KOLEKSI SAHABAT_ISLAM (KLIK SAHAJA)

DARI PENA SAHABAT_ISLAM


Salam Ukhuwah dari sahabat_Islam

Untuk Pengetahuan Semua tujuan blog ini diwujudkan adalah sekadar berkongsi sedikit ilmu,pengalaman dan idea kepada sahabat-sahabat sekalian.Mudah mudahan percambahan pemikiran dan luasnya pengalaman sahabat-sahabat sekalian dapat dikongsikan disini.
Apa yang diharapkan adalah blog ini mampu menjadi sebahagian daripada koleksi ilmiah yang mampu memberikan manfaat kepada sahabat-sahabat sekalian walaupun hanya sedikit.Apa yang ingin ditegaskan disini adalah sekiranya apa jua isi kandungan blog ini dilihat menyimpang dari 4 sumber syara' yang telah disepakati maka sahabat-sahabat sekalian wajiblah menolaknya.Andai ianya bertepatan dengan syara' maka manfaatkanlah.
Janganlah melihat kepada siapa yang berkata akan tetapi lihatlah kepada apa yang dikatakan olehnya.andai ianya benar menurut pandangan syara' maka benarlah juga menurut pandangan kita.Mudah mudahan islam menjadi perkara teras dalam kehidupan kita dan segala penyimpangan darinya mampu kita jauhi.Tiada apa yg terbaik melainkan mengikuti semua perintah Allah dan rasulnya tanpa mengurangi dan menambahnya walaupun sedikit.

wallahu a'lam..

ADIK DAN PALESTIN..

ADIK DAN PALESTIN..
Karya yang hebat..Semoga ianya menjadi peringatan kepada kita semua yang darah saudara kita bukan murah..Ya Allah semoga kaum muslimin sedar akan tanggungjawab mereka..

NUR AMANA..MUSNAH KERANA CINTA

NUR AMANA..MUSNAH KERANA CINTA
Sebuah Cerpen Hebat..Semoga Allah Memberikan yang terbaik kepada Penulisnya.. Seorang Gadis manis yang punya didikan agama musnah dek kerana sistem sekuler yang bermaharajalela..

CERPEN:"Serikandi Agama Mujahidah sejati"

CERPEN:"Serikandi Agama Mujahidah sejati"
Bingkisan Kecil Buat pengunjung Blog sahabat_islam.Semoga akan lahir mujahid dan mujahidah sejati daripada serikandi agama yang Kukuh Akidahnya,mantap ukhuwahnya dan Hebat perjuangannya

Jumaat, Ogos 08, 2008

WUJUDKAH KEADILAN DIMAHKAMAH SEKULER

Mahkamah Sekuler Yang menindas



Dato’ Seri Anwar Ibrahim sekali lagi didakwa atas pertuduhan liwat dan ia dilihat sebagai versi baru namun skripnya masih sama. Ini adalah kali kedua Anwar menghadapi tuduhan seumpamanya. Dalam kes pertama kira-kira 10 tahun lepas, beliau dituduh meliwat Azizan Abu Bakar, bekas pemandu isterinya. Beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap pertuduhan tersebut tetapi dibebaskan pada September 2004 selepas hampir enam tahun dipenjarakan. Mahkamah Persekutuan ketika itu, dalam keputusan 2-1, mengenepikan sabit liwat dan hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya. Kali ini dia dituduh meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23 pada penghujung Jun lalu. Anwar, 60, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap Mohd. Saiful, antara 3.01 petang hingga 4.30 petang 26 Jun 2008 di unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara di sini. Berikut adalah pertuduhan yang telah dibacakan kepadanya:


Bahawa kamu, pada 26 Jun 2008 antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di alamat Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, No 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Mohd Saiful Bukhari bin Azlan dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya; dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Sekiranya disabitkan menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, kamu hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebatan. [dipetik dari harakhdaily.net]Anwar tidak mengaku bersalah dan diminta dibicarakan. Hakim S.M Komathy kemudiannya menetapkan tarikh 10 September untuk sebutan semula kes itu di mahkamah yang sama. Berbeza dengan pendakwaan pada tahun 2000 yang lalu, pendakwaan kali ini dianggap sebagai adil dan baik oleh salah seorang peguamnya, Sankara Nair. Ini berdasarkan fakta bahawa mahkamah membenarkan Anwar diikat jamin dan pasportnya tidak ditahan.Benarkah kenyataan Sankara Nair yang mengatakan mahkamah yang ada pada hari ini “adil”? Mungkin pertimbangan adil di sini adalah kerana beliau membandingkan dengan apa yang berlaku 10 tahun lepas apabila Anwar didakwa ‘dianiya’ dari mula prosiding lagi. Mungkin bagi non-Muslim seperti Sankara Nair, pemberian jaminan oleh Mahkamah adalah adil. Namun sebagai Muslim, janganlah hendaknya kita terus bersetuju dengan kenyataan peguam Anwar ini. Di dalam Islam, Anwar masih tidak bersalah sehinggalah dia terbukti bersalah. Ini dari satu aspek. Dari aspek yang lain, kita wajib melihat dan menilai ‘keadilan’ dari pandangan undang-undang Islam, bukannya dari pandangan undang-undang yang ada sekarang. Menilai mahkamah yang mengguna pakai undang-undang kufur dengan pemakaian yang sempurna bukanlah keadilan namanya. Kedudukan mahkamah mesti dilihat daripada asas penubuhan dan undang-undang apa yang dilaksanakannya. Daripada perspektif Islam, melaksanakan sistem perundangan kufur dengan baik tidak boleh dikatakan adil. Melaksanakan perundangan kufur tetap salah kerana ia bertentangan dengan Al Quran dan As Sunnah. Tidak kiralah sama ada ia dilaksanakan dengan baik atau tidak. Hukum buatan manusia langsung tidak ada nilai di sisi Allah. Dari satu sudut yang lain, kes ini telah menjadi tunggang terbalik dalam negara Islam Hadhari ini. Ini kerana, ia telah dibicarakan di mahkamah sivil atau lebih tepatnya mahkamah kufur sekular. Secara logiknya, ia patut dibicarakan di Mahkamah Syariah kerana kesalahan liwat adalah kesalahan hudud. Tambahan pula, kesalahan liwat memang ada diperuntukkan di dalam kanun acara jenayah syariah di Wilayah Persekutuan. Namun, oleh sebab negara Islam Hadhari ada dua mahkamah, pertama mahkamah sivil atau mahkamah kufur dan kedua adalah mahkamah syariah, maka terpulanglah kepada Imam Hadhari untuk membawa Anwar ke Mahkamah mana, dan dalam kes ini, si Imam telah memilih untuk menghadapkan Anwar ke mahkamah yang tidak syariah.Namun demikian, jika Anwar di bawa ke mahkamah syariah sekalipun, mari kita lihat sama ada ia benar-benar mengikut syariat atau tidak. Seksyen 25 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan (kesalahan liwat), memperuntukkan seperti berikut:- Mana-mana orang lelaki yang melakukan liwat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu. Nah! Itulah ‘hukuman syariah’ yang akan dilaksanakan oleh mahkamah syariah jika Anwar dibawa ke sana. Alangkah syariahnya! Justeru, jika ke mana-mana mahkamah pun Anwar di bawa, kesimpulannya, hukum sekular atau hukum taghut juga yang akan beliau hadapi. Akan mendapat keadilankah Anwar apabila dibicara dan dihukum dengan hukum taghut?Di dalam sistem perundangan Islam, liwat adalah termasuk dalam kesalahan hudud dan berdasarkan nas yang jelas, pelakunya, jika disabitkan kesalahan akan dibunuh kedua-duanya, sama ada yang meliwat atau yang diliwat (jika sengaja membenarkan). Bentuk hukuman liwat adalah bunuh, baik pelakunya muhsan mahupun ghairu muhsan. Setiap orang yang terbukti telah melakukan liwat, keduanya dibunuh sebagai had baginya. Rasulullah saw. bersabda: “Barangsiapa yang kalian dapati sedang melakukan perbuatannya kaum (Nabi) Luth, Maka bunuhlah keduanya”. [Diriwayatkan oleh Imam yang lima kecuali Nasa’i]. Justeru, tidak kiralah sama ada kes ini dibicarakan di mahkamah Sesyen ataupun mahkamah syariah, ia tetap tidak akan membawa kepada keadilan kerana ternyata hukum yang terpakai ialah hukum sekular buatan manusia, bukannya hukum Allah dan Rasul.
@-Copyright Control-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN..DIHARAPKAN KOMEN ANDA ADALAH KOMEN YANG MAMPU MENINGKATKAN KEKUATAN DAN SEMANGAT PENULIS UNTUK TERUS BERDAKWAH.JAZAKALLAH ATAS KESUDIAN KALIAN MENG'IMARAHKAN PERJUANGAN INI.SALAM UKHUWAH.sahabat_islam