPadam
  5. Salam WBT........... saya ada satu soalan?? Adalah seorang lelaki yang mendatangi isteri melalui belakang hanya diantara celah punggung tetapi tidak lah masuk ke dalam lubang dubur termasuk dalam golongan yg boleh dita'zirkan? Adakah konsep liwat sama seperti istilah zina seperti memasukan kemaluan melebihi kepala khasayafah??? syukran jazilan

    BalasPadam
  6. assalamualaikum. izinkan saya mengopy isi-isi dari blog ini untuk menyiapkan asingment saya. harap di izinkan. wassalam

    BalasPadam
  7. sy mahu bertanya.apakah hukum seorang imam memasang colok untuk membuat jahat pada anak sendiri

    BalasPadam

KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN..DIHARAPKAN KOMEN ANDA ADALAH KOMEN YANG MAMPU MENINGKATKAN KEKUATAN DAN SEMANGAT PENULIS UNTUK TERUS BERDAKWAH.JAZAKALLAH ATAS KESUDIAN KALIAN MENG'IMARAHKAN PERJUANGAN INI.SALAM UKHUWAH.sahabat_islam