KOLEKSI SAHABAT_ISLAM (KLIK SAHAJA)

DARI PENA SAHABAT_ISLAM


Salam Ukhuwah dari sahabat_Islam

Untuk Pengetahuan Semua tujuan blog ini diwujudkan adalah sekadar berkongsi sedikit ilmu,pengalaman dan idea kepada sahabat-sahabat sekalian.Mudah mudahan percambahan pemikiran dan luasnya pengalaman sahabat-sahabat sekalian dapat dikongsikan disini.
Apa yang diharapkan adalah blog ini mampu menjadi sebahagian daripada koleksi ilmiah yang mampu memberikan manfaat kepada sahabat-sahabat sekalian walaupun hanya sedikit.Apa yang ingin ditegaskan disini adalah sekiranya apa jua isi kandungan blog ini dilihat menyimpang dari 4 sumber syara' yang telah disepakati maka sahabat-sahabat sekalian wajiblah menolaknya.Andai ianya bertepatan dengan syara' maka manfaatkanlah.
Janganlah melihat kepada siapa yang berkata akan tetapi lihatlah kepada apa yang dikatakan olehnya.andai ianya benar menurut pandangan syara' maka benarlah juga menurut pandangan kita.Mudah mudahan islam menjadi perkara teras dalam kehidupan kita dan segala penyimpangan darinya mampu kita jauhi.Tiada apa yg terbaik melainkan mengikuti semua perintah Allah dan rasulnya tanpa mengurangi dan menambahnya walaupun sedikit.

wallahu a'lam..

ADIK DAN PALESTIN..

ADIK DAN PALESTIN..
Karya yang hebat..Semoga ianya menjadi peringatan kepada kita semua yang darah saudara kita bukan murah..Ya Allah semoga kaum muslimin sedar akan tanggungjawab mereka..

NUR AMANA..MUSNAH KERANA CINTA

NUR AMANA..MUSNAH KERANA CINTA
Sebuah Cerpen Hebat..Semoga Allah Memberikan yang terbaik kepada Penulisnya.. Seorang Gadis manis yang punya didikan agama musnah dek kerana sistem sekuler yang bermaharajalela..

CERPEN:"Serikandi Agama Mujahidah sejati"

CERPEN:"Serikandi Agama Mujahidah sejati"
Bingkisan Kecil Buat pengunjung Blog sahabat_islam.Semoga akan lahir mujahid dan mujahidah sejati daripada serikandi agama yang Kukuh Akidahnya,mantap ukhuwahnya dan Hebat perjuangannya

Isnin, Ogos 11, 2008

FIQIH SUNNAH

SOLAT DIBULAN..WAJIB ATAU TIDAK

Sepintas Memahami Hukum Solat Di Bulan




Para fuqaha telah memahami bahawa tatkala Allah SWT mensyari'atkan hukum bagi seorang mukallaf, Ia juga telah menetapkan sejumlah imarah (indikasi) yang menunjukkan bila, dan dalam situasi apa hukum tersebut dikerjakan atau dilaksanakan. Indikasi-indikasi (imarah) tersebut adalah sebab-sebab syar'iyyah dilaksanakannya sebuah hukum. Topik mengenai pelaksanaan hukum ini dikategorikan dalam pembahasan ahkaam al-wadli'y(hukum wadh'ie), dimana salah satu bahagian dari ahkam al-wadh'ie adalah al-sabab (sebab).

Muhammad Abu Zahrah dalam kitab Ushul Fiqh-nya, hal. 56, menyatakan, "Sebab-sebab bukanlah termasuk bahagian dari perbuatan seorang mukallaf. Akan tetapi, ia telah ditetapkan oleh Allah SWT sebagai tanda (imarah) untuk melaksanakan sebuah hukum, misalnya keberadaan waktu dijadikan sebab (al-sabab) bagi pengerjaan sholat; atau kondisi darurat sebagai sebab dibolehkannya memakan bangkai..dan sebagainya."




Contohnya, sebab dikerjakannya solat zohor adalah tergelincirnya matahari. Dalam al-Qur'an dinyatakan:
"Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malan dan dirikanlah pula solat Subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan oleh para malaikat." (al-Isrâ' [17]: 78).

Dalam sebuah hadis dituturkan, bahawasanya Rasulullah saw bersabda:
"Jika matahari telah tergelincir, maka solatlah." [HR. ath-Thabarani].
Dalam riwayat lain, Rasulullah Saw bersabda:
"Sesungguhnya Rasulullah Saw mendirikan solat Maghrib tatkala matahari telah terbenam dan bersembunyi dalam tirainya." [HR. Imam Lima, kecuali an-Nasâ'i].
Dalam riwayat Muslim dinyatakan, bahwasanya Rasulullah Saw bersabda:
"Waktu zohor ialah apabila telah tergelincir matahari hingga jadilah bayangan seseorang itu sama dengan panjangnya selama belum datang waktu 'Asar, dan waktu 'Asar itu selama belum kuning matahari dan waktu solat Maghrib selama belum terbenam syafaq dan waktu 'Isya' hingga separuh malam dan waktu solat Shubuh dari terbit fajar selama belum terbit matahari. Apabila telah terbit matahari, maka janganlah kamu mendirikan solat, kerana sesungguhnya matahari terbit itu diantara dua tanduk syaitan." (Bulughul Maram: 36).

Namun demikian, waktu-waktu di atas hanya terwujud pada daerah-daerah yang ada di bumi saja, dan tidak pernah terwujud di sebuah tempat yang berada di luar bumi; misalnya bulan. Padahal, syara' telah menetapkan waktu-waktu di atas sebagai sebab (al-sabab) dilaksanakan solat lima waktu. Jika sebab-sebab di atas tidak terwujud, tentunya solat tidak dapat dilaksanakan oleh seorang muslim. Bukan bererti bahawa hukum solat lima waktu telah berubah, akan tetapi sebab pelaksanaannya tidak terwujud, sehingga menghalangi seseorang untuk mengerjakannya.

Untuk itu, solat tiga waktu, yakni Maghrib, 'Isya' dan Subuh di kutub, dimana hampir setengah tahun siang, dan setengah tahunnya malam, tidak wajib dilaksanakan. Ini kerana, sebab (al-sabab) dilaksanakannya ketiga solat tersebut tidak pernah terwujud, yakni tergelincirnya matahari, terbenamnya matahari, dan terbitnya fajar tidak pernah terwujud.
Sebahagian orang berpendapat bahawa solat lima waktu tetap harus dikerjakan dimanapun dia berada, baik di kutub mahupun luar angkasa meskipun sebab-sebab pengerjaannya tidak terwujud. Mereka mengetengahkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmizi dalam Sunannya, tentang peristiwa datangnya Dajjal. Dalam hadis itu dituturkan, bahawasanya ketika Dajjal datang, satu hari seperti satu tahun. Lantas, para shahabat bertanya, "Ya Rasulullah, bukankah anda menyatakan bahawa pada saat itu, satu hari sama dengan satu tahun, lantas apakah kami harus menghentikan solat?" Rasulullah Saw menjawab, "Jangan, tapi perkirakanlah." Hadis ini absah digunakan dalil atas wajibnya mengerjakan solat di luar angkasa, dan daerah kutub, atau daerah-daerah yang "sebab-sebab" pelaksanaan sholat tidak terwujud.
Imam Fudhail bin 'Iyadh berkata, "Ini adalah ketentuan hukum khusus pada hari itu saja, yang telah disyariatkan Allah atas kita. Seandainya tidak ada hadis ini, tentunya kami akan berijtihad untuk tidak mengerjakan solat lima waktu pada hari itu." Setelah menjelaskan komentar Imam Fudhail, Imam an-Nawawi berkata, "Maksud perkataan dari Rasulullah "perkirakanlah" pada hadis riwayat at-Tirmidzi di atas adalah, 'Jika terbit fajar telah berlalu, maka perkirakanlah antara solat Shubuh dengan solat zohor di setiap harinya, lalu kerjakanlah solat zohor.' Begitu seterusnya….sampai hari itu berlalu." (Imam an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, juz 18/66).
Kita dapat memahami, bahawa para 'ulama telah bersepakat jika sebab-sebab syar'ie dilaksanakannya sebuah hukum tidak terwujud, maka dengan sendirinya hukum tersebut tidak dapat dilaksanakan atau didirikan. Wallahu a'lam bi al-shawab.
@-Copyright Control-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN..DIHARAPKAN KOMEN ANDA ADALAH KOMEN YANG MAMPU MENINGKATKAN KEKUATAN DAN SEMANGAT PENULIS UNTUK TERUS BERDAKWAH.JAZAKALLAH ATAS KESUDIAN KALIAN MENG'IMARAHKAN PERJUANGAN INI.SALAM UKHUWAH.sahabat_islam