KOLEKSI SAHABAT_ISLAM (KLIK SAHAJA)

DARI PENA SAHABAT_ISLAM


Salam Ukhuwah dari sahabat_Islam

Untuk Pengetahuan Semua tujuan blog ini diwujudkan adalah sekadar berkongsi sedikit ilmu,pengalaman dan idea kepada sahabat-sahabat sekalian.Mudah mudahan percambahan pemikiran dan luasnya pengalaman sahabat-sahabat sekalian dapat dikongsikan disini.
Apa yang diharapkan adalah blog ini mampu menjadi sebahagian daripada koleksi ilmiah yang mampu memberikan manfaat kepada sahabat-sahabat sekalian walaupun hanya sedikit.Apa yang ingin ditegaskan disini adalah sekiranya apa jua isi kandungan blog ini dilihat menyimpang dari 4 sumber syara' yang telah disepakati maka sahabat-sahabat sekalian wajiblah menolaknya.Andai ianya bertepatan dengan syara' maka manfaatkanlah.
Janganlah melihat kepada siapa yang berkata akan tetapi lihatlah kepada apa yang dikatakan olehnya.andai ianya benar menurut pandangan syara' maka benarlah juga menurut pandangan kita.Mudah mudahan islam menjadi perkara teras dalam kehidupan kita dan segala penyimpangan darinya mampu kita jauhi.Tiada apa yg terbaik melainkan mengikuti semua perintah Allah dan rasulnya tanpa mengurangi dan menambahnya walaupun sedikit.

wallahu a'lam..

ADIK DAN PALESTIN..

ADIK DAN PALESTIN..
Karya yang hebat..Semoga ianya menjadi peringatan kepada kita semua yang darah saudara kita bukan murah..Ya Allah semoga kaum muslimin sedar akan tanggungjawab mereka..

NUR AMANA..MUSNAH KERANA CINTA

NUR AMANA..MUSNAH KERANA CINTA
Sebuah Cerpen Hebat..Semoga Allah Memberikan yang terbaik kepada Penulisnya.. Seorang Gadis manis yang punya didikan agama musnah dek kerana sistem sekuler yang bermaharajalela..

CERPEN:"Serikandi Agama Mujahidah sejati"

CERPEN:"Serikandi Agama Mujahidah sejati"
Bingkisan Kecil Buat pengunjung Blog sahabat_islam.Semoga akan lahir mujahid dan mujahidah sejati daripada serikandi agama yang Kukuh Akidahnya,mantap ukhuwahnya dan Hebat perjuangannya

Jumaat, Ogos 15, 2008

NUR AMANA..MUSNAH KERANA CINTA

Nur Amana..Musnah Kerana Cinta:Siri Terakhir



Pada hari perbicaraan, Nur Amana hadir bersama seorang lelaki muda berdarah India. Nur Amana tidak bertudung litup lagi. Rambutnya dibiarkan mengurai ke bahu. Rambut yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh mata lelaki ajnabi. Dan, terasa gugur jantungku bila terlihat sebentuk salib dibuat dari emas tulin bercahaya ditimpa cahaya lampu megah tersemat di dadanya.Nur Amana tunduk. Langsung tidak memandang kepada sesiapa. Wajahnya tenang.Perbicaraan dijalankan. Detik demi detik berlalu. Keputusan diumumkan.Suamiku gagal! Undang-undang negara memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya. Dan kami tidak berhak menghalang kerana Nur Amana telah berumur lebih daripada 18tahun. Lelaki muda di sebelah Nur Amana ku lihat tersenyum lega. Hatiku hancur. Di mataku terbayang hukum Allah. Orang murtad akan dikenakan hudud! Dipancung setelah enggan setelah disuruh bertaubat.


Nur Amana bukan tidak tahu itu. Bukan Nur Amana tidak tahu. Tapi, mengapa dia terus berdegil, tidak insaf dengan dosa itu?. Aku rebah dalam pelukan suamiku.Tubuhku merasa tidak bermaya. Dia tunduk. Wajahnya merah padam menahan kemarahan. Jemariku digenggam erat. Air matanya mengalir perlahan membasahi pipi. Menitis jatuh ke pipiku. Itulah kali pertama kulihat air matanya gugur.Aku tahu hatinya. Dan cuma aku yang tahu hatinya."Demi Allah! Aku bersumpah negara ini tidak akan aman kerana memegang undang-undang kafir!". Tiba-tiba suaranya lantang menjerit, meggegarkan suasana mahkamah yang telah sediakala hingar apabila mendengar keputusan mahkamah tadi. Mahkamah sunyi seketika.Semua mata tertumpu padanya. Tiba-tiba jeritan itu disambut dengan laungan "Allahu Akbar" dari orang yang tidak puas hati dengan keputusan mahkamah.Aku cuba meredakan kemarahannya. Namun air matanya semakin lebat. "Mahkamah ini tidak adil! Sekular! Undang-undang penjajah!'. Keadaan semakin gawat apabila polis menangkap suamiku. Suamiku meronta-ronta, tapi pegangan kejap beberapa orang anggota polis melemahkan kudratnya. Dan akhirnya dia mengalah, membiarkan tangannya digari.Ketika melintasi Nur Amana yang terus tenang berdiri di sebelah lelaki muda yang tidak kukenali itu, suamiku menoleh. "Kalau jalan ini yang kau pilih,teruskanlah..... tapi ingat, kehidupanmu pasti tidak akan selamat!," Nur Amana tidak menjawab. Tunduk. Kaku bagai patung. Pun kulihat sekilas senyuman di bibir lelaki muda di sebelahnya. Hatiku tercalar. Keranamu Nur Amana, seorang ayah akan hilang seluruh kebahagiaan hidupnya. Dan hari ini,suamiku merengkuk dalam penjara.Dituduh menderhaka kepada mahkamah! Dan ditakuti akan mencetuskan huru-hara kerana menerbitkan sentimen perkauman juga keagamaan. Aku terjaga ketika jam dinding di ruang tamu berdenting tiga kali. Aku belum solat Isyak.Astagfirullah. Dari tadi aku tertidur dan menyambung mimpi ngeri semalam. Aku segera membaharui wuduk.Solat Isyak kudirikan.Kemudian kususuli dengan solat Taubat dan Hajat. Air mataku gugur lagi pada dinihari yang sepi. Doaku tidak putus. Hatiku retak. Namun jauh disudut hati. Aku terus berharap....., pulanglah anakku,Nur Amana!Aduhai, kisah Natrah berulang kembali..... Agama dipermainkan oleh undang-undang sekular. Lihatlah betapa rapuhnya undang-undang sehingga tidak dapat mempertahankan agama ISLAM yang dikatakan agama RASMI.Sampai bila perkara ini akan berakhir..... Betapa hibanya hati seorang ibu bila anaknya murtad dan kita tahu hukumnya dan kita tahu masih banyak lagi kes yang sama seperti Nur Amana. Apakah tindakan kita yang mengaku dirinya ISLAM? Apakah tidak tercabar oleh permainan pihak kuffar ini???? Permainan ini semakin bermaharajalela ditanah air kita..... Sedarlah!!!Kita akan tertindas selagi HUKUM ALLAH TIDAK DITEGAKKAN DI BUMI.......MALAYSIA khasnya....

@-Copyright Control-

7 ulasan:

  1. Alhamdulillah..selesai sudah ana menerbitkan cerpen Nur Amana ini..semoga Allah memberikan keberkatan dan limpah rahmat kepada penulisnya..
    semoga kisah Nur Amana ini menjadi Iktibar kepada kita bahawa betapa terhinanya islam dengan undang2 sekuler yang diterapkan sekarang..mudah mudahan Allah taala menghancurkan undang2 kuffar ini secepat mungkin..Insyaallah...

    BalasPadam
  2. mudah2an undang2 kuffar akan hancur sehancur2nya...krn undang2 tu..dorg suke2 boleh pilih agama...YA MUQALIBAL QULUB THABIT QULUBANA 'ALA DINN...AMIINN

    BalasPadam
  3. Insyaallah..dan itulah kepastiannya..sepertimana sabda nabi diakhir hadis baginda..akan datang kembali sistem khilafah atas jalan kenabian..semoga dengan tertegaknya sistem ini maka akn hancurlah undang2 kuffar..amin..

    BalasPadam
  4. Salam..dah bce ksahnye dr sorg shbt..pnuls tls sndri ke?b'kesan sgt rase.mentskn airmta d wtnye.. Smga rmja2 d luar cna xmengulanginye..nauzubillah..

    BalasPadam
  5. Salam..cerpen ini hasil karya seorg hamba Allah yang sedar akan betapa rosakknya sistem sekuler yang ada sekarang..
    Mudah-mudahan Allah taala memberi kekuatan kepada penulisnya untuk terus bekarya dan berdakwah..
    Dan semoga akan bangunnya satu institusi yang akan menghancurkan sistem sekuler yg bermaharajalela ini..
    wassalam

    BalasPadam
  6. Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

    BalasPadam
  7. slamat buat nur tlah memilih Tuhan yg benar slam

    BalasPadam

KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN..DIHARAPKAN KOMEN ANDA ADALAH KOMEN YANG MAMPU MENINGKATKAN KEKUATAN DAN SEMANGAT PENULIS UNTUK TERUS BERDAKWAH.JAZAKALLAH ATAS KESUDIAN KALIAN MENG'IMARAHKAN PERJUANGAN INI.SALAM UKHUWAH.sahabat_islam